50

5.5K 306 41
                                    


Kedengaran bunyi tawa ketika mereka semua sedang menikmati minum petang. Dhia yang baru sahaja bangun dari kerusi, kembali duduk semula. Permaisuri Sofea pula berkerut dahi.

Dua susuk tubuh manusia masuk ke ruang makan sambil berpegangan tangan. Permaisuri Sofea terbeliak mata melihat adegan itu dihadapannya.

" Aisar Iskandar apa ni???" Soal Permaisuri Sofea terkejut besar, gila ke apa anak sulungnya ini? Berpegangan tangan dengan Kyra Rania? Sedar ke tak Dhia, isterinya ada kat sini? Apa yang dah jadi ni?

Matanya sempat mengerling Dhia yang juga jelas terkedu dengan apa yang berlaku. Sudahlah menantunya itu mengandung anak sulung, merangkap cucu pertamanya.

Walau dikhabarkan tidak sempurna bak kata Dr Suzana tempoh hari, dia redha, bahkan dia cukup teruja dengan kehadiran bakal cucunya itu. Tidak apalah sekiranya dilahirkan sebegitu, mungkin juga ada hikmahnya. Suaminya Sultan Riyadh juga berfikiran sama. Ada lubuk pahala mereka.

" Kyra, kau dah gila ke?" Marah Permaisuri Sofea. Putera Aiman juga turut bangun, wajahnya menyinga. Putera Aizat pula terlopong. Mata Dhia pula tertumpu di hadapannya, mereka berpegangan tangan seolah olah mencabar kredibilitinya sebagai isteri Aisar.

How could you Aisar?

" Bonda,"sapa Aisar tetapi tangannya masih menggenggam erat tangan Kyra.

"Kau buat apa ni Aisar? Kau sedar ke tak?" Nada Permaisuri Sofea naik seoktaf. Aisar angguk. Tangannya lagi kuat mengenggam tangan Kyra. Dia langsung tidak memandang Dhia yang mula tunduk perlahan lahan memandang pinggannya.

" Sedar, dan waras bonda. Lagipun Aisar ada satu pengumuman. Alang alang semua ada kat sini kan." Ujar Aisar, beriak selamba. Bebola matanya juga bergerak merenung Dhia yang masih tertunduk. Kyra disebelahnya sudah tersenyum nipis. Rasa bangga kemenangan mula berpihak padanya. Dhia dipandangnya dengan sinis.

Aku akan halau kau dari sini, jauh dari istana, jauh dari Aisar!

" Aisar akan mengahwini Kyra, sebagai isteri kedua Aisar."

Dhia terasa dunianya sunyi serta merta. Hanya perkataan yang didengari tadi terngiang ngiang di telinganya. Kahwini Kyra? Isteri kedua?

Hatinya bagai ditikam sembilu. Sumpah betul betul sakit ibarat dicarik carik pisau, tetapi tidak ternampak darah. Tangannya naik memegang dadanya. Allahu sakitnya terasa.

" Aisar! Kenapa kau buat macam ni?" Tempik Permaisuri Sofea, garang. Budak berdua ni memang tempah bala. Dia memandang sekilas Dhia Aralyn yang masih tertunduk, namun jelas wajahnya pucat. Terlalu terkejut. Kasihannya Dhia. Tergamak Aisar lukakan isterinya. Baru kahwin 6 bulan. Baru sangat. Sudahlah baru sahaja disahkan mengandung.

Bagaimanakah sahabatnya Permaisuri Darisa jika dia mengetahui anaknya disakiti sebegini rupa?

" Kenapa? Kenapa kau nak kahwin dengan si Kyra ni? Kau tahu kan Dhia tengah mengandung anak kau!" Kuat suara Permaisuri Sofea bertutur, seolah mahu Aisar faham. Ikut hatinya, nak je dia hempuk kepala kedua manusia depan dia ni.

" Sebab.."

" Sebab apa? Sebab Dhia mengandung anak istimewa? Macam tu? Aisar Iskandar, tak semestinya tepat apa yang dikatakan Dr Suzana tu. Allah ada, minta dengan Allah. Bukannya main suka hati kau je. Kau tak nak, solutionnya kau kahwin lain! Eh itu bukan yang aku ajar anak anak aku selama ni. Aku tak pernah ajar anak anak aku sakiti perempuan!"

Jelas tampak wajah Aisar terkaku sebentar.

" Eh Kyra, kau pun dah tak de jantan lain ke yang kau nak? Sebab apa kau nak anak aku? Sebab Aisar ni nak jadi Raja? Bukan ke kau dulu terhegeh hegeh nak ke Aiman ke? Aku takkan restu sampai bila bila perkahwinan korang!" Sekali lagi Permaisuri Sofea memetir.

