45

5.6K 256 18
                                    


Dhia terkejut besar melihat Aisya yang habis lencun kainnya dibasahi cecair merah.

" Baik kau cakap dengan aku Aisya? Apa ni?" Soal Dhia, mengeluarkan oxymetre dan stateskop. Oxymetre diletakkan di jari kiri  Aisya.

Chest piece stateskop itu diletakkan di dada dan belakang Aisya. Aisya hanya terdiam sambil mengerang sakit.

" Aisya! Jangan diam. Aku kena tahu masalah ni supaya aku boleh fikir jalannya," kata Dhia menekan. Bibir Aisya bergetar getar.

" Kau jangan bagitahu Aisar. Tolong.."suaranya perlahan meminta tolong sambil menahan sakit.

" Aku cuba Aisya, tapi aku tak boleh sorok lama lama dari dia.. kau faham je la.." kata Dhia perlahan, namun masih berbunyi cemas. Tangannya memakai latex glove, mengambil gauze dalam beg med portable, dan menyelak kain skirt yang dipakai Aisya. Cukup banyak darah yang keluar.

"Cepat  Aisya bagitahu aku apa yang dah jadi ni! Kau dah banyak hilang darah!" Tempik Dhia geram.

Aisya menangis teresak esak.

" Aku mengandung Dhia. Dan aku gugurkan baby aku.."

——————————————-

Sebaik sahaja Aisya selamat melakukan DNC ( prosedur cuci rahim untuk membuang sisa atau janin yang masih ada) akhirnya dia ditempatkan di wad diraja. Mujurlah rakan Dhia, yang merupakan MO Obstetrics and gynaecology ( O&G) sudi menolong melakukan prosedur itu dan menyimpan rahsia.

Dhia cukup buntu kali ini.

Kerana Aisya langsung tidak mahu keluarganya dihubungi.

" Aku tak nak Dhia. Mati aku kena kali ini!"

Dhia berdiri memeluk tubuh, dan mencerlung tajam. "Itu masalah kau, kenapa kau nak heret aku? Kau tahu kan suami aku siapa, abang kau tu siapa? At least bagitahu dia, walau paling tak pun mungkin kau kena tampar. Tapi hadap je lah sebab kau yang cari pasal," bidas Dhia geram.

Wajah Aisya tampak berang.

" Aku dirogol!" Naik seoktaf suara Aisya menyebabkan Dhia terdiam membisu.

" Apa?"

" Aku dirogol Dhia, aku dirogol! Kau nak tahu kenapa? Sebab ada seseorang kerap menghantar ugutan akan cederakan keluarga kita. Then dia kata dia ada bukti yang ayahanda ada jalankan perniagaan gelap bawah tanah. Beberapa gambar dia bagi pada aku menerusi Whatsapp, tapi dia kata kalau aku nak pendedahan lagi banyak, aku kena datang kepada dia. Dan disitu..disitu.. aku dirogol..berulang.. kali" Aisya mula membuka cerita sambil menangis teresak esak.

" Dia..kata dia kenal Aisar.. aku tak nampak sebab dia pakai topeng..dia nak cederakan kau..cederakan Aisar.. dia ugut aku..kalau aku berani bagitahu Aisar, dia akan..bunuh Aisar.."

Dhia bungkam. Tangannya menggigil lalu digenggam rapat.

" Sebab tu aku tak nak cerita kat Aisar..aku takut dia diapa apakan.."

Dhia menghampiri, mengusap belakang Aisya, menenangkan diri Aisya.

" Dia sebut nama kau Dhia, masa dia rogol aku.. dia bayangkan tubuh aku ini kau..dia macam dendam sangat dengan Aisar.." ayat itu menyebabkan usapan tangan itu terhenti.

Lelaki itu kenal aku?

" Aku tak nak apa apa jadi kat keluarga aku. Dia suka kat kau, kenapa aku yang kena terima." Aisya menangis lagi tanpa sedar bertutur kata lagi yang menghiris perasaan Dhia.

Dhia merenung Aisya yang mengalir air mata, kali ini dia tidak lagi memujuk Aisya.

Lelaki itu kenal dia, lelaki itu mahukan Dhia, tetapi Aisya yang terkena. Sebab dia, Aisya jadi begini. Sebab dia, Aisar juga boleh dicederakan. Dia tak nak, dia tak mahu.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now