28

6.1K 325 7
                                    


Kakinya dibalut oleh figura lelaki yang cukup digeruni olehnya sekarang. Kenapalah dalam banyak banyak hari malang, hari ni juga menjadi hari paling malang setakat hari ini? Kenapa dalam banyak hari juga, Aisar perlu muncul petang tadi?

Bukan ke sepatutnya dia balik esok?

Wajah tegang Aisar sekarang ini menghiasi ruang matanya. Dia tahu lelaki itu marah betul padanya.

Cerita tadi, Aisar pulang awal dari Qatar dan terus menuju ke arah kandang kuda. Hatinya dapat rasa Dhia ada disitu. Ternyata telahannya tepat. Mujur dia sempat sampai apabila kelihatan kuda kuda itu bertindak agresif.

Aisar melihat isterinya dalam kandang kuda bergegas mendapatkan Dhia, mendukungnya keluar dari kandang dan masuk semula untuk menenangkan kuda kuda tersebut. Si Aizat pula habis sesi training bola awal jadi dia juga datang ke kandang setelah dihubungi Aisar tadi.

Kuda 7 itu adalah milik Aizat.

Dan benarlah telahannya, kuda 7 itu rupanya ingin mengawan. Kuda itu baru dibeli oleh Aizat beberapa bulan lalu dan masih memerlukan masa penyesuaian, kerana itu dia diasingkan cubicle yang jauh sedikit.

Teruk Naim dan Umairah kena marah dan Aisar hampir membelasah Naim sebelum Dhia memeluk suaminya sambil menangis. Ini salahnya, semua salahnya, terlalu menurut kata hati.

Kali ini Dhia melihat sendiri baran suaminya depan mata.

" Puas hati kau?" Suasana sunyi di dalam kamar itu mula terisi dengan suara dingin si suami. Dhia tersentak. Kakinya yang terseliuh rupanya sudah siap dibalut kemas. Suaminya yang tadi duduk membalut kakinya, sudah pun bangun.

Aisar bangun bercekak pinggang membelakangi Dhia sambil tangan sebelah lagi naik memegang alur dinding. Nampak knuckle tangannya putih menandakan dia memegang alur dinding itu dengan kuat.

Betul betul tsunami kali ini.

" Aku tanya ni, puas hati kau?" Sekali lagi pertanyaan itu diulangi. Tetapi Dhia tahu, alur kemarahan suaminya semakin menggunung. Nampak rahang tajam suaminya serta urat urat hijau yang timbul di lengan yang kelihatan kerana kemeja dilipat . Telinganya juga merah.

Mati la aku..seriously.

" Saya minta maaf..saya..."

Aisar berpusing mendepani Dhia semula. Dia kelihatan benar benar ingin mengamuk.

" Kalau kau cedera tadi sapa yang nak jawab Dhia Aralyn? Siapa yang susah? Aku jugak!" Tinggi nada suara Aisar menyebabkan Dhia tertunduk takut. Hatinya mula terusik mendengar bait kata kata Aisar.

Susah? Masalahnya bukan aku yang nak semua ni! Aku tak nak kahwin dengan kau!!!

" Cuba lah kepala otak kau yang cerdik tu fikir sikit. Aku dah pesan duduk dalam istana. Naim bagitahu kau kan jangan masuk dalam kandang tu. Tapi kau dengan kepala kau yang degil ni, masuk jugak. Susah sangat ke arahan aku ni Dhia? Aku pakai bahasa mudah. Jangan keluar dari istana!" Disepak meja kecil di tepi kerusi rehat, terpusing meja itu ke sudut sana.

Bunyi yang kuat itu membuatkan Dhia berdecit ketakutan.

Tubuhnya menggigil sedikit.

" Ke kau nak aku berkasar dengan kau baru masuk kepala otak kau? Kau nak macam tu ke? Hah???"

Dhia mengawal nafasnya yang laju, cuba menenangkan diri. Tangannya yang mula sejuk digenggam erat.

" Susah betul nak cakap dengan kau ni Dhia. Semua ikut kepala kau je. Semua ikut perangai kau. Dengan aku kau tak boleh buat macam tu Dhia, aku tak sesabar ayahanda kau, abang abang kau. Aku tidak sesabar tu. Aku ada banyak tanggungjawab lain selain..."

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now