59

5.1K 294 22
                                    


Kyra memerhati susuk tubuh lelaki yang berdiri dihadapannya. Senyumnya menguntum memikirkan apa yang dia hajati bakal diperolehi lagi malam ini. Batinnya cukup terseksa kerana suaminya Aisar tidak mampu memenuhinya sejak dari mereka mula bernikah lagi. Sering kali Aisar akan mengelak, atas pelbagai alasan.

Tapi paling kerap alasannya adalah kerja.

Kerja..kerja..kerja..

Batin isterinya langsung tidak dihiraukan. Sedangkan dia masih muda. Tubuhnya masih lagi mendatangkan nafsu pada sesiapa sahaja yang memandangnya. Termasuk si lelaki ini. Lelaki yang pernah menjadi kekasih gelap semasa di US dahulu, dan kekal hingga sekarang. Cuma hubungan mereka berdua lebih kepada open relationship. Sesiapa antara mereka boleh mempunyai komitmen dengan orang lain termasuk berkahwin, tetapi hubungan batin antara sesama mereka tidak dilupakan sekiranya mahu.

Kerana itu, dia kurang kisah jika tidak disentuh Aisar. Dia sudah ada yang boleh memberikan sesuatu yang diingini.

Sesuatu yang sama diinginkan oleh si lelaki dihadapannya.

Lelaki itu, Ashraff Hazrael juga membalas senyuman Kyra sambil mula memanjat katil apartment milik Ashraff. Tubuh Kyra yang hanya memakai lingerie dirangkul dan diletakkan ke atas permukaan katil dengan lembut. Kyra memaut tangan ke leher Ashraff, manja.

" Dah besar sikit dah perut you ni sayang," tangan Ashraff mengusap sedikit perut Kyra, mendatangkan rasa geli di tubuh wanita itu.

" Janganlah you..," Kyra bersuara leret, seperti kucing betina yang bersedia mengawan.

"....ini bukan anak you tau nak usap usap macam ni."

Ashraff ketawa dan wajahnya menghampiri Kyra yang kelihatan bersedia. Bibir itu dikucup sekilas, menandakan kemahuan lelaki itu.

" I tahu, itu bukan anak I..itu anak Aisar.." nada suaranya sinis, separuh mengejek. Kyra mengusap rahang tegak Ashraff, memerhati kulit tan milik Ashraff, nampak maskulin sebegitu. Namun masih tak mampu melawan ketampanan Aisar.

Suaminya itu kacak dengan gaya dominan dan berkarisma. Tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun, walaupun Ashraff sendiri.

Dia dan Ashraff, mereka berdua berhubung dengan matlamat kepuasan. Bukan berlandaskan hubungan cinta yang normal.

Lagipula Kyra mencintai Aisar dan Ashraff pula gilakan Dhia.

" Well, anak suami I. Bakal pewaris takhta kerajaan Inderaloka.." Kyra menggaris senyum bangga. Kandungan berusia 9 minggu diusap sedikit.  Kandungan penyelamat.

"But you still cari I sayang, untuk diri you." Hidung Kyra digesel manja membuatkan Kyra ketawa kegelian.

"You ni, dari 10 tahun lepas kita dah macam ni kan, our body needs each other.. sejauh mana I pergi pun, my body wants you. Craves you. Only you."

Bibir keduanya tercantum menggambarkan bagaimana keduanya mahukan satu sama yang lain. Bibir Ashraff melumati ulas bibir wanita itu seperti tiada hari esok. Dalam banyak banyak tubuh wanita yang dia tiduri, dia akui, Kyra, tidak pernah gagal untuknya.

Seperti keduanya mengikat kontrak dalam senyap, mereka bertemu, berhubungan dan menjalani hidup masing masing keesokkan hari seperti tiada apa yang berlaku.

Cuma satu impian yang dia mahu terlaksana, memiliki Dhia. Tubuh, jiwa dan cinta Dhia. Jika dia dapat miliki wanita itu, sumpahnya dia akan setia sehingga hujung nyawa. Tiada Kyra mahupun wanita lain. Dia mahu bahagiakan Dhia, kekasih igauan dalam tidurnya. Dia mahu membina keluarga bersama Dhia, dengan anak anak kecil berlari lari sekeliling rumah idaman mereka, serta si cantik ibu mereka Dhia Aralyn menunggu setia kepulangannya dihadapan rumah.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now