83 Final

8.5K 304 9
                                    


" AISAR ISKANDAR!!!"

Jerit Dhia sambil laju menuju ke arah pejabat peribadi Aisar. Wajahnya dalam kemarahan dan mengarahkan pintu itu dibuka oleh pengawal. Pintu ditutup dan Aisar kelihatan tersengih melihat Dhia yang masuk sambil membawa plastik hitam besar.

" Kenapa ni sayang?"Soal Aisar kuat.

"Abang tipu Dhia." Balas Dhia juga kuat.

" Abang tipu apa? Cuba bagitahu. Kita bincang sama sama," kata Aisar. Suara mereka kedengaran sehingga ke luar pejabat. Pengawal yang mengawal hanya menggeleng. Sekali sekala terserlah juga perangai budak budak keduanya. Nak berbincang mesti kena suara kuat kuat ke apa?

" Apa ni?" Bisik Aisar menunjukkan ke plastik hitam yang dipegang Dhia.

" Abang kata suruh bawa hoodie. Ni lah hoodie." Balas Dhia juga berbisik. Aisar mengangguk lantas berjalan menuju ke pintu pejabatnya. Pintu dibuka dan kepalanya terjenguk keluar melihat kedua pengawalnya setia mengawal pintu.

" Pastikan pintu ini tidak dimasuki oleh sesiapa pun. Katakan aku sedang ada perbincangan dengan Permaisuri Dhia Aralyn. Aku nak privasi dengan isteri aku, faham?"Arah Aisar, jelas. Pengawal mengangguk patuh.

"Baik Tuanku." Pintu segera ditutup dan dikunci.

"Bincang konon," perli Dhia sambil ketawa terkekek kekek.

" Diam lah," balas Aisar perlahan tapi sempat lagi tersenyum.

Aisar menuju ke tingkap dan membuka tingkap tersebut. Dia menjenguk ke bawah.

" Okay clear. Anak anak dah tidur?"

Dhia angguk. "Dah! Kita nak panjat turun dengan apa?"

Aisar tersengih sambil membuka laci kerjanya. Dia mengeluarkan satu tali skipping yang Dhia cukup kenal.

" Tali skipping Dhia!!"

"Sorry sayang dari mula kita kahwin abang ambil and simpan tali ni. Memang berguna betul ciptaan Dhia Aralyn ni." Aisar sengih lagi tidak bersalah.

Tali itu dilepaskan ke bawah dan diikat kemas.

" Abang turun dulu. Nanti abang tunggu bawah."

Aisar mula memanjat tingkap. " Eh sekejap abang, kita nak ke mana ni? Abang tak bagitahu lagi Dhia."

AIsar menoleh sambil senyum dan mengucup pipi isterinya sekilas.

" Adalah. Sayang mesti suka dengan tempat ni. " Kata Aisar penuh makna.

______________________________

Wah!!

Festival Thai food di Kota Isis, Lentera. Beroperasi 24 jam dan berlangsung selama 5 hari. Makin ramai pula manusia bila ke tengah malam.

Dhia memeluk erat tubuh Aisar sambil tersengih. Memang beberapa hari lepas Dhia sudah memberitahu hasratnya mahu ke food festival itu, tetapi Aisar sibuk sejak dia memegang semula takhta sebagai Raja Pemerintah. Manakala Dhia pula banyak terikat dengan tugas Permaisuri Inderaloka. Dengan Persatuan Wanita lah, perasmian Fashion show lah, hingga ke lawatan lawatan melibatkan kanak kanak,menyebabkan keduanya hanya bertemu pada waktu malam.

"Thank you abang." Ujar Dhia menzahirkan rasa ikhlasnya kepada Aisar. Aisar membalas pelukan itu lantas mencuit hidung Dhia.

" Jom, kita cari makanan yang sedap sedap." Kata Aisar sambil meraih pinggang isterinya. Keduanya mengenakan hoodie hitam dan mask hitam menyebabkan keduanya tidak dikenali langsung oleh rakyat.

Idea Aisar sudah tentu, saja lari dari iringan pengawal untuk kebebasan.

Dhia cukup teruja dengan semua makanan Thai yang dilihatnya. Mango slurpee, tomyam goong, kerabu meggi. Weh bapak sedap. Satu satu gerai dikunjungi dan dilihatnya. Aisar hanya mengikuti dengan sabar.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now