29

6.3K 301 10
                                    


" Dr Dhia! Next 3 mins, pt luka tembakan."

Dhia yang sedang memeriksa carta, mengangguk pantas. " Okay!"

Sudah sebulan dia kembali bertugas semula sebagai Medical Officer di Emergency Department, Pusat Perubatan Utama Isis. Dengan kuasa Aisar sebagai Putera Mahkota, dia telah dikembalikan dari senarai hitam tempoh hari dan menyambung khidmatnya sebagai Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan.

Kenapa bukan di Jabatan Pediatrik seperti dihospital lama dahulu? Ini kerana isian sudah penuh dan hanya tinggal Jabatan Kecemasan yang tak cukup staf. Memandangkan Dhia pernah lakukan extend training 6 bulan dahulu di Kecemasan semasa latihan siswazahnya, dia bersetuju untuk menyertai Jabatan Kecemasan.

Pada mulanya Dhia mohon untuk dirahsiakan statusnya tetapi disebabkan usia perkahwinannya dengan Aisar sangat sangat baru jadi berita mengenainya masih lagi menjadi perbualan.

Sudah tentulah ada yang mengecamnya sebagai isteri Putera Mahkota dan ternyata ramai sungguh ingin berkawan dengannya. Tetapi Dhia menangani dengan profesional, dan tidak cuba untuk memilih bulu dalam berkawan.

Semua dilayan sama rata.

Tetapi walau bagaimana pun dia cuba, layanan yang diberikan padanya tetap nampak double standard hanya kerana dia isteri Aisar. Kemana mana semua menyapa, malah ada yang meminta bantuan untuk disampaikan kepada Putera Mahkota itu sendiri, dari segi kenaikan pangkat, kewangan mahupun peralatan hospital, yang mana Dhia rasakan, itu semua tidak berkaitan langsung dengan kerjayanya.

Kadang kadang dia terasa seperti dipergunakan.

"Dr Dhia..pt luka tembakan katil no 3," kata jururawat Aini yang memegang clip board. Dhia segera ke katil no 3 da melihat seorang lelaki terbaring kesakitan.

"Encik, encik jangan gerak. Saya tahu sakit tapi saya perlu encik tolong saya. Aini, vital?"

" 130/80, pulse 87," kata Aini pantas melihat mesin vital itu.

" Dia ditembak di bahagian abdomen," kata paramedik pula yang menghantar lelaki itu.

Dhia menggigit bibir lantas mengambil gunting dan mengerat baju lelaki itu. Benar ada luka tembakan di abdomen tapi tak ada luka tembus. Maksudnya pelurunya masih di dalam.

" Aini call Surgery. Then do X ray, chest x ray and blood taking. And gantung normal saline 200ml now."

———————————————

Jam 8 malam Dhia akhirnya sampai. Pada mulanya dia berkeras ingin memandu pulang tetapi apabila pengawal bersuit hitam berkata bahawa arahan membawa pulang dirinya datang dari Putera Mahkota, dia akur.

Keretanya dipandu pulang oleh Naim. Sebenarnya ini pertama kali dia memandu sendiri dek kerana sebulan bekerja ini dia dihantar dan diambil oleh driver diraja. Naim pula setia menunggu di luar Jabatan Kecemasan. Itu adalah diantara syarat yang dikenakan Putera Aisar jika mahu terus bekerja dihospital.

Tetapi kali ini Dhia tidak tahan lagi kerana setiap kali dia sampai ke hospital, dia akan menjadi perhatian orang, bukan sahaja staf malahan pesakit pesakit disitu. Apa tak nya, kereta yang menghantarnya bukan biasa biasa. Sekali pandang orang tahu itu kereta peribadi diraja.

Banyak kali Dhia mengadu pada Aisar tetapi suaminya hanya buat muka toya.

Bilik pejabat Aisar dituju dan dia terus membuka pintu tanpa mengetuknya. Naim juga tidak sempat menghalang. Terkesima dia sebentar apabila melihat situasi didalamnya.

Wajah wajah asing yang melihat dirinya. Kelihatan Aisar di meja pejabatnya sedang berpeluk tubuh, berdiri membelakangi meja tersebut. Raut wajahnya serius.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now