4

7.3K 357 20
                                    


Aisar memerhati cara gadis itu bekerja. Cukup pantas dan cekap. Malah CPR yang dijalankannya sempurna. Mus tersedar tidak lama kemudian namun dia masih tidak mampu bangun.

" Encik..encik.. tengok saya..fokus kepada saya," Suara gadis itu tegas memberi arahan.

Mus melihat gadis itu, matanya kelihatan kuyu. Gadis itu mengambil lampu suluh kecil dan menyuluh ke dalam anak matanya.

Dia membuka buku nota kecil dan menulis sesuatu.

"Okay encik, nampak bagus tapi kita kena bawa ke hospital juga untuk rawatan selanjutnya. Encik kena kekal sedar, jangan tidur. Keep pusing kepala kiri dan kanan untuk lebih banyak rolling tenang tak nak mengantuk tu,okay?"

Mus mengangguk angguk.

Bunyi ambulance dari jauh bergerak ke arah himpunan orang ramai di tepi jalan. Gadis itu segera bangun dan menghampiri Jason yang berdiri berdekatan. Dia menghulurkan satu kertas yang kelihatannya dikoyak dari buku nota tadi.

" Nah, ini 15 minit awal intervensi, nanti berikan pada yang incharge, semuanya saya dah state dalam tu. GCS, heartbeat, pulse, bilangan CPR..okay tak pe tak faham tapi bagi kat incharge ya," kata gadis itu tergelak kecil, melihat Jason yang berwajah blur. Yelah. Gadis itu menggumam perkataan perkataan asing ditelinganya.

Mana tak blur.

Aisar melihat gadis itu, terasa indah bunyi ketawa itu. Dia makin menyedari gadis itu sudah mula mengambil sebahagian kecil hatinya. Siapa nama dia?

Dr Ara? Kan?

" Saya pergi dahulu." Jelas gadis itu pantas mengundur diri. Anak mata hazel gadis itu kelihatan langsung tidak memandangnya. Apakah Dr Ara itu tidak kenal akan dirinya? Atau statusnya?

Gadis itu menapak pantas ke bulatan ramai, menyebabkan Aisar teringat sesuatu.

" Nanti!" Aisar memanggil gadis itu yang kemudiannya kelihatan laju meninggalkan mereka.

"Dr Ara!"

Gadis itu kelihatan berlari menuju ke keretanya, seakan Honda City berwarna merah dari kejauhan. Kenapa dia lari?

" Dr Ara! Sekejap!" Laung Aisar sambil berlari ke arah kereta tersebut.

Tetapi Honda City itu kelihatan meluncur laju di sebalik himpunan kereta yang beratur melintasi dan terus hilang dari pandangan.

Aisar kesal kerana dia langsung tidak dapat menangkap no plate kereta Honda City itu. Tetapi dia sungguh hairan.

Apasal gadis itu lari?

——————————————-

Dhia memandu cemas sambil mengawal stereng. Dia melihat belakang, alhamdulillah tiada yang mengikutinya dari belakang. Lega terasa akhirnya dapat lari dari kawasan bahaya.

Kenapa dalam banyak banyak orang, dia berjumpa dengan geng pengawal diraja? Pengawal Putera Mahkota pula tu. Dia tahu berdasarkan jenis baju yang dipakai. Tapi dia tak kenal si Putera itu. Dia mana kisah hal hal diraja ni. Kisah pasal hidup dia je la.

Tidak sangka pula orang yang diselamatkan tadi adalah pegawai pengiring diraja.

Kalau tahu macam tu, patut tinggal je tadi.

Eh tapi tak boleh..dia adalah doktor. Tugasnya adalah menyelamatkan orang.

Dhia mengeluh. Mujurlah dia memperkenalkan diri sebagai Ara. Hadoi.

Bukan dia tak nampak mata lelaki tadi tajam merenungnya macam nak makan. Lelaki itu macam pegawai penting je. Hoi tahulah aku tak lawa, korek jugak biji mata tu.Kenapa dia laung laung panggil aku tadi? Dia kenal ke?

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now