80

6.9K 369 23
                                    


Sesi pendermaan darah AB- ke tubuh Aisar sudah selesai. Sebelum itu pelbagai dokumen yang perlu Dhia tandatangani dan pelbagai mesyuarat yang perlu Dhia hadiri untuk meyakinkan para pakar perubatan lain.

Jika ini gagal, Dhia boleh disabitkan kesalahan cuba membunuh Aisar. Cubaan membunuh raja pemerintah Inderaloka, dan boleh disabitkan bawah Akta Rusuhan yang membawa hukuman mati.

Kerana status AB - yang sangat jarang ditemui itu.

Tetapi bagi Dhia, baik dia mencuba dari tiada langsung. Yang paling banyak menentang sudah tentulah Aizat dan Aiman. Puas mereka bertiga bertengkar sesama sendiri tetapi segala kuasa diatas bahu Dhia. Aisya pula hanya mendiamkan diri.

Cuma bonda mentuanya, Sofea, yang Dhia sempat jumpa tempoh hari di penjara setelah berjumpa Kyra, menitipkan kata pesan buat Dhia.

" Bonda tahu kamu sedang berusaha Dhia. Bak kata janji Aisar untuk membawa pulang kamu ke Inderaloka, tolong janji pada bonda yang kamu akan membawa pulang anak bonda."

Anak kembarnya sudah dihantar ke Treez, Inderaloka. Sekiranya ada apa apa berlaku pada dirinya, dia tidak lagi khuatir kerana anaknya dijaga elok disana.

Dan prosedur akan dilakukan di Malaysia, kerana kesukaran membawa pulang Aisar dengan kondisi sebegitu. Selesai proses memasukkan darah Dhia ke dalam tubuh Aisar, mereka perlu menunggu selama 48 jam untuk melihat sama ada tubuh Aisar boleh menerima atau menolak.

48 jam yang cukup mendebarkan.

Namun Dhia setia mengelap dan berbicara dengan Aisar bagaikan tiada apa apa. Bermasam muka dengan Aizat sudah tentu tetapi Dhia hanya biarkan saja.

Tidak kuasa lagi mahu bergaduh mulut. Aiman pula sudah kembali semula ke Inderaloka.

——————————————

Petang Sabtu, tempoh 48 jam sudah berlalu.

Dhia terlelap di rumahnya ketika dia pulang untuk mengambil barangnya. Kalut dia apabila dia tersedar dari lena. Ya rabbi semalaman dia terlena.

Aisar..Aisar macam mana?

Segera dia mengemas barang barang pakaian untuk dibawa ke hospital semula. Tatkala itu, pintu tiba tiba diketuk deras menyebabkan Dhia terdiam.

Siapa?

Namun dia melangkah keluar menuju ke pintu.

Dahinya berkerut apabila ada 3 polis wanita dan 2 askar serta seorang pengiring istana sedang berdiri tepat di muka pintu. Sekilas, akhirnya dia sudah faham. Prosedur itu tidak berjaya. Dia tidak dapat menyelamatkan Aisar.

Dia gagal.

Dan mereka di pintu mahu menangkapnya atas cubaan membunuh Raja Pemerintah itu.

Dhia hela nafas dan senyum nipis.

" Kamu semua datang untuk mengambil saya?" Soal Dhia tenang. Kesemua polis itu hanya membisu. Diam mereka memberi jawapan kepada Dhia.

Kepiluan mula bertandang. Dia gagal menyelamatkan Aisar. Dia gagal mengembalikan Aisar, yang juga seorang anak, seorang abang, seorang Raja negara dan seorang suami pada dirinya serta seorang bapa kepada anak kembarnya.

Aisar sudah meninggalkannya. Selama lamanya. Mereka sudah berpisah, oleh kematian. Perpisahan itu nyata sungguh memeritkan.

Aisar benar benar meninggalkannya kali ini.

" Sekejap , beri saya masa."

Polis polis itu hanya akur.

Seketika kemudian Dhia diiringi pengiring istana dan beberapa kereta hitam istana menuju ke arah hospital Utama K, sesuai dengan permintaan Dhia mahu melihat suaminya buat kali terakhir.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now