57

5K 274 25
                                    


Gambar gambar yang dihantar dalam email menarik perhatian mata Aisar untuk merenung lama figura didalamnya.

Cantik, kekal cantik, malahan bertambah cantik lebih dari dahulu. Perut kelihatan timbul sedikit, memang nampak sinar keibuan di wajah wanita itu. Dhia Aralyn, nama wanita pemilik wajah cantik yang terpahat kekal dalam hatinya.

Mata wanita itu memancarkan sinar kesedihan. Hatinya dihurung rasa bersalah sangat sangat, kerana melukakan hati isterinya paling dalam. Dia pasti, Dhia sangat membencinya. Memang itu yang sepatutnya diterimanya.

Abang terpaksa sayang. Tapi abang rindu semua tentang sayang. Abang sepatutnya teman sayang lalui hari hari kehamilan, sehingga waktu kelahiran anak anak kita. Abang tersepit dengan semua ini. Abang nak sayang selamat walaupun abang tahu, abang akan menghadapi rasa benci itu terlalu lama.

Dhia, abang rindu. Abang rindu sayang sangat sangat. Abang rindu nak dengar suara isteri abang.

Bunyi ketukan pintu menyentakkan Aisar dari lamunan. Ipad itu dinyahfungsi dan diletakkan di laci paling bawah.

Kelihatan setiausahanya Zarif masuk dengan wajah agak resah.

"Tuanku, ada seseorang yang ingin berjumpa dengan Tuanku. Err tapi saya rasa Tuanku takkan suka jumpa dengan orang ni."

Aisar kerut dahi. Pelik dengan kenyataan Zarif. Tak pernah pernah Zarif pula yang memberitahu jenis orang yang bakal dijumpai.

" Siapa orang tu?"

—————————————————

Lelaki dihadapannya hanya mengukir senyum sinis, dan Aisar cukup benci melihat senyuman itu.

Lelaki yang pernah menjadi sahabatnya.

" Berani juga kau tunjuk muka depan aku Ashraff." Ujar Aisar, juga beriak sinis.

Ashraff hanya mengangkat bahu. " Jumpa sahabat sendiri, tak salah kan?"

"Apa yang kau nak Ashraff?" Soal Aisar, beriak dingin. Benci menyala nyala. Kawan makan kawan, inilah dia. Terlalu ikut obses sampai dah tak kenal istilah beradab. Sudah tahu Dhia miliknya tetapi tetap giat menghubungi isterinya hingga dia terpaksa jauhkan Ashraff dengan hantar ke Poland.

" Aku dengar kau kahwin baru, dengan sahabat kita juga Kyra." Ashraff senyum, entah bermaksud apa. Tanpa disuruh, dia hanya duduk di set sofa mewah dan menyilang kaki. Tangan didepakan dan dia bersandar dengan selesa.

Aisar cuba menahan rasa, melihat tindakan yang seolah memprovoknya.

" Kau belum jawab soalan aku Ashraff Hazrael. Apa yang kau nak?"

Ashraff beriak tenang, dan penuh sinis. Dia mendongak ke siling, menyandarkan kepala.

"Aku nak kepunyaan aku semula. Sesuatu yang kau dah ambil dari aku. And i want it back."

Lelaki itu memalingkan wajahnya dan memandang Aisar tepat.

" Her. Dhia. Aku nak Dhia."

Tangan Aisar digenggam erat, mendengar nama isteri meniti di bibir lelaki itu.

" Aku nak Dhia, dan aku janji aku takkan kacau kau. Bagi Dhia kat aku dan we...." Ashraff melirik jari membuat garisan lurus dihadapannya.

"...done."

Aisar diam tidak beriak, namun dadanya mula turun dan naik dengan laju, menahan rasa berang yang mula tercipta. Dhia bukan barang yang boleh ditawar tawar seperti itu.

Ashraff ketawa melihat Aisar yang langsung tidak membalas apa apa.

" Kau dah ceraikan dia. Buat apa lagi kau nak simpan dia? Kau dah kahwin baru pulak tu. Isy..isy..Rupanya kau ni lagi teruk dari aku sangka." Tutur kata itu masih bersisa ketawa.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now