Dhia erat menggengam hingga putih kekura tangannya. Tetapi sakitnya tidak terasa. Sakit di hati lebih pedih. Cukup pedih.

Jangan nangis Dhia.
Jangan nangis.
Sebelum ni pun kau dah biasa disakiti.

Tetapi nyata matanya tidak dapat menahan empangan air mata yang penuh. Setitis air mata mengalir jatuh ke pipi, hingga menitik ke kekura tangannya.

" Cakap Aisar, kenapa kau nak kahwin dengan Kyra ni?"

Aisar diam membisu. Dia kelihatan berat untuk berkata kata.

" Aku tanya ni Aisar! Jawab! Kenapa...."

"Kyra mengandung, bonda. Kyra mengandung anak Aisar."

Terus terdiam ke semua manusia yang berada di balai santapan itu. Sunyi hingga jarum jatuh pun boleh terdengar. Permaisuri Sofea pula sempat berpaut di ukiran kepala kerusi makan, terlalu terkejut hingga dia kelihatan ingin rebah ke lantai.

Seketika berlalu.

Terdengar bunyi kerusi makan, rupanya Dhia yang bangun perlahan lahan. Wajahnya seakan tiada perasaan, benar benar kosong. Matanya tepat memandang ke arah Aisar, yang memandang ke arah lain.

Kau memang pembawa malang, Dhia Aralyn.

" Saya dah faham kenapa beberapa minggu ni awak mengelak dari saya." Dhia ukir senyum, namun jelas dia paksakan senyum itu.

Suasana masih diam. Hanya Kyra yang tersenyum sambil mengusap perutnya. Putera Aiman kelihatan mengetap rahang, mencerlung marah ke arah abangnya.

" Saya izinkan awak kahwin lain. At least boleh elak dosa. Saya mohon maaf saya tak mampu nak sediakan yang sempurna untuk awak, yang menyebabkan awak memilih jalan dosa sebagai penyelesaian. Tetapi, pinta saya satu sahaja. Ceraikan saya, lepaskan saya."

Tenang satu satu keluar dari mulut Dhia. Walau hatinya cukup dirobek, tetapi riak wajahnya cuba dikawal. Hanya satu sahaja yang dia fikir sekarang ini. Anak dalam kandungannya.

Aisar hanya diam tidak bersuara.

Kali ini Putera Aizat berdiri memandang abangnya Aisar, wajahnya juga merah. Ketinggian mereka hampir sama menyebabkan mereka tampak jelas sedang berpandangan.

" Kau lah lelaki paling tak guna yang pernah aku jumpa Aisar. Aku tak sangka, kau boleh sia sia kan permata yang cantik macam Dhia. Kalau aku tahu kau ni jenis macam ni, dah lama aku ambil Dhia sebagai isteri. Tapi kau siap berzina dengan perempuan lain, bangga pula tu kau mengagungkan maksiat."

" Dan kau Kyra, jangan kau ingat aku tak tahu apa yang kau rencanakan. Jangan kau ingat aku terima kau sebagai kakak ipar aku. Aku sikit pun takkan terima perempuan murah macam kau, jadi keluarga aku. Kau level tapak kasut aku."

Mata Kyra mencerlung.

" Biadap..." tetapi isyarat genggaman tangan yang semakin kuat oleh Aisar mendiamkan dirinya.

" Korang berdua ni manusia paling jijik dan hina." Perlahan Aizat menutur, jelas kebencian yang dalam di setiap kata katanya. Dia terus menarik tangan Dhia yang tersentak, tetapi wanita itu hanya turut akan langkah itu.

" Aku takkan ceraikan kau." Aisar tiba tiba bersuara.

Langkah Dhia terhenti. Habis nak buat apa? Nak simpan dia lagi? Sebagai apa?

" Aku takkan benarkan kau keluar dari istana juga." Tambah Aisar, dan Kyra disebelahnya juga terkedu.

" Bie! Apa yang you kata..."

Jelingan Aisar mematikan kata kata Kyra.

" Tapi kalau kau buat semua tu, aku akan gantung kau tak bertali, Dhia Aralyn."

" Aisar Iskandar!" Tempik Permaisuri Sofea, terlalu kelu untuk berkata kata. Kenapa Aisar sebegini kejam pada isterinya sendiri?

Dhia meleraikan pegangan tangannya oleh Aizat dan berpusing semula menentang pandangan Aisar. Ada satu pandangan aneh dari pancaran mata suaminya, dia tidak tahu apa maksudnya. Tapi kata kata suaminya benar benar melukakan hatinya paling dalam. Terlalu dalam. Hingga dia sudah tidak kisah akan maksud itu.

Dhia menunduk hormat dan tertib terhadap Aisar, wajahnya masih kosong.

" As you wish, Aisar."

——————————————————-

I try my best to put some emotion on this chaps.. sorryyyy if tak sampai..😭

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now