42

5.5K 295 11
                                    


Disebabkan Aisar terlalu lambat pula, entah apa lah yang dibincangkan mereka, Dhia mengambil keputusan untuk naik ke bilik mereka. Rasa rancangan nak kareoke pun macam tak jadi. Ni pun dah nak pukul 11 malam.

Sebelum naik, sempat lagi Dhia menyinggah ke dapur istana, mahu mengambil pulut kuning yang tak sempat dijamah tadi. Berborak dengan Kyra terasa mengambil masa yang lama. Tak tahu kenapa tetapi dia memang tidak berasa selesa dengan gadis itu. Dia juga nampak Kyra dan keluarganya tidak lah rapat. Adik beradiknya tadi pun hanya buat hal sendiri.

Dikhabarkan mereka datang berasingan. Kyra datang sendirian, tidak dengan keluarganya.

Lega sungguh apabila si Kyra meminta diri untuk pulang. Manakala keluarga minah tu masih lagi riuh berbicara.

Dhia melalui jalan Sayap Timur, kerana itu jalan backup nak ke dapur. Jika dia melalui laluan biasa iaitu Sayap Utara, dayang dayang akan mengerumuni dan melayannya. Dia tidak mahu layanan itu, dia mahu melakukannya sendiri.

Sayap Timur itu agak sunyi tapi Dhia tidak takut kerana ada 2,3  pengawal yang mundar mandir di koridor itu.

Dia terdengar bunyi seperti pertengkaran apabila dia melalui satu laluan kecil. Hujung laluan itu adalah tangga yang sangat jarang digunakan kerana masing masing lebih suka menggunakan lif. Tertarik dengan apa yang berlaku, serta perasaan ingin tahu mula menguasai, Dhia menghampiri kawasan itu. Nyata bunyi suara itu datang dari tangga hujung itu.

" Let me go! Apa yang you nak lagi ni?" Dhia mengerut dahi, itu suara Kyra! Minah ni tak balik lagi ke?

" I nak tanya you kenapa you masih berani kat sini lagi? You sengaja kan?" Suara lelaki pula berkumandang. Eh macam kenal.

" Sengaja atau tak, itu tak ada kaitan dengan you! What happened back was done." Kata Kyra, garang menutur kata. Dhia menapak setapak lagi ke hadapan, cuba memasang telinga dengan lebih dekat.

" Masalahnya,  ada kaitan dengan I Kyra! You yang ada kaitan. Kenapa you hadir di saat I dah lupakan you! Saat kita dah tak bersama lagi!" Keras lelaki itu pula membalas.

Dhia membeliak mata. Biar betul!

" Hey Aiman! Dari dulu sampai sekarang you masih tak faham ke siapa yang dalam hati I? You dengan cinta bodoh you tu boleh pergi mati. You sedar tak I cuma pergunakan you. Tiada siapa yang dapat gantikan dia dalam hati I!"

" CUKUP!" Jerit Aiman, keras tapi masih perlahan suaranya. Mungkin takut didengari.

" You jangan ganggu hidup dia Kyra Rania! Tak cukup lagi dengan benda bodoh you buat dulu. You khianat setiap kebaikan yang dia tabur pada you. Dia sanggup undur diri sebab dia tahu I cintakan you!"

Kedengaran Kyra mendengus.

" Itu silap dia. I dont care. I tahu dia masih lagi ada rasa untuk I, we used to be BFF before, I tahu setiap kelemahannya, setiap kesukaannya dia. Dia bodoh sebab lepaskan I! Dia tak tahu ke I cinta mati dengan dia!!!"

Dhia menelan air liur. Adakah mereka sedang bercakap tentang......

Aisar?

" Stay away Kyra! Jangan....."

Dhia tidak dapat mendengar ayat seterusnya kerana terasa ditarik oleh seseorang. Dia menoleh ke belakang dan terkejut melihat Puteri Aisya merenung tajam kepadanya. Aisya menarik Dhia jauh sedikit dari tangga dan mereka masuk ke sebuah bilik berhampiran. Bilik itu dikunci serta merta.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now