15

7.1K 355 17
                                    


Dari jauh Permaisuri Darisa melihat anak kesayangannya Dhia duduk di atas rumput melihat ke langit. Entah apa yang difikirkan oleh dirinya itu. Pasti gadis itu masih lagi marah akan mereka kerana melakukan tindakan drastik sebegini.

" Kenapa Risa termenung kat sini?" Suara suaminya Sultan Aminullah menyapa telinganya.

Darisa tersenyum apabila bahunya diraih. Spontan kepalany lentok di dada suaminya.

" Abang rasa betul ke tindakan kita terhadap Dhia? Marah betul dia dengan kita." Soal Darisa menghela nafas.

Aminullah terdiam sebentar. Dia juga lepas keluh. Kedua pasang matanya merenung Dhia dari kejauhan.

" Abang cuma nak dia berada di tangan yang selamat. Awak tahu kan Sari akan cari dia. Sari obses dengan dia."

Darisa lempar pandangan terhadap Dhia yang seolah olah melutut pula.

" Risa pun tak tahu kenapa Sari macam tu. Dia kakak Risa. Kakak kembar Risa. Sepatutnya dia gembira untuk Risa. Tapi.." Darisa seolah tidak mampu menghabiskan ayatnya.

" Salah Risa sebab banyak tinggal Dhia spend masa dengan Sari dulu. Risa ingat kan dia boleh terima Risa sebagai adik dia bila Risa bagi dia jaga Dhia, jadi pengasuh Dhia. Rupanya Risa silap." Air mata mengalir menuruni pipi.

" Kau Risa ibu yang tak guna. Tinggal anak kau untuk aku jaga. Sebab kau tahu kau boleh beranak lagi. Ye lah dah jadi Permaisuri Treez, harus lah banyak duit, banyak sebab nak beranak banyak banyak. Dhia tu sampai menangis nangis cari aku! Sebab aku ni mak yang baik tau. Memang dari dulu lagi kau ni tak reti bersyukur. Orang asyik nampak kau, mentang kau cantik, mentang kau pandai, aku? Jadi bayang bayang kau!"

" Aku bersumpah akan mengambil Dhia kembali. Aku bersumpah akan rampas balik semua yang kau ada. Sekarang boleh la kau dengan laki kau halau aku sehelai sepinggang. Tapi aku tahu Dhia akan pilih aku. Dhia kena pilih aku sebab aku ni mak dia. Ibu sejati dia. Aku nak dia pegang hak dia balik. Aku akan bagi, aku akan sediakan kemewahan yang tidak dapat dibayangkan oleh dia sendiri. Empayar milik aku untuk Dhia."

" Aku benci kau Darisa. Aku benci kau. Tak perlu buat baik kat aku. Aku memang benci kau sampai mati."

Darisa tumpah air mata. Kata kata kakak kembarnya Dasari cukup cukup menyakitkan hatinya. 20 tahun berlalu tetapi kesan sedih dengan kata kata Dasari masih terasa hingga kini.

" Jangan sedih Risa sayang. Sari takkan ganggu kita lagi. Selagi abang ada, abang akan pertahankan keluarga kita. Tiada siapa boleh ambil Dhia dari kita. Aisar ada, dia lebih berhak terhadap Dhia. Sekurang kurangnya, kuasa Aisar sebagai Putera Mahkota boleh melindungi Dhia."

Darisa mengangguk, dan air matanya diseka perlahan.

" Risa tahu Sari takkan mengalah. Risa kenal kakak Risa. Dia takkan mudah mengalah selagi dia tak dapat apa yang dia inginkan. Dhia."

————————————————-

Dhia hanya duduk di atas rumput tepi taman mini yang diusahakan mama, Permaisuri Darisa. Rasa malas hendak masuk ke dalam istana, mengetahui Tengku Danzel aka abang kesayangannya berada di dalam.  Kuasa nak jumpa dia. Boleh buat gaduh.

Mujur juga si Aisar Iskandar atau Naga Hensem balik Lentera dulu. Dah lah tak de rasa salah minta cuti untuk aku. Dia ingat cuti aku ni boleh lama lama ke?

Tapi bila difikir balik, takut juga aku dengan dia. Garang. Dia macam ada aura yang lain macam sikit.

Dhia, dia tu suami hang dah tau. Nak tak nak memang kena berdepan juga dengan dia. By hook or by crook.

