7

6.8K 344 13
                                    


Rindu sungguh terasa melihat istana Treez yang tersergam indah. Kediamannya sejak kecil. Sudah lama dia keluar dari istana. Last dia pulang ke sini adalah pada  setengah tahun yang lepas agaknya.

Terlalu lama dia bermaustatin di luar. Ayahanda dan mama hanya dilihat di kaca tv sahaja. Itu lah pelepas rindunya. Walau sering bertikam lidah dengan kedua ibu bapa dan abang abangnya, dia mengaku dia merindui mereka semua.

" Selamat pulang anak bongsu ayahanda," luas tangan Sultan Aminullah didepakan ke arah Dhia yang pantas memeluknya. Anak perempuan yang satu ini, manja yang amat, degil pun apa kurangnya. Nakal tak usah kata, sejak dari sekolah lagi sehingga warden sendiri sudah tidak larat ingin mengawasi.

Tetapi dia sangat bijak. Buktinya dia berjaya menjadi seorang doktor. Tidak bergantung dengan orang lain seperti anak raja yang lain. Harta dicari dengan titik peluh sendiri. Dia juga bersikap menggalakkan anak anaknya berdikari. Namun dia membantas sekeras kerasnya Dhia mahu duduk berasingan pada awal dahulu.

Tetapi setelah melalui beberapa siri confrontation, akhirnya dia mengalah.

" Rindu ayahanda. Ayahanda sihat?" Soal Dhia erat memeluk ayahandanya.

"Sihat anakku sayang. Kenapa anak ayahanda nampak kurus ni. Kerja kuat sangat ke?" Soal Sultan Aminullah risau.

" Of course la ayahanda. OT dengan double shift hari hari. Kan Dhia nak bawak ayahanda dengan bonda makan seafood tepi laut tu." Sengih Dhia menutur kata sambil meleraikan pelukan.

" Duit ayahanda lebih dari cukup lah nak beli seafood tu Dhia," sampuk Permaisuri Darisa yang sedari tadi memerhatikan kedua beranak ini berpelukan.

Dhia memeluk bondanya erat.

" Ala bonda ni, Dhia nak pakai duit Dhia sendiri la bonda." Saja direngekkan suara. Anak bongsu manjalah katakan.

" Mengada lah kau ni adik bongsuku Dhia Aralyn" sampuk satu suara yang turun dari tangga.

" Abang Nial! Abang Danzel!" Jerit Dhia.

Tengku Danial dan Tengku Danzel, pasangan kembar merangkap abang kedua dan ketiga Dhia menuruni tangga dengan senyuman lebar. Memang kedua dua seiras wajah tetapi Dhia tahu membezakan keduanya. Sebab keduanya berbeza perangai dan ragam.

Tengku Danial humor terlebih, manakala Tengku Danzel serius dan skema. Ikut buku teks orang cakap. Sebab itu kalau ada apa apa kerja nakal yang Dhia buat, dia akan inform Tengku Danial kerana abang keduanya itu lebih fleksible.

Kalau dengan Danzel, memang sampai kat ayahanda dan bonda.

Tengku Damian pula campuran semua. Perangai independent terlebih sama macam Dhia. Ada sedikit sense of humor macam Danial. Tetapi dia juga serius dan dingin dalam bekerja sama seperti Danzel. Sebab itu dia layak menjadi Tengku Mahkota.

" Lil sis, rindu dengan kau," kata Danial membalas pelukan Dhia. Danzel pula hanya buat muka cemberut.

" Kau tak payah peluk aku lah, geli," selamba Danzel menutur. Dhia juling mata ke atas.

" Sapa nak peluk kau? Buang karan," balas Dhia, tangannya diletakkan atas bahu Danial.

"Kau apa sal balik? Ingat seronok sangat duduk hospital tu, sampai tak ingat nak balik rumah," sengaja Danzel menyindir adiknya, memang dia suka cari pasal dengan Dhia. Tapi hati banyak sayang. Kerana dalam ketiga tiga abang Dhia, Danzel yang paling pantang kalau adiknya diusik usik.

"Lol, salah ke aku balik. Kau tak suka kau punya pasal lah." Balas Dhia selamba.

Sultan Aminullah hanya menggeleng kepala.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now