24

6.2K 304 10
                                    


" Sayang jaga diri elok elok kat sini. Jangan keluar dari istana ni, abang boleh tahu sayang kat mana, faham?" Kata Aisar sambil memakai cufflinks di pergelangan tangannya. Dhia hanya berpura pura mengemas cadar,  diam membisu . Fikirannya giat memikirkan rancangan yang diatur sejak dari semalam lagi.

Aisar memakukan pandangan terhadap isterinya yang diam dari tadi. Minah ni dengar ke tak?

" Sayang."

Dhia berpusing, baru tersedar bahawa Aisar rupanya sedang berbicara dengan dirinya.

" Apa?"

Aisar angkat kening. Lol, tak dengar rupanya. Berangan sampai ke pagi tak balik ke?

Nafasnya dihela cuba pupuk sabar.

" Abang akan ke Qatar dalam 3 hari. Rasanya sayang pun dah tahu kan. So, sayang duduk dalam istana je dulu sampai abang balik, okay? Jangan sesekali keluar ke mana mana. Kalau nak apa apa boleh minta kat Naim atau Umairah tapi jangan keluar sekali pun dari istana. Abang memang serius bab ni. Faham?" Jelas nada suara Aisar mengandungi tegas menunjukkan Aisar benar benar memaksudkan.

Dhia ketap rahang, wajahnya menunjukkan riak tidak puas hati.

"Awak sedap sedap keluar merata, saya pula kena duduk istana? Tak adil!"

"Hmm." Aisar memandang wajah Dhia, berpeluk tubuh menunggu apa lagi bait bait yang mahu dilontarkan.

Kedengaran keluhan pula yang keluar dari mulut Dhia.

" Tapi kalau itu yang awak nak, saya tak ada pilihan, saya duduk je lah dalam istana walau saya tak rela," serius Dhia betul betul rasa nak cepuk mulutnya sendiri. Kau dah lupa ke Dhia watak isteri solehah mithali kau ni? Gila nak bantah cakap Aisar macam tu je. Susah betul nak berlakon baik dan sopan macam ni.

Aisar lepas gelak. Hadui Dhia..Dhia.

Bukan dia tak tahu kenapa Dhia Aralyn ni tiba tiba bersikap baik dan solehah sangat ni tiga empat hari ini. Gara gara sebab dia nak kembali ke pekerjaan dia semula.

Isterinya ingat dia ni bodoh ke? Orang buta pun boleh baca la sikap macam ni.

Gelak tawanya berakhir, dan Aisar geleng kepala. Dia berjalan ke arah isterinya dan meraih tubuh itu ke pelukannya.

" I will miss you sayang, my sassy wife." Bisik Aisar perlahan. Dalam hatinya berat untuk meninggalkan gadis yang telah menakluk sepenuh hatinya itu, tetapi dia percaya akan ketangkasan Naim, pengawal peribadi yang diamanahkan. Dia juga telah meminta Syed Lukman, sahabat baiknya si bekas agent CIA itu untuk mengawasi Dhia dari jauh.

Dhia hanya membisu, perlu ke dia membalas?

Akhirnya tangannya naik memeluk tubuh suaminya. Isteri solehah kan.

" Jaga diri," pendek ucapan Dhia, kelu tidak tahu nak berkata apa. Dhia merasakan, hari demi hari, dirinya perlahan lahan boleh menerima Aisar seadanya, tak seperti mula mula perkahwinan dahulu. Lagipun dengan panggilan abang- sayang yang selamba digunakan oleh Aisar, menyebabkan Dhia tidak lagi kekok. Cuma dia sahaja lah yang malu untuk menggunakannya.

Suaminya itu bukanlah jenis teruk sangat pun, stok handsome wehh kot, cuma garang je la. Dengar dengar suaminya juga jenis baran tapi setakat ini, Dhia tidak melihat sisi itu lagi. Mudah mudahan itu hanya khabar angin sahaja.

Aisar mengucup ubun ubun kepala isterinya, haruman rambut itulah antara yang akan dia rindui di sana nanti. Ingin sekali dia angkut isterinya ke sana tetapi dia pergi atas dasar kerja, mewakili ayahandanya. Bajet sudah tentulah dari tabung negara, jadi dia tidak mahu campur urusan itu.

Pelukan itu dileraikan, mata Aisar merenung wajah Dhia lama.

" Ingat pesan abang tu. Jangan buat benda pelik pelik dalam ni. Kalau abang tahu sayang buat sesuatu di luar pengetahuan abang, siaplah, tahu lah abang nak buat apa." Mata Aisar menjelajah ke seluruh wajah Dhia, menyebabkan Dhia tahan nafas.

Rileks Dhia, pandai buat pandai simpan.

