77

6K 315 25
                                    


" Mama, maafkan Dhia," Dhia peluk erat Permaisuri Darisa yang membalas pelukan anak perempuannya, bersungguh sungguh memohon maaf. Sultan Aminullah hanya mengesat air mata dan memandang ke arah lain.

Timbul rasa kesal dalam hati, jika tidak kerana ego dan salah faham, pasti Dhia tidak bertindak begini. Pasti Aisar juga tidak sasau mencari si isteri. Kesetiaan Aisar pada Dhia cukup mengkagumkan dia. Dua tahun ditinggalkan, tidak sedikit pun goyah rasa cinta lelaki itu pada Dhia.

" Dhia tak tahu sampai macam ni Aisar bertindak. Dhia bodoh sangat sebab Dhia pentingkan diri. Dhia pentingkan perasaan Dhia. Dhia ingat Aisar bahagia selama ni. Dhia tak tahu yang Aisar merana sebab keputusan Dhia."

Permaisuri Darisa hanya menepuk nepuk belakang Dhia sambil menangis. Dia juga diam tak mampu berkata. Teringat janji Aisar bahawa lelaki itu akan bawa pulang Dhia dan anak anak mereka, dan kemaafan pasti akan diberi jika dia berjaya.

Menyesal Darisa kerana dia katakan begitu, hingga Aisar pasti diburu rasa bersalah yang tinggi. Cintanya juga mendorong diri Aisar untuk bertindak tanpa waras dan akal rasional. Yelah siapa sahaja yang berani membuang segala pangkat dan harta demi seorang wanita. Sanggup menjadi gelandangan dek mahu dekat dengan si isteri.

Kini barulah Dhia tahu tentang segala yang berlaku dua tahun kebelakangan ini. Aisar hanya memerintah selama setahun iaitu pada tahun pertama Dhia menghilang, sebelum dia menyerahkan kepada Aiman sebagai pemangku. Pada tahun pertama itu lah Aisar menggubal segala undang undang berkaitan industri hitam, dan menghukum semua penjenayah yang terlibat.

Disamping itu juga Aisar juga berjaya menaikkan ekonomi Inderaloka dalam tempoh beberapa bulan sahaja sebelum dia nekad untuk berundur.

Namun dia tidak boleh berundur terus kerana namanya merupakan pewaris sah takhta. Jadi dia menyerahkan takhta pada Aiman sebagai Pemangku, dan jika dia tidak pulang dalam masa dua tahun, takhta itu secara automatik menjadi milik Aiman. Dan secara kiraannya, tinggal 11 bulan sahaja untuk Aisar mengambil takhtanya kembali, yang sangat dialu alu oleh Aiman.

Kerana menurut Sultan Aminullah, Aiman sering kali merungut rungut akan kerja itu dan dia rindukan kerja asalnya, mengorat perempuan katanya.

Sultan Aminullah yang menjadi penasihat secara tak rasmi kepada Aiman.

" Dhia tak tahu yang Aisar akan terima Dhia atau tidak lepas semua ni." Kata Dhia Aralyn perlahan.

Sultan Aminullah menggeleng. " Dhia masih ingat pesan ayahanda? Pada malam pernikahan Dhia. Pilih sesuatu yang pada haknya. Walau semua kelihatan dusta, semuanya tampak kelihatan sama, tetapi tetaplah pilih pada yang haknya."

" Dhia patut sedar pada waktu Dhia bertindak meninggalkan Aisar. Aisar suami Dhia, sepatutnya Dhia tahu letakkan hak dipihak mana. Ketika itu semua kelihatan kelam kabut, tampak sama, si Sari itu juga mahu kelirukan kamu, kamu tetapkan hati kamu dan cinta kamu pada Aisar. Dengan cara itu kamu tahu kamu di landasan yang mana."

" Begitu juga dengan Aisar. Dia cintakan kamu Dhia. Dia terlalu cintakan kamu, hingga dia buang pertimbangan dan kewarasannya semata mata untuk kamu."

Mata Dhia bertakung lagi. "Ayahandaaaa..." lirih suara Dhia.

" Ayahanda dan mama memang ibu bapa kandung Dhia, tapi Aisar suami Dhia. Syurga Dhia, keberkatan dan keselamatan Dhia datang dari doa dia. Buang ego kamu, buang segala fikiran mengarut kamu tu. Mohonlah kemaafan dari Aisar, sayang. Mohon bersungguh sungguh, agar dia memaafkan kamu."

————————————————-

Wajah Aisar yang bersih, tanpa jambang, direnung sayu. Cengkung wajahnya, bibirnya pucat, dan dia juga kelihatan kurus.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now