6

6.9K 326 5
                                    


" Aku curious dengan cara kau Aisar. Kau sebenarnya nak cari seseorang kan?" Tebak Damian sambil berpeluk tubuh. Ketika ini mereka di balkoni bilik tetamu istana.

Rombongan Putera Mahkota kali ini disertai oleh Permaisuri Sofea serta Puteri Aisya, dimana Permaisuri Sofea dan Permaisuri Darisa merupakan sahabat baik. Mereka baru sahaja berjumpa di kenduri kesyukuran tempoh hari, tetapi biasalah jika nama pun sahabat baik, banyak benda nak dibawangkan bersama walau baru sahaja bertemu.

Sultan Riyadh tidak menyertai untuk rombongan kali ini kerana urusan pemerintahan negara. Tetapi dia sudah berbicara dengan Sultan Aminullah mengenai ketidakhadirannya dirinya pada kali ini.

Aisar diam, matanya merenung ke arah bayang bayang cahaya kota Avena dari kejauhan, sebalik pokok pokok meninggi. Kerana istana negeri Treez terletak disebalik bukit berhampiran pinggir bandar Avena.

" Jangan risau, kau pasti akan berjumpa dengan dia Aisar. Aku teringin sungguh nak tahu siapalah gadis yang mencuri hati kau sekarang ni. Dari tadi lagi muka kau muram betul bila kau tengok barisan anak anak dara bersusun untuk kau. Lawa lawa aku tengok. Apa kata susah sangat kau pilih je lah dorang ni. Senang."

Tak dinafikan memang betul kata kata Damian. Cantik cantik anak dara di sini. Tetapi bukan itu yang dicari Aisar. Sebaliknya si pemilik mata coklat hazel itu yang menambat hatinya. Ketrampilannya, gayanya, peribadi tegasnya benar benar memukau. Mana sebenarnya si gadis itu pergi? Sudah 3 negeri dijelajahi. Tinggal 2 negeri sahaja.

Sudahlah kehadiran mereka diwajibkan. Data mereka juga diambil dari Jabatan Pendaftaran Negara Inderaloka. Jadi sudah tentu sukar untuk menyembunyikan diri. Hanya anak anak diraja sahaja yang dirahsiakan data.

Atau mungkin kah gadis itu anak raja? Tak mungkinlah melihat dari style dan pekerjaan gadis itu, belum pernah lagi dia mendengar ada anak raja negeri negeri bawah Inderaloka yang bergelar doktor. Malahan 3 negeri yang sudah dikunjungi termasuk Treez, anak anak perempuan Sultan negeri semua tidak bekerja.

Hairan sebentar.

Aisar merenung Damian yang melihat hadapan seperti termenung. Sepengetahuannya Damian tiada adik perempuan. Lagi tak mungkin.

Haih. Nampaknya kena cari lagi lah kat 2 negeri lagi.

Aisar mengeluh kasar tanpa sedar. Perlakuannya menyentak Damian dari lamunan.

" Apasal kau ni?"

Aisar hanya menghembus nafas panjang.

"Susah betul nak cari gadis tu."

Damian tertawa. Kan dah kata. Nampak sangat. Tak nak mengaku konon.

" Adoi mana lah kau jumpa dia eh. Curious betul aku. Budak perempuan tu lari ke?" Soal Damian berpeluk tubuh, berpusing membelakangi dinding balkoni itu. Kepalanya dipusing sedikit menghadap Aisar yang membongkok sedikit, meletakkan kedua belah tangan diatas dinding balkoni itu.

" Aku pun tak tahu nak cakap. Dia datang tiba tiba..dan lari.." gumam Aisar, teringat kejadian hampir tiga minggu yang lalu. Teringat cara gadis yang bernama Dr Ara itu, cukup pantas dan cekap melakukan tugasnya. Mata hazelnya kelihatan bersinar sinar, pasti dia gembira dan jenis ikhlas membuat kerja.

Sekejap!

Kenapa dia tidak teringat ya?

Dia terlupa ada beberapa orang yang mengambil video rakaman kejadian itu. Pasti wajah Dr Ara terpampang di dalam video itu. Tetapi bagaimana caranya dia ingin mendapatkan video itu tanpa diketahui ramai?

