38

6.2K 337 18
                                    


Sedari pulang tadi Dhia melihat Aisar hanya senyap tidak beriak. Usai membersihkan diri, Dhia memanjat katil dan menyangka Aisar juga ingin tidur.

Namun Aisar hanya mencium dahi Dhia dan berdiri semula.

"Abang nak keluar sekejap sayang. Sayang tidur dulu ea"

Tetapi tangan Dhia sempat memegang tangan Aisar, menyebabkan Aisar menoleh kembali ke arah Dhia.

" Dhia nak abang." Sayu kata kata meluncur keluar dari bibir Dhia.

Aisar ukir senyum dan duduk menyandar di kepala katil. Dia memberi isyarat untuk Dhia menghampirinya. Tubuh Dhia diraih ke dalam pelukannya, manakala Dhia erat membalas pelukan itu.

Rasa nyaman dan tenang rasa hati, mengusir rasa takut yang dialami sejak Dhia berjumpa dengan Ibu Sari.

Aisar mampu memadam rasa takut itu, kerana dia cukup selesa dalam pelukan suaminya.

" Sayang dah sedia nak bentang kes dalam conference tu?" Kata Aisar sambil mengusap rambut Dhia.

Dhia angguk perlahan. " Dhia cuba. Tapi Dhia takut."

Aisar ketawa kecil. Perangai garang, nakal pun ada tapi penakut betul.

" La kenapa takut pula? Cakap je atas pentas tu, apa yang sayang tahu dan faham."

Dhia tepuk lembut dada Aisar. " Isy abang ni, ingat senang ke? Dah lah yang datang tu semua jenis bijak bijak tau. Bukan doctors je, tapi lawyers pun ada. Risau juga kalau kena hentam. Dhia ni hati tisu."

Aisar memeluk erat tubuh isterinya. " Abang akan cuba hadir ke sana ea. Bagi semangat kat isteri abang ni."

Dhia angkat wajahnya dari dada Aisar dan meleraikan pelukan.

" Eh tak payah lah." Tolak Dhia tiba tiba. Aisar kerut dahi. " Lah kenapa?"

" Nanti semua ingat Dhia pakai cable, Dhia tak suka." Wajahnya mendung, nyata memang tidak senang akan itu.

Aisar senyum tipis. " Tak payah risau lah sayang. Semua orang tahu sayang ni isteri abang, cable tak cable pun. So sana lah tempat sayang buktikan yang sayang bukannya hanya sekadar doktor yang cantik, yang bukan gunakan title isteri Putera Mahkota semata, tapi seorang yang berbakat besar. Seorang yang ikhlas dalam pekerjaannya."

Dhia mencebek. " Yada yada yada. Perlu ke cakap Dhia cantik, kalau ye pun nak cakap panjang panjang gitu. Nak bodek la tu."

Aisar menjegil mata. " Eh geram pula abang dengan sayang ni. Orang serius ni, dia nak main main pula. Sini sayang!"

Spontan Aisar menarik isterinya ke arahnya dan menggeletek pinggang Dhia. Dhia ketawa kegelian, tidak mampu menahan ransangan tangan itu.

" Jangan abang, geli lah." Tangannya cuba menepis serangan Aisar di pinggangnya. Tawanya bergema di satu bilik, geli sungguh rasa.

Dalam pada tangannya menepis, entah bagaimana Dhia menarik kolar baju suaminya hingga dia rebah terbaring ke katil, dengan Aisar menghempapnya. Kedua duanya terkaku kerana posisi intim mereka. Wajah dan hidung mereka bersentuhan. Bibir mereka tidak sampai seinci jaraknya.

Dhia telan air liur, sedikit pergerakan berlaku, bibir mereka pasti bersentuhan.

Aisar memandang mata Dhia yang terpancar riak terkejut. Dengan posisi sebegini, Aisar sedar nafsunya yang sekian lama ditahan sejak dahulu pasti akan bangkit. Sebelum apa apa terjadi baik dia bangun dahulu. Dia tidak mahu mendatangi isterinya dalam paksaan.

Dia mahu hubungan itu dilakukan dengan sama sama rela.

Lama mereka berkeadaan begitu.

Aisar merasakan lebih baik dia bangkit segera.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now