27

6.1K 290 14
                                    


Ada satu perkara yang Dhia ingin lakukan sekarang ini. Kuda. Dia nak naik kuda. Sejak peristiwa petang semalam, dimana dia berjaya lari dari pengawasan Naim dan Umairah, Naim nampaknya terus berdiri di hadapan pintu bilik tanpa bergerak ke mana mana langsung.

Manakala Umairah pula kerap keluar masuk katanya nak kemas, nak sapu, nak mop. Seriously, langsung tak ada privasi betul. Dia menjeling balkoni bilik itu, nampak mustahil nak panjat sebab balkoni itu berada di tingkat 4.

Gila nak terjun macam tu je ke bawah. Patah kaki atau mati terus. Tak pasal pasal Aisar kahwin baru.

Ada satu laluan yang dia rasa boleh menjadi laluan baru. Bilik perpustakaan. Perpustakaan awam untuk semua staf istana. Dalam istana ada 3 perpustakaan. Perpustakaan awam, perpustakaan peribadi untuk Sultan Riyadh, dan perpustakaan peribadi untuk Putera Mahkota.

Perpustakaan yang dimaksudkan ini adalah perpustakaan awam yang berada di tingkat 1. Ceritanya macam mana dia nak panjat tingkap itu tanpa disedari oleh staf istana. Sebab comfirmlah staff istana akan keluar masuk kat situ.

Tak cuba tak tahu Dhia.

Deringan telefon iPhone 13 miliknya kedengaran, skrin menunjukkan suaminya Aisar yang menelefon. Dhia keluh sebentar dan tekan button off. Sorry Aisar, aku ada misi.

Dhia dengan nekad membuka pintu biliknya dan wajah Naim terjengul di luar.

" Selamat petang Cik Puan, nak kemana?"

Dhia lempar senyum. " Selamat petang Naim, saya nak ke perpustakaan sekejap."

Naim angguk. " Jom, saya bawakan ke library Tuanku Putera."

Dhia menggoyang kepalanya. " Saya nak ke library bawah sekali. Bosan lah library Tuanku Putera awak tu. Semua buku business, facts, physics."

Naim tertawa kecil tapi segera dia berdehem untuk menutup ketelanjurannya.

" Maaf Cik Puan, mai ikut saya, saya bawa ke sana."

Tiba tiba telefon Naim pula berbunyi menyebabkan Naim segera mengangkatnya.

"Ya Tuanku? Okay baik, ada ni, sekejap ya."

Naim menyerahkan telefon miliknya kepada Dhia yang mengerut dahi.

"Siapa?" Soal Dhia berbisik.

" Tuanku Putera Aisar," balas Naim menyebabkan Dhia menggeleng.

" Ambil lah, cakap saya tak ada," bisik Dhia menolak telefon itu, tetapi Naim juga menggeleng laju.

" Dia dah tahu Cik Puan ada dengan saya," balas Naim, juga berbisik resah. Mahu tak mahu terpaksa Dhia mengambilnya.

" Hel..."

" Sayang, mana telefon kau? Kau pergi tutup telefon kenapa?" Suara Aisar memotong bicara Dhia. Dhia ketap bibir, geram.

" Bateri mati." Ringkas jawapan Dhia, membangkitkan berang di sebelah sana. Sudahlah dia letih, call si isteri ingin mendengar suaranya. Boleh pula dia tutup telefon dia.

" Dah kau tak reti reti nak charge? Punya banyak suis dalam istana tu," balas Aisar dingin.

" Habis tu dah bateri mati nak buat macam mana. Saya pun tak perasan handphone saya dah tak ada bateri."

Aisar mengeluh, dia tahu itu bukan jawapan sebenar. Tapi dia memilih untuk tidak bergaduh.

" Sayang kat mana?"

" Dalam istana, kenapa?" Polos jawapan Dhia, hampir tercetus tawa Aisar.

" Ya abang tahu, tapi bila sayang dengan Naim, sayang mesti kat luar bilik, sayang nak ke mana?"

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now