Aduh.. tanpa sedar dia menggaru garu kepalanya. Damian yang melihat perlakuannya sedari tadi hanya menggeleng kepala. Menyangka pasti sahabatnya sudah angau.

" Sudahlah tu Aisar. Lepas settle semua ni jemput datang istana aku semula, makan malam. Lama dah kita tak borak macam dulu. Lagipun aku ada sesuatu nak bagitahu kau. Tapi tunggu kau selesai dulu semua urusan ni," kata Damian sambil menepuk nepuk bahu.

Aisar hanya mengangguk.

———————————-

Dhia melangkah masuk ke wad Pediatrik untuk family conference yang akan diadakan sebentar saja lagi. Sempat dia menyinggah di kaunter jururawat, menenggek sambil menunggu specialist turun.

" Dr Dhia," sapa S/N Zara, yang sedang mengemas carta pesakit yang akan terlibat dalam family conference.

Dhia mengangguk tersengih lebar.

" Dengar dengar Dr Dhia tak pergi majlis ramah mesra Putera Mahkota tu ya?" Soal Zara ramah. Dhia mengangguk.

" Aah saya ganti beberapa orang juga dalam NICU hari tu."

Zara kerut dahi.

" Tapi macam mana Dr Dhia boleh lepas tak hadir tu? Sebab kehadiran ke sana wajib. Dorang hantar surat jemputan ke alamat rumah kita mengikut syarat umur yang ditetapkan. Kalau tak hadir boleh ditangkap," riuh Zara bercerita sambil tangannya laju menulis sesuatu di atas kertas carta.

Dhia meneguk air liur. Alamak aku tak terfikir pulak pasal tu. Pastilah aku tak ditangkap sebab data aku dilindungi, tak ada data aku kat Jabatan Pendaftaran Negara.

" Ala tapi okay juga Dr tak datang. Buat habis kos baju mekap je. Putera Mahkota macam tak berminat je dengan semua gadis yang datang. Dia macam cari seseorang tapi tak jumpa jumpa." Laju mulut S/N Zara bercerita.

Cari seseorang? Dhia kerut dahi.

Belum sempat Dhia ingin bertanya, specialist Dr Awana sudah pun masuk ke ward Pediatrik, sekaligus membuatkan Dhia terus terlupa akan persoalan itu.

——————————————————

Putera Aisar akhirnya meletakkan telefon setelah berbicara dengan ayahandanya Sultan Riyadh Aziz. Keluhan dilepaskan.

Tamat siri jelajah mencari calon isteri akhirnya Putera Aisar pasrah mungkin dia tidak akan bertemu dengan gadis itu. Media seakan mengasak untuk mengetahui siapakah calon isteri Putera Mahkota dan bakal Permaisuri Negara, tetapi biasalah, Aisar hanya buat donno.

Dia seakan merasakan gadis itu sebenarnya dekat sahaja dengannya, tetapi dia buntu tidak tahu dimana dan bagaimana mahu mencari 'Dr Ara' lagi.

Dia pasti umur gadis itu kurang dari 30 tahun dan berlatarbelakangkan kerjaya perubatan, kerana itu dia mengenakan syarat syarat sebegitu.

Panggilan telefon dari Sultan Riyadh sebentar tadi adalah berkenaan ajakan untuk ke istana Treez bagi memenuhi jemputan makan malam oleh Sultan Aminullah. Dia teringat Damian juga mengajaknya tempoh hari. Akhirnya dia bersetuju untuk menyertai makan malam itu.

" Kamu masih belum jumpa gadis itu? Jadi apa plan kamu? Ada media dah membangkitkan isu, mengatakan kamu ini terlalu memilih orangnya." Sultan Riyadh tertawa saat bertanya kepada anak sulungnya itu.

Media, macam macam lah nak putarnya. Spin cerita, tabur fitnah. Itu dah biasa.

Lebih lebih lagi berita Putera Mahkota tengah cari calon isteri, lagi lah mereka sensasikan.

Aisar menghembus nafas panjang.

"Mungkin kalau tak jumpa juga, Aisar cuba je la dengan sesiapa yang bonda suka."

Itu lah keputusannya tadi sebelum panggilan telefon diputuskan. Pasrah je lah.

Ada jodoh, dia akan berjumpa dengan gadis itu kembali.

———————————————-

Peace..nanti next chaps adalah pertemuan mereka🫰🏻

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now