Eh tapi tak nak lah aku. Sekarang ni aku nak relaks relaks je dulu. Mujur dia tak ada kat sini.

Kenapa aku duk fikir pasal dia pulak ni? Pergi mampus lah kau nak buat apa pun, tapi tolong nyah jauh dari otak aku boleh tak?

Dhia menggeleng geleng. Pening betul.

Malam dimana dia bertekak dengan Aisar hingga minta bukti nikah, adalah malam pertama perkahwinan mereka. Tapi Dhia bertindak tidur di kuarters maid di belakang istana. Kebetulan ada katil kosong milik seorang maid yang pulang ke kampung.

Mujur ada pengawal yang nampak langkah Dhia ke kuarters. Jenuh Aisar mendukung semula Dhia pulang ke kamar mereka, lena sungguh Dhia hingga tidak sedar. Esok paginya, bertekak lagi dengan Aisar tentang isu pekerjaannya dan cuti. Itu pun dia terus diam apabila Aisar mula menggunakan kuasa veto.

" Cuti atau aku suruh berhenti kerja."

Sebelum Aisar bertolak ke Lentera, masih berselisih faham lagi kali ini tentang majlis resepsi mereka pula. Wajah Aisar memang tegang seperti hendak terkam Dhia.

FLASHBACK

" Dhia tak nak jemputan untuk hospital juga. Jenuh la Dhia kalau dorang tahu. Dorang tak perlu tahu pun lah. Dhia tak nak dorang tahu." Kata Dhia memuncungkan mulut, cuba untuk berlembut dengan Aisar.

Panggilan diri pun bertukar dari aku- kau kepada 'Dhia'.

Dia tak nak cari masalah dengan Aisar. Kerjayanya boleh terjejas.

Aisar kelihatan mengeluh.

" Sayang, nak tak nak dorang kena tahu juga yang kau tu isteri aku. Sampai bila kau nak simpan benda ni?Kau lupa aku ni siapa? Hmm?"

Merona wajah Dhia dipanggil dengan panggilan itu. Terdiam gadis itu sebentar.

" Awak yang nak kahwin dengan saya." Sepatah dibalas. Kelu pula ingin meneruskan kata. Entah kenapa berhadapan dengan lelaki ini dia terasa lain.

Aisy.. mana pergi Dhia yang lasak ni!

" Ya, aku yang nak kahwin dengan kau. Aku yang nak kau jadi isteri aku. Aku nak semua tahu yang kau bakal Permaisuri Inderaloka. Jadi mahu atau tak, dorang kena tahu juga." Hidung isterinya dicuit, menyebabkan Dhia merungut.

" Tchh..janganlahh.." marah Dhia.

Aisar ukir senyum. Comel pula lihat isterinya dalam marah marah ni. Haih nak tinggal dia seminggu macam mana ni.

Dia berdehem seketika. Sabar Aisar, sabar.

" Kau duduk diam diam dalam istana ni. Jangan pandai pandai nak pergi kerja , kalau aku tahu kau pergi kerja time aku kat Lentera, aku tak izinkan kau kerja terus dah lepas dari ni. Kau nak keluar ke apa ke cakap dengan aku dulu. Jangan ingat aku tak tahu."

Dhia mencebek. Wajahnya yang ala ala polos mula kelihatan geram. Aisar tahan gelak. Tahu sangat si Dhia ni saja nak berpura pura lembut sebab risau kerjayanya.

" Isy cepat lah masuk kereta. Makin lama awak kat sini makin banyak pula bebel dia. Macam mak nenek."

Spontan Aisar menarik Dhia ke pelukannya dan dahi isterinya dicium. Tak dipeduli pun ayah dan ibu mentuanya serta abang iparnya disitu. Dah halal, kisah apa!

" Rindu aku okay? Tunggu aku balik." Sekali lagi dahi isterinya dikucup, kali ini lebih lama. Dhia terkaku sebentar dengan perbuatan suaminya.

Hai cik jantung, janganlah berdegup kencang sangat.

END FLASHBACK

Tempat kucupan di dahinya dipegang. Tanpa sedar bibirnya menguntum senyum. Hatinya rasa berbunga pula. Tiber.

Romantik juga suaminya, walau garang nak mampus. Hehe..

Matanya merenung bulan penuh dilangit.

Apalah yang Aisar buat sekarang ya?

————————————————-

Hi..Seri itu tukar kepada Sari tau..Ibu Sari

Saya malas nak edit kat depan..

Maafkan saya🙏🏻

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now