_________________________

Selesai pemergian Aisar menuju ke lapangan terbang, Dhia turun ke dapur, yakni lubuk lepaknya. Yang bagusnya seluruh maid dalam istana ni kelihatan sukakannya. Biasa jam ni memang dia akan berborak dengan para maid di dapur. Banyak juga rahsia rahsia yang dia korek tapi malas dia nak ambil pot.

Kisah apa.

Cuma kali ini dia nak korek cerita pasal kuda kuda kat belakang tu. Naim yang setia mengiringinya, dia minta untuk menjauh sedikit darinya harini. Nak suruh kantoi ke?

Tapi kenapa maid semua nampak rushing?

" Cik Puan," sapa ketua Maid, Puan Siti Hajar. Dia juga kelihatan sedang memegang paper board, menulis sesuatu.

" Cik Puan nak makan apa apa? Saya boleh minta dorang buatkan," soal Puan Hajar melemparkan senyum. Dhia geleng, dia sudah kenyang selesai sarapannya bersama Aisar tadi. Mamat tu nak sarapan privately bersama isteri katanya, terpaksa la Dhia ikut saja lah. Kenyang pun kenyang.

"Tapi kak, kenapa semua nampak kalut je ni. Ada apa apa ke?" Soal Dhia.

" Oh hari ini istana ada terima tetamu. Diplomat dari Negara Astana. Presiden Astana dan keluarga berkunjung ke sini hari ini. Petang kot rasanya."

Dhia melopong. Jadi dia kena join ke? Kenapa tidak ada satu pun orang inform dia?

Atau dia tak perlu join?

" Cik Puan tak tahu?" Soal Puan Hajar hairan melihat reaksi Dhia yang bingung. Dhia tersentak, dia mengangguk.

" Ada..ada, saya yang lupa..ehee.." terpaksa Dhia pura pura ketawa untuk menutup rasa malunya yang membahang. Masalahnya memang dia tak tahu pun!

" Kalau macam tu, saya beransur dulu, saya nak kena check balai santapan sekejap. Cik Puan ada nak apa apa?"

"Tak apa kak, buat la kerja apa apa dulu. Nak saya tolong ke? Saya boleh panjat panjat gantung hiasan ke, repair lampu ke.." tawar Dhia, teruja. Lama dah dia tak panjat panjat dinding. Lepas gian.

Puan Hajar geleng sambil senyum.

" Saya bakal tak ada kepala kalau Tuanku Putera Mahkota tahu yang Cik Puan panjat dinding istana nanti."

Belum sempat Dhia membalas, kedengaran satu suara memanggilnya.

" Cik Puan Tengku Puteri Dhia Aralyn, isteri Putera Mahkota." Seriously benci betul Dhia mendengar namanya disebut penuh macam tu. Apasal terlalu formal sangat dalam istana ni?

" Ya, saya Dhia," balas Dhia, lempar senyum geram ke arah Encik Raees, ketua butler istana, merangkap suami Puan Hajar.

" Tuanku Permaisuri menitah agar Cik Puan mengadapnya sekarang di ruangan santai Cik Puan," kata Encik Raees sambil tunduk hormat, tidak sedar akan jengkel Dhia dengan nama penuh yang disebutnya tadi.

" Baik Encik Raees, terima kasih," kata Dhia sambil mula mengatur langkah, tetapi dia berpusing ke belakang semua sambil menghadap Raees.

" Encik Raees, lain kali tak perlu la panggil nama penuh saya. Panggil Dhia je okay? Atau paling paling tak pun kalau takut suami saya tak benarkan, panggil Cik Puan Dhia pun tak pe, tapi saya lebih suka kalau panggil Dhia je, boleh ke?"

Encik Raees terdiam sebelum mengangguk angguk faham. Dhia meminta diri dengan sopan lantas berjalan melintasi Encik Raees dan Puan Hajar menuju ke ruangan santai.

" Abang suka dengan style Cik Puan ni." Kata Raees sambil berpeluk tubuh. Bibirnya mengukir senyum tanpa sedar.

Puan Hajar, isterinya mengangguk angguk faham.

" Sebab itu saya faham kenapa Putera Aisar boleh jatuh cinta dengan dia. Dia boleh menjadi Permaisuri yang sangat baik, berjiwa rakyat, yang prihatin." Balas Puan Hajar memeluk clip boardnya.

" Tapi.." Encik Raees menghentikan kata kata isterinya.

"...Tuanku Putera Mahkota dah beri amaran, Cik Puan tu suka buat sesuatu di luar jangkaan. Dia tu nakal . Kita cuma kena perhatikan dia sekarang ini."

Puan Hajar senyum tipis. Dhia..Dhia..

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now