20

7.1K 342 8
                                    


" Cik Puannnn," hampir menjerit Nayla dan Jihah merapati Dhia yang sedang sibuk melayan rakyat jelata. Dhia terbeliak terkejut mendengar panggilan itu.

" Ohh rupa rupanya senyap senyap couple dengan Tuanku Putera eh. Macam mana boleh kenal? Bukan ke Cik Puan tak pergi ke majlis cari jodoh hari tu?" Soal Nayla teruja.

Dhia menepuk kuat lengan Nayla.

" Aduhh sakit la Cik Puan," Nayla menggosok gosok laju lengannya, boleh tahan juga tangan ketuanya ini.

" 1st of all, tak payah panggil aku Cik Puan bagailah. Panggil aku macam biasa. DHIA. Secondly, aku pun tak tahu macam mana boleh kenal dia."

Jihah mengerut dahi.

" Sampai hati Cik Puan..tak bagitahu pun rupanya Cik Puan ni anak Sultan Aminullah. Ampun tuanku," kata Jihah tunduk hormat.

Dhia menepuk pula lengan Jihah yang kemudiannya mendesis sakit.

" Auchhhh..."

" Korang ni kalau aku dengar panggil aku Cik Puan lagi, aku suruh laki aku hantar nama korang untuk gagal latihan siswazah houseman korang eh kat Kementerian Kesihatan. Nak?" Geram Dhia mengugut kedua dua anak buahnya yang menggeleng laju.

" Tapi untung Dr , suami Dr handsome teruk. Tengok tu, fuh laki idaman Inderaloka kot." Kata Jihah sambil tersengih. Tak pe la crush dengan suami ketuanya kejap. Lagipun Jiha dah ada tunang. Saja nak ber crush crush bagai.

Dhia mencebek. Korang tak tahu perangai si Aisar tu macam mana. Seram tau bila berdua dua dengan dia.

" Tu lah, Dr pun cantik. Memang padan dengan Putera Aisar. Mesti dapat baby comel comel."

Dhia mencerlung mata ke arah kedua dua yang mengekek gelak. Amboi dua orang tak ada insuran betul.

Mereka berborak ramah. Di keramaian itu, mata Dhia terpandang satu mata di celah celah orang.

Mata yang sama menenangkan dirinya ketika dia diejek ejek dahulu.

Mata yang sama memberikan kehangatan kasih sayang ketika dia perlukannya

Mata yang sama dari orang yang sentiasa bersama sama dengannya di istana Treez dahulu.

Ibu Sari!

Dhia melangkah mengharungi keramaian itu. Gaun pengantin mewah yang labuh serta kasut tumit tinggi tidak menghalang dirinya untuk ke arah figura yang dirinduinya selama ini.

Ibu Sari!
Jangan tinggal Dhia.

" Dr Dhia," panggil Nayla hairan dengan Dhia yang tiba tiba berpusing menuju ke satu arah. Jiha mengerut dahi melihat Dhia yang tiba tiba meninggalkan mereka.

Dhia seolah olah tidak mendengar panggilan nama oleh Nayla dan Jihah. Apa yang berada dalam fikirannya sekarang adalah Ibu Sari.

Tapi seketika pandangan mata itu hilang ditelan celahan ramai. Dhia berada di sudut hujung sekali, berpusing mencari panahan mata itu yang tiba tiba sahaja ghaib.

Dia pasti Ibu Sari ada disini. Dia berpusing lagi dan langkahnya laju ke sana ke sini mencari figura itu.

"Dhia!" Danzel menangkap lengan adiknya yang kelihatan sasau mencari sesuatu.

" Dhia kau kenapa ni?" Cemas Danzel melihat wajah Dhia yang seperti ingin menangis itu.

"Abang..abang..Ibu Sari..dia ada kat sini.." membuntang mata Danzel mendengar kata kata Dhia.

"What? Are you sure about this?"

Dhia angguk laju. Sekeliling mereka pula seakan hairan melihat tingkah laku Dhia yang agak aneh.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now