26

6.1K 289 9
                                    


Makan malam bersama Presiden Astana, maaf, bersama keluarga Presiden Astana kelihatan berjalan lancar. Tapi tidak bagi Dhia Aralyn.

Selain dari kelibat Puteri Aisya yang menyakitkan hatinya, ada sorang lagi manusia yang cukup menyebalkan mata, jiwa dan raganya.

Oh Tuhan kenapa Kau temukan aku dengan manusia manusia macam ni.

Presiden Astana, Presiden Caleb Jackson datang bersama isterinya Madam Suzanna Jackson dan 3 orang anak anaknya. Seorang lelaki dan dua orang perempuan.

Xavier Jackson
Casper Jackson
Valerie Jackson

Kesemua anak anak Caleb Jackson ini hampir sebaya dengannya, kecuali yang sulung Xavier Jackson, khabarnya Xavier tu sebaya dengan Aisar atau Aisar yang lebih tua setahun. Entah.

Tapi kini manusia yang seorang lagi dia rasa berbulu sangat itu adalah anak bongsu mereka, Valerie Jackson.

Tak habis habis claim Aisar itu abang angkat. Segala serba tahu pasal abang Aisar tercinta. Kau kebulur sangat dengan abang Aisar kau, kau ambil je lah. Aku tak de kebulur mana pun setakat mamat beku tu.

" Ala kenapa abang Aisar tak cakap yang dia ke Qatar? Kalau tak boleh kirim baju, dia tahu saiz Val berapa."

Dhia tak boleh brain lah, what is the type of their relationship? Saiz baju pun boleh tahu?

" Oh dulu abang Aisar tak suka makan manis manis. Kak Dhia tahu, abang Aisar suka makan puding truffle yang Val buat. Tak manis sangat."

" Abang Aisar suka minum air kelapa muda"

" Abang Aisar suka beli clip butterfly untuk Val, dia kata Val cantik dengan clip tu."

"Abang Aisar tak suka Val rapat rapat dengan lelaki lain, dia kata lelaki itu banyak yang buaya. Dia suruh berhati hati."

What The Heck?

Dia sempat menjeling Aisya yang merenung sinis kepadanya. Memang dua ekor ni patutnya aku kurung dalam bilik mayat.

" Tak sangka Kak Dhia ni berambut coklat hazel. Abang Aisar suka rambut hitam macam Val." Gelak terlepas dari Valerie yang nampak sangat dibuat buat. Dari jauh memang kelihatan cukup mesra. Tapi serius rasa nak simbah dengan air jus oren sejug depan ni.

Tak tahu malu ke puji laki orang depan bini dia?

" Kak Dhia nak berapa orang anak?" Once again, hal anak ini disentuh lagi.

Dhia diam sambil menyisip airnya.

" Planning ke Kak Dhia? Jangan kak, Abang Aisar suka anak ramai ramai. Merancang ni sebenarnya tak elok juga, tambah tambah umur dia pun dah 31 kan. Tapi tak pe, kekal gagah."

Merona merah wajah Dhia. Seriously Val?

Namun Dhia tetap ukir senyum classy sambil memegang gelas jus orennya. Sabar. Jangan meletup Dhia.

" Atau Kak Dhia ada masalah? Kena pergi jumpa pakar cepat cepat la, takut mandul ke apa ke. Kalau mandul, sempat lagi Abang Aisar cari pengganti lain. Ye lah sebab pewaris ni penting kak."

Dhia hela nafas. Baru nikah nak masuk dua minggu. Diulangi. Dua minggu. Kau boleh cakap pasal anak? Sungguh biadab.

" Thanks Val for the suggestion. Excuse me." Kata Dhia tenang sambil bangun dari duduk. Dia mahu ke tandas, rasa nak muntah dengar ke semua kata kata Valerie. Dengar suara pun rasa nak lempang.

Mengada ngada.

Selesai urusannya ditandas, dia dihalang oleh satu figura gadis. Dhia memeluk tubuh sambil menyandar ke dinding. Si Valerie ni memang cari pasal.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now