21

6.9K 329 20
                                    


Aisar hanya menghembuskan nafas perlahan. Sultan Aminullah dan Permaisuri Darisa hanya duduk di sofa bilik tetamu sambil merenung ke arah Aisar. Majlis resepsi masih berlangsung di bawah tetapi mereka berkurung dalam perpustakaan ini bagi membincangkan hal Dhia Aralyn.

Damian pula duduk memeluk tubuh.

" Tapi Danzel dah arahkan untuk mencari orang tua tu, tiada tanda tanda dia disini." Ujar Damian.

Sultan Aminullah hanya memicit pelipis.

" Ibu Sari itu terlalu sayangkan Dhia, sampai dia memanipulasi fikiran Dhia macam tu. Sebab tu dia langsung tak nak muncul dalam majlis majlis diraja, event atau function mahupun majlis makan malam. Dhia sentiasa dalam belenggu fikirannya yang negatif, entah sampai bila tak tahu." Sultan Aminullah berbicara.

" Kerana itu ayahanda benarkan dia bekerja, supaya dia dapat lupakan apa yang berlaku pada dirinya. Pada apa yang berlaku dulu. Dia sentiasa menganggap dirinya pelik. Sedangkan dia lah puteri yang sangat cantik menurut ayahanda."

Aisar senyum nipis. Ya, dia akui. Dhia memang cantik.

" Kami kira Ibu Sari itu sudah mati. 20 tahun dia tidak munculkan diri hadapan kami. Tapi tindakan berjaga jaga tetap diambil. Sebab Dhia akan senang mengikuti Ibu Sari. Dia lemah kerana jiwanya seolah dipegang oleh perempuan itu. Dia pasti akan ikut sahaja kemana jua Sari pergi. Jagalah Dhia baik baik Aisar."

Aisar hela nafas.

" Saya tak faham ayahanda. Kenapa Dhia? Kenapa dia inginkan Dhia?"

Yelah, kenapa semua seakan takut dengan si Ibu Sari ni. Dhia pun bukan budak kecil nak dikawal. Itu kejadian 20 tahun lalu, Dhia bukannya bodoh untuk jadi rasional.

Permaisuri Darisa lepas keluhan.

" Sari, kakak kembar mama. Nama dia Dasari. Setelah satu kejadian lalu, dia terpaksa gugurkan kandungannya. Dia jadi meroyan, dia jadi sasau. Kami berdua sudah tiada ibu bapa dan kami sahajalah keluarga yang tinggal. Jadi Mama ambil keputusan untuk jaga dia, ketika itu mama dah nak bersalinkan Dhia. Sebagai pengubat rindu pada anaknya, dia offer untuk jaga Dhia. Mama masa tu kurang baik dengan dia sebab dia benci mama, and mama anggap dia mungkin nak berubah, mungkin nak baiki semula hubungan kami adik beradik. Jadi Mama setuju dengan offer Sari."

"Tahun demi tahun berlalu, Dhia makin membesar, dan kami perasan dia makin menjauhkan diri dari kami. Dia betul betul rapat dengan Dasari, tak nak ke mana mana tanpa Ibu Sari dia tu. Tapi Dasari pun makin baik dengan mama. Lama lama mama pun fikir, tak apalah asalkan Ibu Sari, kakak mama tu dah tak benci mama."

" Sampai lah satu ketika, Danzel dengar sendiri kata kata hasutan Sari terhadap Dhia untuk benci kedua ibubapanya sendiri. Benci keluarga sendiri. Paling teruk dia hasut Dhia untuk cederakan Danzel ketika itu. Dhia datang ke bilik Danzel, cekik abangnya sendiri tanpa sedar. Akhirnya Sari tertangkap, dan dihalau keluar negeri. Tapi Sari bersumpah akan datang untuk mengambil Dhia kembali. Mama syak ada sesuatu yang tak selesai antara mereka."

" Kami bawa Dhia ke child psyciatry untuk assessment. Dhia disahkan ada PTSD. Kami dinasihatkan pakar untuk tidak bebankan emosi Dhia, bimbang dia di luar kawalan. Tapi , sejak dari hari itu Dhia tidak lagi menunjukkan apa apa tingkahlaku pelik sehinggalah tadi Aisar."

Aisar terpaku mendengar kisah Dhia. Patutlah dia jadi begitu. Teringat dia tadi akan wajah Dhia yang begitu tertekan apa bila melihat satu figura, yang dikatakan Ibu Sari. Kasihan gadis itu, dia pula sering berkeras dengan Dhia.

" Mama dan ayahanda percaya kamu boleh jagakan Dhia. Cuma ada satu lagi yang kamu perlu tahu Aisar." Kali ini Sultan Aminullah pula berbicara mengunci pandangan tepat ke arah menantunya.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now