78

6K 284 12
                                    


" Paru paru dia memang cedera, sebab trauma itu, Dr Dhia. Sebab itu pernafasannya turun." Kata pakar dan consultant Orthopedic Mr Rizqi.

Ketika itu Dhia baru selesai melakukan CPR ke atas Aisar, dan sumpah dia sangat penat. Aizat berada di luar bilik, sedang menunggu.

" Saya risau, sebab paru paru dia masih lagi cedera, kita kena tengok dalam waktu seminggu ni. Kalau dia masih tak sedar dalam seminggu ni, brain dead boleh jadi. Tolong siap sedia dalam keadaan macam ni Dr Dhia. Dan saya sarankan tak perlu involve sebagai doktor, but involve sebagai isteri Tuanku. Bagi support, he really needs that. Put your Trust on us Tuanku Puteri, its our job to save the life." Mr Rizqi menerangkan perlahan lahan, tidak mahu Dhia tertekan.

Kini satu hospital tahu identiti sebenar Dhia dan Aisar. Dan Putera Aizat meminta untuk tidak menghebahkan kepada media tentang keadaan kesihatan Aisar.

" Brain dead?" Kata Dhia, seolah tidak percaya. Sama maksud dengan kematian. Bezanya jantungnya masih berdegup dengan bantuan ventilator.

Mr Rizqi mengangguk. " Banyakkan berdoa Tuanku Puteri. Allah mendengar doa hambanya. Kita usaha sehabis mampu ya."

———————————————————

Dhia merenung bangunan berkembar Petronas yang tersergam indah dari tingkap besar koridor hospital. Dia berada di luar wad diraja tingkat 9, menunggu di situ. Sudah 3 hari Aisar ditidurkan. Dan sudah 3 hari Dhia setia menjaga suaminya.

Pengawal juga ditugaskan mengawal bilik VVIP itu. Aizat akan mengambil tugas itu pada sebelah malam, kerana Dhia akan pulang menjaga anak anak kembarnya pula. Aisya yang sudah tiba 3 hari lalu menjaga Ayd dan Iyad semasa Dhia menjaga Aisar di waktu siang. Keduanya sudah boleh berbicara dengan baik tetapi masih terasa kekok.

Dhia mengambil keputusan untuk bercuti dari segala tugas hakiki seperti yang dicadangkan oleh Mr Rizqi sebelum ini. Rutin hariannya juga berubah 360 darjah.  Tugas mengelap tubuh dan segala keperluan lain diuruskan sendiri oleh Dhia. Langsung Dhia tidak percaya akan orang lain untuk melakukan tugas itu.

Sesiapa pun boleh mengkhianati kerana mereka tahu Aisar dalam keadaan lemah.

" Dahlia," suara lelaki kedengaran dari belakang. Dhia menoleh, kelihatan Adriel dengan wajah tenang melangkah menghampirinya dan berdiri tepat di sebelahnya. Masih ada jarak diantara mereka.

Keduanya membisu untuk seketika.

" Saya tak tahu yang awak..isteri..Putera Aisar," perlahan Adriel memulakan bicara. Dhia tidak berpusing, hanya terus memandang bangunan tinggi dari dalam cermin lutsinar itu.

" Maafkan saya.." kata Dhia, sepatah. Dia juga kelu. Masih terkejut dengan semua ini. Tapi kali ini, dia tahu, itu adalah petanda, mungkin dia dan Aisar ditakdirkan bersama. Dia akan setia, dan susah payah bersama hingga ke akhirnya.

Cintanya hanya untuk Aisar, suaminya.

" Dia benar benar cintakan awak, sampai sanggup menjadi gelandangan semata mata nak lihat awak. Dan saya dengan rasa tak malu, buat macam tu kepada dia, saya benar benar menyesal Dahlia.."

" Its Dhia, Ad. Saya Dhia." Pintas Dhia laju menoleh ke arah Adriel. Adriel seakan tersentak, tetapi mengangguk kecil.

" Dhia." Kata Adriel perlahan.

" Its okay Ad, awak tak tahu pun pasal ni. Bukan salah awak." Kata Dhia senyum manis. Adriel rasa sayu melihat senyuman itu. Wanita itu sudah milik orang. Dia juga tidak tega merampas apa ntah lagi suami wanita itu bukan calang calang orang. Raja Pemerintah Inderaloka.

Tetapi rela turun takhta demi mencari si isteri hingga ke Malaysia.

Itu yang didengar desas desus oleh staff hospital.

Buat seketika, ya dia kagum akan keberanian Aisar membuang segala galanya demi cinta. Gila, dan berani. Orang lain takkan lakukan sedemikian.

Tapi itu lah cinta. Membutakan sesiapa yang mengalaminya.

" Ad," suara Dhia memanggil Adriel kembali ke realiti. Dhia sedang memandangnya dengan pandangan redup.

" Boleh bagi tangan awak kat saya?"

Adriel mengangguk sambil menghulurkan tangan. Tangannya dibuka tepat di hadapan Dhia. Dhia meletakkan sesuatu ke atas tangannya.

Cincin.

Adriel senyum tawar, sudah faham. Malah tak perlu dinyatakan apa apa, dia memang terasa malu dengan perbuatan sendiri. Melamar isteri orang.

" Saya harap awak faham sebab apa saya tak pernah membalas apa apa. Saya memang cintakan suami saya. Eventhough kita bersama sekali pun Ad, hati saya tak mungkin berpaling kepada awak. Sebab nama suami saya yang bergema dalam hati saya. Saya minta maaf Adriel kerana pernah memberi harapan pada awak dengan memakai cincin ini."

Adriel hembus nafas dan mengangguk kecil. Payah rasa ingin menelan air liur. Pilu terisi dalam hati. Tapi dia tahu, keputusan ini adalah yang terbaik untuk mereka berdua.

" Beruntung suami awak Dhia. Punyai isteri yang setia mencintai dirinya. Semoga dia cepat sembuh dan korang bersatu kembali. Sampaikan maaf saya pada dia Dhia." Ujar Adriel cuba mengukir senyum bagi menenangkan jiwa sendiri.

Dhia membalas senyuman dan keduanya memandang ke hadapan, merenung KLCC yang tersergam indah.

Adriel kemudian memandang semula ke Dhia. Wajah dari tepi itu kelihatan menawan. Beruntung Putera Aisar, punyai isteri yang secantik begini.

Dalam hatinya, dia berdoa, semoga keduanya bahagia sehingga akhirnya. Adriel berlapang dada, dirinya akan bahagia jika Dhia gembira. Dan dia tahu, tak semudah itu dirinya akan jatuh cinta semula, sebagaimana dia cintakan Dhia.

Tak segampang itu ku mencari penggantimu
Tak segampang itu ku menemukan sosok seperti dirimu cinta
Kau tahu betapa besar cinta yang kutanamkan padamu
Mengapa kau memilih untuk berpisah

Terlalu besar kutaruh harapan pada dirimu
Itu alasanku lama tanpa dirimu oh
Mereka yang bilang ku akan dapat lebih darimu
Tak mungkin
Semua itu tak mudah.

——————————————————

Korang nak lagi tak?🫡

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now