49

5K 282 28
                                    


Dhia masih menangis dalam kamar. Aisar sudah hilang entah ke mana setelah selesai detail scan tadi. Apakah dia tidak mahukan anaknya sendiri? Tidak bersyukurkah dia?

Teringat saat Dr Suzana menerangkan kondisi bayi dalam kandungannya , berisiko untuk mendapat Down Syndrome kerana kata Dr Suzana nasal bone bayinya lebih kecil dan pendek dari normal baby. Malahan jari tangan bayinya juga pendek dan sama.

Dan apabila ditilik jantina, rupanya adalah perempuan.

Luluh hatinya, kerana syarat pewaris itu langsung tidak dipenuhi. Sudahlah perempuan, kandungannya juga tidak normal. Aisar pula terus bangun meninggalkannya yang masih terkedu dengan penerangan oleh Dr Suzana itu.

Dhia betul betul terasa akan tindakan Aisar tiba tiba itu.

Setelah itu dia langsung tidak nampak mana suaminya.

Benarlah dia pembawa malang dalam keluarga. Dia yang diharap harap menjadi penyambung keturunan yang sihat, rupanya langsung tidak berguna. Kata kata Ibu Sari itu benar, kenapa dia langsung tidak mendengar kata katanya.

Dia pembawa sial!

Pintu kamar dibuka dan wajah Aisar yang dingin menyapa ruang wajahnya. Dhia menggigit bibir, rasa hatinya benar benar dirundung sedih tatkala melihat wajah itu . Dia tahu Aisar cukup kecewa dengan dirinya. Dia lah penghalang suaminya dari mengambil takhta raja itu. Dia memang pembawa malang!

Aisar hanya melintasi Dhia dan terus masuk ke wardrobe tanpa berkata apa apa. Keduanya seolah olah menyambung semula perang dingin itu, seperti kata kata Aisar semasa menemani dirinya menjalani detail scan itu tidak pernah didengari atau tidak pernah berlaku.

Sungguh Dhia tidak faham, mengapa Aisar bertindak drastik begini? Bukan juga kehendak dirinya untuk memperolehi anak istimewa, tetapi walau macam mana pun anak ini adalah anak mereka. Anak yang sepatutnya mengikat kasih mereka. Bayi ini tidak bersalah.

Itu anugerah dan amanah Allah yang dikurniakan pada mereka berdua.

Pintu wardrobe terbuka dan susuk tubuh Aisar melintasi sekali lagi menuju ke bilik air. Senyap sahaja tanpa bicara.

Dhia tidak faham, apakah salahnya? Mengandung anak istimewa, salahkah? Sedangkan itu kehendak Allah, mungkin itu yang terbaik untuk mereka. Aisar seolah olah tampak tidak boleh terima langsung perkara ini. Mana kata katanya yang suruh menerima Qada' dan Qadar?

Hanya kerana tamak mahukan takhta Raja Pemerintah itu, semua prinsip itu dibuang?

Lama Dhia termenung sehingga dia tersedar apabila bunyi pintu bilik air dibuka. Aisar yang masih dingin hanya bertuala sahaja terus ke wardrobe. Tanpa kata.

" Abang." Langkah Aisar terhenti.

" Dhia minta maaf."

Senyap, masih tiada balasan kata dari Aisar.

" Dhia..pun tak sangka..yang anak kita...istime.."

"CUKUP Dhia." Keras Aisar memintas. Lantas dia berjalan masuk ke wardrobe meninggalkan Dhia yang terkedu. Matanya bergenang, bibirnya cuba diketap menahan esakan yang hampir terbit. Dia harus kuat, ya dia harus kuat.

Agak lama Aisar berada dalam wardrobe.

Sesaat kemudian, dia akhirnya keluar dari wardrobe itu, dengan berpakaian segak, dan kemas. Seolah olah dia mahu menghadiri satu majlis keramaian. Atau seperti keluar makan dengan seseorang.

" Abang nak ke mana?"

Aisar hanya mendiamkan diri sambil membaiki cufflinks kemejanya. Dia berdiri di hadapan cermin besar, memerhatikan wajahnya dan merapikannya. Langsung tiada tanda tanda mahu menjawab soalan Dhia.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now