3

7.3K 382 14
                                    

Kenduri kesyukuran itu diadakan penuh meriah. Hampir semua kerajaan negeri menghadirinya. Idea Permaisuri Sofea, makanan makanan pula akan dihantar rumah ke rumah rakyat negeri Lentera mengikut bilangan yang ada supaya mereka juga turut sama meraikan walau tidak ada bersama sama di istana.

Jadi meriah dapur istana dengan lori masuk keluar tidak henti henti menghantar dan mengambil makanan pula. Semuanya dimasak oleh tukang masak istana dan dibantu oleh ramai chef hotel yang diupah sehari bagi menyiapkan hidangan tersebut.

Sultan Amin dan Permaisuri Darisa menghadiri bersama Tengku Damian, Tengku Danial dan Tengku Danzel serta kenamaan yang lain. Seperti biasa itu lah rombongan yang akan hadir ke mana mana majlis sekali pun.

Damian terjumpa sahabat lamanya dalam majlis tersebut. Lebar senyumannya melihat figura itu.

" Hey, Aisar," tegur Damian dan sememangnya disambut baik oleh Aisar. Keduanya berpelukan gaya sahabat.

" Lama tak jumpa kau Damian, sihat?"

" Sihat la, aku sibuk dengan company aku, baru nak moving up," kata Damian.

Aisar mengerut dahi. Ye lah tu sebab si Damian ni arkitek terkenal ya. Bina company sendiri tanpa guna duit mak ayah langsung.

Nak tahu dia kumpul duit macam mana?

Part time lukis plan di beberapa company under construction area. Lukis plan itu pun dah mahal. Mungkin title dia sebagai Tengku Mahkota pun dah banyak membantu, tetapi ikutkan bakatnya memang cemerlang.

Aisar juga kagum akan lukisan pelan bangunan Damian. Unik.

" Ye lah..ye lah.. korang sekeluarga datang berlima ya?" Soal Aisar, matanya merenung ke arah keluarga Damian yang sedang rancak berborak. Dia juga pernah berjumpa dengan pasangan kembar Danial dan Danzel, adik Damian. Tidak lah rapat tetapi kenal juga memandangkan mereka anak kenalan rapat ayahandanya.

Dan setahunya inilah adik beradik Damian, semua lelaki. Tiada puteri. Tetapi bila difikirkan kembali ketika mereka di universiti dahulu, cara Damian melayan perempuan seolah olah dia mempunyai adik perempuan. Sangat mesra. Malahan Damian kerap menelefon seseorang di talian yang berbunyi seperti perempuan. Bila ditanya, kata Damian, hanya ahli keluarga.

Jadi Aisar menganggap Damian mungkin menelefon sepupu perempuan. Tetapi bukankah panggilan dan cara bercakap terlalu akrab untuk pertalian sepupu?

Aisar hanya menolak jauh jauh prasangka yang tiba tiba mendatang.

Damian yang berubah riak wajahnya seketika cepat cepat memaniskan mukanya.

" Aah, macam biasa," ringkas jawapan Damian, sebelum mereka disapa oleh seorang gadis.

" Weh, makan, makan, jemput makan," kata Aisar sambil menepuk bahu Damian, dia juga seakan malas melayan gadis itu.

Gadis itu hanya melempar senyum, dia tahu Aisar bukan jenis melayan.

" Ni Aisar kan? Saya Adira. Puteri Adira," mesra gadis itu memperkenalkan diri. Aisar dan Damian melihat atas bawah gadis itu. Cantik, lawa, bertudung litup.

" Hmm.." itu sahaja balasan Aisar sambil matanya melemparkan pandangan ke arah Damian semula. Damian mengangkat kening, wow savage betul si Aisar ni.

" Jom bro, makan dulu," kata Aisar meletakkan tangan ke atas bahu Damian dan mendorong lelaki itu berjalan pergi. Malas nak layan. Itu mesti idea bondanya nak suruh kenal kenal. Bukannya dia nak cari jodoh pun.

Terkedip kedip Puteri Adira ditinggalkan begitu sahaja.

" Bro, tak baik lah kau buat Puteri Adira macam tu," kata Damian sambil tangannya mengambil nasi yang disediakan secara buffet. Aisar hanya diam, tangannya juga laju mengambil dessert di situ.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now