32

6.3K 340 22
                                    

" Hello, Dr Dhia Emergency Department speaking."

" Sayang!"

Dhia terdiam. Ini...Aisar?

"Aisar?" Bisik Dhia, entah kenapa terasa semua semangat wajanya lari. Luluh hatinya mendengar suara suaminya.

" Ya sayang, sayang okay? Why are you in there sayang? Abang cukup cukup risau."

Dhia menggeleng, menahan rasa sedihnya yang bergumpal. Suaminya ini mampu menghuruharakan sistem perasaannya sekarang. Sumpah dia rindu pelukan suaminya.

" Saya okay.." suaranya cuba kedengaran lebih semangat. Dia tidak mahu Aisar risau.

" Abang nak masuk sana. Abang akan tolong sayang apa apa pun."

Dhia menggeleng lagi. " Jangan awak. Kami masih tak pasti ni apa, MersCov atau another pulmonary disease biasa."

Mujur bukan Covid sebab swab saliva sudah dibuat. Tetapi PCR tetap dilakukan untuk memastikan kesahihannya.

Aisar terdiam. " Abang kat luar jabatan sayang ni. Kenapa sayang sorang je ada kat situ? Mana colleague yang lain? Sayang ni betul betul kerja keras. Atau sayang dibuli? Kalau dibuli, abang...."

" Tak..bukan macam tu. Dr lain semua ada tugas mereka. Masa tu kecemasan tak berapa ramai pesakit tadi. Kebetulan ada yang attend CME, ada yang hantar sample blood, ada yang baru habis shift." Potong Dhia laju, memang bukan salah doktor yang lain. Dia yang berada di tempat kejadian.

" Sayang kata nak PPE lebih? Abang dah arrangekan extra PPE. Abang dah arahkan Pusat Kawalan Kesihatan Awam juga untuk ambil pesakit yang tak bersimptom untuk keluar. Abang tahan media dari melaporkan benda benda ni dulu. Abang tak nak isteri abang stress."

Dhia ketawa. Ini yang dia sukakan Aisar. Lelaki ini cekap. Memang padan dengan jadi Putera Mahkota.

" Kenapa gelak?" Soal Aisar, masih kedengaran serius.

Dhia masih ketawa kecil hingga gelak itu reda.
" You are shoooo cute Aisar."

Sebelah sana terus terdiam. Tapi terdengar seperti dengusan kecil.

"Nakal eh sayang. Orang tengah serius ni."

Dhia ukir senyum. "Alololo...Dont worry abang, Dhia okay je ni. Dhia sedang lakukan tugas pada negara tau."

Kedengaran suara Aisar dingin semula.

" Abang tahu tapi..wait!! What? You call me..." Aisar seolah olah terkejut. Dhia ketawa lagi. Lol dia tak perasan ke kita panggil dia abang.

Kedengaran namanya dipanggil oleh S/N Wani. Hmm baru nak borak panjang.

" I gotta to go," bisik Dhia, rasa sayu menggamit jiwa.

" Sayang,sekejap. 1 min..1 min sayang!" Cepat cepat Aisar menutur.

Dhia mengemam bibir, cuba menahan esakan yang sekali lagi terbit.

"Sayang ingat tak lagu yang sayang minta sebagai syarat untuk kita teruskan step hubungan kita. Abang dah ada lagunya."

Dhia mengangguk, ketawa mendesis dalam pilu. Air mata yang jatuh setitik, pantas diseka.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now