10

7.5K 400 21
                                    


Pergerakan Dhia Aralyn dikawal rapi. Atas arahan Sultan Aminullah. Seperti dijangka, gadis itu mengamuk sungguh atas arahan karut itu. Ke dapur istana pun perlukan iringan. Sungguh gila!

Telefonnya dibuka dan dia terdetik mahu mencari maklumat tentang Putera Aisar dalam internet.

Gambar Aisar yang tertera di telefonnya direnung geram.

Pasal kau lah aku jadi macam ni! Hambur Dhia dalam hati, geram.

Hendak lari, tetapi laluan biasa yang dia gunakan sejak dahulu, Sultan Aminullah sudah uruskan dengan menutup lorong dan melakukan pengubahsuaian di sana.  Ini memang kerja Danzel la ni gi report. Apa lah masalah dia dengan aku? Cemburu sebab aku ambil takhta anak bongsu ke?

Tempat dia memanjat beberapa hari lepas pada malam dimana kunjungan keluarga Putera Aisar itu pula, sudah diletakkan beberapa pengawal. Buntu sekejap.

Instagram dibuka, sekadar ingin tahu perkembangan semasa. Entah mengapa dia terdetik membuka profile dirinya. Gambar terakhir yang diletakkan adalah gambar 4 sahabat. Dhia, Syira, Yasmin dan Alana. Rindu sungguh pada 3 sahabatnya itu.

Rindu yang tiada gantinya. Matanya tertutup, mengenang peristiwa lama.

6 tahun lalu ketika mereka berusia 20 tahun, kereta yang dinaiki mereka terbabas menyebabkan kematian 3 sahabat itu. Dhia pula mengalami cedera parah di paru paru (hemathorax) akibat tertusuk tulang rusuk. 2 bulan dia ditempatkan di ICU sebelum dipindahkan ke wad biasa.

Ketika itu mereka sedang dalam cuti semester. Dhia pula mencutikan diri sendiri kerana dia melanjutkan pelajaran ke Moscow State University, Rusia dalam jurusan perubatan. Sudah tentu cuti semester mereka tidak sama. 3 sahabatnya lagi belajar dalam negara Inderaloka.

Dan dia masih ingat lagi suara seakan ibu Seri yang terngiang ngiang semasa dia tidak sedarkan diri. Terasa bisikan itu jelas di pupuk telinganya.

" Kamu, puteri pembawa malang!"

" Kamu, puteri pembawa sial!"

" Kamu, puteri yang langsung tiada guna !"

" Kamu, puteri berwajah buruk!"

" Kamu, puteri aneh, pelik!"

"Sebab itu kawan kawan kau mati!"

"SEBAB ITU KAWAN KAWAN KAU MATI!!"

Matanya terbuka luas. Seakan kata kata itu jelas berbisik kuat ditelinganya.

Instagram tadi masih terbuka memaparkan gambar mereka 4 sahabat berpelukan mesra. Seakan tahu ini adalah gambar terakhir mereka sebelum berpisah mengikut haluan yang ditentukan Allah.

" Aku rindu korang. Aku keseorangan."

Titis air mata mengalir sedikit dari pelupuk mata, segera dikesat.

" Dhia walau apa pun yang terjadi, menangislah jika itu hak kau untuk menangis. Tapi selain dari itu, jangan tunjuk kita lemah. Kesat air mata kau."

Nasihat Syira masih terpahat kukuh. Ya, aku tak sesuai dengan Putera Aisar. Aku malang, aku pembawa nasib malang. Aku tak cantik. Jadi, maafkan Dhia ayahanda. Dhia tak boleh terima semua ini.

Luggage dibuka dan satu sampul berlogo yang terselit di bawah timbunan buku perubatan di keluarkan. Asalnya dia mahu memberitahu keluarganya tentang perkara ini. Tetapi dia membatalkan hasratnya. Tidak sesuai untuk sekarang.

Lama dia membaca surat tersebut sebelum dia nekad membulatkan sesuatu dalam hati.

—————————————-

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now