82

7.2K 311 19
                                    


" Akhirnya aku dapat jumpa kau juga Aisar. Selamat pulang ke Inderaloka." Kata Lukman teruja sambil memeluk erat sahabatnya.

" Terima kasih sahabat." Balas Aisar mesra.

Mereka sedang berada di base senjata api mereka di lokasi rahsia pinggir Isis.

Qaid dan Haris turut ada bersama. Mereka juga berpelukan gaya lelaki sebelum mengambil tempat di sofa. Hanya Aisar sahaja yang berdiri menyandar di mejanya sambil memeluk tubuh.

" Kau okay Aisar? Dah kuat sikit?" Soal Qaid.

" Boleh la, thanks to my wife, dia memang terbaik jaga aku," ujar Aisar bangga. bangga kerana mempunyai isteri secekap Dhia.

" Ya memang terbaik la isteri kau sampai sanggup tahan aku dari jumpa kau. Dia memang protective betul. Bergaduh aku dengan dia hari tu kat istana sebab dia kata kau penat dan tak boleh jumpa sesiapa. Boleh dia ugut aku akan suruh tangkap aku masuk lokap kalau aku berkeras. Nak tak nak aku kena mengalah." bebel Lukman sambil berpeluk tubuh.

Aisar ketawa.

" Ya dia dah bagitahu hari tu yang dia gaduh dengan kau. Tapi aku sokong je lagipun tempoh pemulihan aku memang memenatkan Luke. Aku perlu banyak rehat."

Lukman menjuih.

" Mentang mentang dah dapat bini balik backup memanjang eh."

Qaid pula hanya diam mendengar kedua sahabatnya berbicara. Begitu juga dengan Haris.

"Tapi aku betul betul tak sangka yang kau sanggup jadi gelandangan. Macam mana kau tahu Dhia ada kat situ?"Soal Lukman serius. Aisar menghela nafas, kelihatan tenang.

"Danzel bagitahu aku. Lepas aku berjumpa dengan ayah dan mentua aku, aku memang mencari Dhia di serata dunia. Aku akui aku hampir separuh gila masa tu,memikirkan keberadaan isteri aku yang mengandung ketika itu. Tapi genap setahun, apabila aku bersedia untuk menyerahkan takhta pada Aiman, Danzel datang mencari aku. Ketika itulah aku tahu, dimana kedudukan Dhia. Di Malaysia."

"Hampir bertumbuk juga aku dengan Danzel masa tu, dia salahkan aku sebab tak pandai jaga adik dia. Tapi seketika aku sedar, Danzel nak tolong aku. Jadi aku hadap jelah dengan semua kata kata dia. Aku dah tak kisah, aku nak isteri aku balik."

"Then thanks to Qaid, aku berjaya trace lokasi Dhia kat mana. Aku tengok dia bahagia, dengan anak kembar kami. Purely happy and bright. Dan aku rasa aku tak patut rampas kebahagiaannya, aku lihat dia gembira sudah cukup untuk aku. Tanpa aku,dia masih lagi gembira. Ketika itu aku decide untuk menjadi bayang bayang. Aku ikut dia ke mana saja dia pergi. Aku lindungi dia dari jauh. Aku tengok dia dari jauh. Sehingga aku takut untuk mendekat. Aku takut senyuman di wajah isteri aku akan pudar bila melihat aku."

Lukman menjegil mata lantas melihat ke arah Qaid yang tersengih selamba.

"Kau tipu aku Qaid!!!" Suara Lukman menderam geram. Qaid mengangkat bahu.

"Amanah sahabat kita Luke."

Aisar senyum sambil menepuk bahu Luke. "Sorry bro."

Dia menghela nafas lagi.

 "Lama kelamaan aku tamak Luke. Aku tetap nak isteri aku sentuh aku, bercakap dengan aku. Aku tahu kalau aku memunculkan diri, dia pasti akan menghilang lagi. Jadi aku decide untuk jadi gelandangan. Aku tak kisah akan pandangan orang, tapi aku kisahkan Dhia."

"AKu tahu Dhia itu orangnya macam mana. Dia dah biasa hidup dalam kalangan rakyat biasa jadi dia jenis simpati dengan gelandangan macam aku. Dan aku memang tak sangka dia mendekati aku ketika itu. Sehinggalah aku mendengar sendiri luahan hatinya. Menyebabkan aku terluka dan akhirnya aku memutuskan untuk melepaskan dia.Kepada orang yang lebih layak menjaga dia."

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now