31

6.3K 348 19
                                    


Suasana wad kecemasan Pusat Perubatan Utama Isis, tampak tenang pada tengah hari itu. Dhia menjamah sedikit lunch yang dihantar Naim, katanya khas dari Aisar. Khabarnya syarikat lelaki itu sedang dalam perebutan tender untuk pasaran tanah bagi pembinaan sebuah mini town di pinggir Isis. Jadi Aisar memang sibuk sangat sejak akhir akhir ini.

Tapi tetap juga dia ingat pada isterinya. Lunch yang dihantar itu membuktikannya.

Dhia ada juga terserempak dengan Kapten Ashraf dalam istana, tetapi Dhia hanya buat tidak tahu sahaja. Malas mahu melayan lelaki itu, tambah pula sering lelaki itu menganggunya menerusi Whatsapp. Sehingga sekarang dia tidak mahu memberitahu Aisar, kerana risau akan menganggu persahabatan mereka.

" Dr Dhia, ada satu keluarga yang datang ke sini, simptom demam, selsema, batuk dan muntah serta sakit dada. Katil 9 doktor," ujar MA Faleeq. Dhia mengangguk lantas bangun menuju ke katil 9. Dilihatnya ada satu keluarga terdiri dari anak perempuan, serta sepasang suami isteri berusia 40 an.

"Hi saya Dr Dhia, incharge disini. Boleh beritahu apa yang berlaku?"

Wajah sang isteri nampak pucat, manakala suami terbatuk terbatuk. Anak perempuan mereka yang terbaring atas katil itu kelihatan meringkuk sakit perut dan berpeluh peluh.

" Tolong check anak saya dahulu Dr. Dia sakit sejak dari pagi tadi, muntah muntah." Ujar si ayah.

Dhia mengangguk.

Tangannya mula menyelak baju si anak perempuan itu dan menjamah perutnya. Setelah memeriksa dibahagian bawah perut, tangan Dhia naik ke bawah ulu hati dan ketika itu si anak perempuan itu kelihatan ingin muntah.

" Gastrik ni. Sapa nama awak?" Soal Dhia sambil tangannya mula memakaikan stetoskop di telingannya. Dia mula memeriksa sekali lagi menggunakan alat itu.

" Nazira..nama saya Nazira.." suara serak Nazira menuturkan namanya. Dhia menghembuskan nafas.

"Okay Nazira awak ada apa apa alahan pada ubat?"

Gadis itu menggeleng lemah.

" Staffnurse, bagi dia Magnesium Trisilicate 10ml dahulu untuk 2 jam pertama ni. Drip dia normal saline 200ml dulu," arah Dhia pada S/N Wani yang mengikutinya. Wani mengangguk faham.

Si emak yang terbatuk batuk menarik perhatian Dhia.

" Puan, kita check puan dulu boleh? Jom ikut saya ke katil 10." Si emak mengangguk lemah dan mengikuti Dhia ke sebelah. Anak gadisnya Nazira sedang diberikan ubat oleh S/N Wani.

Dhia mengarahkan si emak untuk berbaring. Si ayah juga mengikuti mereka, dia juga terbatuk batuk.

"Ada jangkit dari sesiapa ke? Sejak bila batuk batuk ini?" Soal Dhia sambil memeriksa dada si emak dengan stetoskop. Terasa bunyi getaran seolah olah mucus ( kahak ) yang tebal dalam dada si emak.

" Dah sebulan dah doktor, tapi jadi makin teruk sejak seminggu ni. Batuk saya jadi macam berkahak, dan susah nak dilepaskan," kata si emak sambil terbatuk batuk, kali ini keras.

Dhia mengalihkan pandangan pada si ayah. "Encik pula? Encik dulu ke atau isteri yang mula batuk dulu?"

Ketika itu S/N wani menghampiri sambil memberi isyarat yang dia sudah memberi ubat gastrik pada Nazira.

" Saya dulu, Dr Dhia. Semua ni berlaku selepas saya balik dari luar negara. Saya outstation di sana selama sebulan."

Luar negara? Dhia tercengang sambil dia memikirkan sesuatu.

"Boleh saya tahu negara mana yang encik pergi?"

Si ayah mengangguk.

"Saya ke Arab Saudi."

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now