43

5.5K 278 3
                                    

Dua bulan berlalu..

Dua bulan yang penuh dengan campuran rasa. Dhia akhirnya sudah mengetahui bahawa Aisar memecat Umairah kerana Umairah yang disyaki meletakkan sesuatu ke dalam makanan dan minuman Dhia. Tetapi Dhia merasakan tindakan itu terlalu terburu buru. Umairah yang polos itu mahu meracuni dia?

Dayang baru yang menggantikan tempat Umairah bernama Ophelia. Baru masuk bekerja dalam 4 bulan lepas, ngam ngam lepas majlis resepsi mereka. Seorang yang pendiam dan tidak peduli akan hal orang. Sebelum ini pernah bertembung dalam istana tetapi Ophelia hanya tunduk hormat dan berlalu pergi.

Bersama Ophelia, Dhia merasa lebih privasi. Cuma minah itu terlalu pendiam, macam ada gunung emas dalam mulut dia.

Aisar juga mengambil keputusan untuk memeriksa kadar darah Dhia setiap bulan, sebagai langkah berjaga jaga bagi mengelakkan kejadian sama berulang lagi. Segala makanan dan minuman ditapis siap siap oleh Ophelia, dia yang akan merasa makanan itu dahulu.

Sejak akhir akhir ini juga Dhia perasan akan perubahan semua ahli keluarga mentuanya. Aiman yang kelihatan menyendiri, Dhia rasa dia tahu sebab apa.

Aizat yang sering datang berbual dengannya jika ada peluang. Pantang nampak Dhia, terus dilencongkan laluan menuju ke arah kakak iparnya itu.

Aisya pula tidak lah terlalu banyak ketara perubahannya, tetapi dia banyak menghabiskan masa di luar istana, entah apa yang dia sibuk sangat. Dan wajahnya macam serabut sangat.

Dia juga perasan akan bapa mentuanya, Sultan Riyadh yang sering berkurung dalam pejabatnya dalam waktu malam. Setiap kali memanggil Aisar masuk ke dalam, pasti akan berakhir dengan masam muka antara ke duanya. Macam tak sebulu.

Si Kyra pula sejak dari kejadian makan malam hari tu, Dhia ambil inisiatif untuk menjauhkan diri dari gadis itu. Mujur Jabatan Kecemasan dan Jabatan Pembedahan itu berada di dua sayap dan tingkat berlainan. Kalau tak masak la weh, sebab perasaan nak mencili si talam dua muka tu semakin menebal.

Ada hati nak ambil laki aku. Misi 'take what is mine' eh konon. Dasar perempuan tak guna.

Petang Sabtu.

Dhia cukup bosan terkurung dalam istana. Buku buku dalam library semua dipandang dengan tiada perasaan. Ambil angin pun seronok juga. Aisar pula keluar ke pejabatnya, katanya ada sedikit hal. Nampak kalut, entah Dhia tidak peduli.

Kaki Dhia melangkah keluar ke library,dilihat Naim setia menunggu.

" Naim, jom jalan jalan ke tasik. Ambil angin."

Seperti biasa Naim mengangguk patuh.

Tasik istana tampak tenang, dan nampak cantik pada waktu petang sebegini. Naim setia mengiringi manakala Ophelia pula menuruti belakang. Dari jauh ternampak beberapa pekerja sedang sibuk mencantas pokok. Sempat mereka melambai dan menunduk hormat pada Dhia.

" Naim, dah berapa lama awak kerja kat sini?" Soal Dhia sambil meneruskan langkah.

" Sejak kecil lagi Cik Puan. Saya membesar bersama sama Tuanku Putera. Saya memang diasuh dan dilatih untuk menjadi pengiringnya." Balas Naim. Dhia angguk faham.

" Korang sebaya?" Naim senyum dan geleng.

" Saya 27, Cik Puan."

Owh muda lagi tapi tua setahun darinya.

" Awak dah ada girlfriend ke?" Seronok pula Dhia bertanya. Korek rahsia macamlah si Naim tu nak bagitahu.

Naim terdiam tapi tampak wajahnya jelas merah. Telinganya juga merah, seakan nampak asap keluar pula. Dah lah muka dia putih. Haha malu rupanya.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now