69

5.3K 313 17
                                    

Dua tahun sekarang
Kuala Lumpur Malaysia

Dahlia sedang sibuk meneliti carta pesakit apabila S/N Ezra menghampiri.

" Dr Dahlia, Dr Fakhrul minta Dr Dahlia gantikan dia sekejap untuk ward round tu. Dia lambat clock in katanya. Jem," ujar Ezra seakan menyampaikan pesanan. Dr Dahlia angguk faham, pantas dia membuka senarai pesakit di bawah kendalian Dr fakhrul dan membacanya sepintas lalu.

Anugerah Allah, dia sejenis yang mudah ingat apabila membaca sekilas.

Lagipun ward round akan bermula sebentar sahaja lagi, dia tak boleh baca terlalu banyak. Hanya info info tertentu sahaja yang dia hadam.

Selebihnya goreng sahajalah dulu asal tak membahayakan pesakit.

Ward round Orthopedic berjalan dengan baik, mujur juga Dahlia dapat menjawab dengan baik apabila ditanya tentang pesakit Dr Fakhrul. Specialist Mr Amir pula yang turun. Bertubi tubi la ditanya. Mampus nak jawab. Mujur skill goreng masih utuh.

Selesai sahaja ward round, kelihatan Dr Fakhrul tergopoh gopoh menuju ke arah Dahlia yang sedang memeriksa carta.

" Dahlia, Dahlia, terima kasih weh, adui susah betul lah jem hari ini. Pergi buat besarkan jalan pagi pagi ni," rungut Fakhrul, yang merupakan MO dan Surgeon Orthopedic. Dahlia sengih.

" Tak ada hal, aku tolong mana yang patut," kata Dahlia sambil menulis. Sempat dia lempar senyum ikhlas. Fakhrul antara kawan sekerjanya yang sangat membantu sejak Dahlia mula bekerja setahun lepas.

"Dahlia, meh passover balik pesakit aku yang kau dah begitahu bos. Aku buat dokumentasi. Nanti tak terbuat kerja kau."

Dahlia geleng. "Banyak aku nak passover, makan masa. Apa kata kau review pesakit kita and tengok jenis ubat semula sebab aku nak kena pass ke Pharmacy list ubat tu."

Fakhrul angguk, setuju dengan idea Dahlia.

"By the way, aku perasan ada gelendangan baru tepi hospital kita. Aku lalu tadi mujur tak terjatuh air kopi aku kat dia."

Dahlia kerut dahi. " Gelandangan?"

" Aah," kata Fakhrul. " Aku rasa tak lama, sebab pengarah kita ni memang pentingkan imej. Comfirm kena halau."

Fakhrul seakan diam membisu tiba tiba. " Eh tak pe lah aku review pt dulu jap."

Tanpa sempat Dahlia membalas, laju dia melangkah meninggalkan Dahlia. Dahlia hanya mengangkat bahu, malas layan. Carta pesakit pun banyak tak setel lagi. Lepas ward round memang kena update balik semua sebab plan harian baru oleh specialist akan diletakkan dalam carta itu. Fuh.

" Hai bae," Adriel tiba tiba memunculkan diri dari belakang Dahlia, sambil melihat seakan mengintai sesuatu di tangan Dahlia. Oh tengah update carta rupanya.

Bae? Dahlia kerut dahi. Dah kena sampuk ke mamat ni?

" Ad, you dah habis surgery you dah ke?" Soal Dahlia basa basi. Terasa rapat tubuh Adriel di belakangnya menyebabkan dia mengensot sedikit ke hadapan, tidak selesa.

" Cancel, pt tu ada tarchycardia. Tak consistant." Balas Adriel pendek.

Dahlia mengangguk, sambil tekun menaip. Faham, kadanga kadang pembedahan memang harus ditangguh atau dibatalkan oleh sebab isu pesakit itu sendiri.

" Dahlia, lunch tengah hari ni jom." Ajak Adriel, sambil merenung wajah si wanita dihadapannya. Wanita yang mencuri hati sejak pertemuan pertama mereka dahulu.

Dahlia lempar senyum, sambil menggeleng.

" Its okay Adriel, I bawak bekal ni. Lagipun I nak kena attend Hand Microsurgery Clinic petang ni, tau la kan consultant Mr Hameed yang turun." Kata Dahlia, tolak sopan. Matanya masih setia melihat carta carta itu dihadapannya.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now