18

6.9K 373 18
                                    


Jagung manis itu dimakan selera sambil matanya melilau ke arah deretan baju baju serta beg tangan. Dengan ramai orang berjalan tanpa menghiraukan sekeliling, Dhia hanya mengikuti langkah Aisar menyelusuri celah celah keramaian.

" Kau ada nak beli apa apa?" Soal Aisar, ralit pula melihat wajah Dhia yang keriangan. Cantik betul isterinya.

Dhia tersengih menampakkan barisan gigi yang tersusun cantik.

"Ada! Jom saya bawa awak satu tempat ni, sedap sangat makanan dia." Kata Dhia sambil mula melangkah ke hadapan ingin mengetuai, kerana dia ingin membawa Aisar ke tempat yang dimaksudkan.

Tetapi Aisar menariknya ke belakang semula, lebih tepat ke tepinya. Bekas jagung manis Dhia yang kosong diambil dari tangan gadis itu dan diletak dalam plastik kosong yang dijinjit dengan tangan kanannya. Plastik itu dibuang ke tong sampah berhampiran.

Manakala tangan kirinya menyulam tangan Dhia yang sudah kosong tidak memegang apa apa dan mengambil masuk ke poket hoodienya.

" Kita jalan sama sama. Aku tak nak kau pergi jauh dari aku." Kata Aisar penuh makna. Mujur Dhia tidak membantah. Dia mengangguk.

Figura Aisar yang tinggi lampai dan tegap itu lebih kelihatan tampan dengan memakai hoodie hitam dan seluar jeans. Dia memakai mask hitam dan juga cermin mata berwarna sama. Jelas ianya menarik perhatian mata mata gadis yang melihat keduanya.

Tetapi wajah wajah mereka bertukar hampa apabila melihat tangan Dhia berada bersama tangannya dalam hoodienya. Aisar seperti biasa dengan wajah dinginnya berjalan selamba dikhalayak ramai.

Sampai ke satu gerai menjual takoyaki, Dhia berhenti.

" Ini dia."

Aisar mengangguk dan melepaskan tautan tangan mereka dalam poket hoodie. Dia sempat mengerling ke arah gerai itu dan berjalan ke pokok berhampiran. Dhia segera menghampiri gerai kecil itu. Seorang pemuda sedang giat membungkus takoyaki untuk diberikan pada pembeli yang sudah menunggu di situ.

" Bang, nak dua bungkus tako, satu sotong dengan unagi eh." Sempat dia berpusing ke belakang dan menggumam ayat seolah ' Unagi okay tak' sebelum dia berpusing ke hadapan semula setelah mendapat anggukan Aisar.

Pemuda itu mengangguk dan melemparkan senyum kecil.

" Lama tak jumpa Dhia. Sihat ke?" Soal pemuda itu ramah. Matanya melihat Dhia sambil meletakkan aksesori diatas takoyaki yang dah siap. Manakala di satu sisi dia juga sedang meletakkan isi sotong dan unagi ke dalam adunan yang sedang dimasak bulat dalam acuan.

Pantas pemuda ini buat kerja.

" Ala abang Humaam, macam ni je lah saya. Sihat setakat gitu je la," balas Dhia sengih. Mata Dhia tajam menikam ke arah takoyaki yang sedang dimasak. Sekali sekala dia berpusing mengerling Aisar yang bersandar di pokok menunggunya sambil peluk tubuh.

Handsome!

Eh Dhia, gedik sungguh kau ni. Hari tu bukan main kau benci dia. Konon nak balas dendam la apa la.

Entah, mungkin sebab dah kahwin kot, jadi lembut hati pula. Tiber!

" Boyfriend ke?" Soal Humaam muncung mulut ke arah Aisar.

Dhia tak mengerling ke arah yang dimuncungkan, tetapi dia faham akan soalan Humaam.

" Owh tak.." jawab Dhia pendek. Ragu ragu nak akui status mereka. Tapi aku tak bohong kan memang kami bukan boyfriend, sebaliknya suami isteri.

Cuma tak terus terang je lagi!

Humaam ketawa.

"Apa salahnya kalau boyfriend pun, dia nampak macam sesuai dengan awak. Kejap kejap tengok sini. Cemburu ke kita berbual ni." Usik Humaam sambil tangannya menyudahkan acuan bulatan takoyaki dan mula mengeluarkannya ke dalam polisterin.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now