37

5.9K 328 11
                                    


Dr Filzah melangkah keluar ke ruang santai, lebih tepat ke arah Aisar yang kelihatan resah.

" Tuanku, saya perlu berbicara sendirian dengan Tuanku. Tapi bukan kat sini."

Aisar mengangguk. "Baik."

Tempat yang dipilih oleh Dr Filzah sungguh ringkas. Hanya di luar istana, kerana kata Dr Filzah, ianya bersifat cukup peribadi.

" Tuanku, saya mohon untuk mengambil sample darah Cik Puan, saya dapat rasa ada sesuatu yang tak kena."

Aisar mengerut dahi.

" Maksud kau, ubat? Setahu aku dia sudah lama stop ubat. Aku tahu dia ada PTSD dahulu tapi rawatan itu berjaya dan dia dah tak ambil sebarang ubat ubatan."

Dr Filzah mengangguk. "Itu yang merisaukan saya. Saya takut ada yang memasukkan ubat ke dalam makan atau minum dia. Seseorang telah menjadi talam dalam istana ni. Sebab itu saya tidak mahu berbicara dalam sana."

Aisar menghela nafas. Siapa? Dan kenapa?

Setelah habis ucapan di Japan Economy Conference, dia mendapat panggilan kecemasan dari Lukman yang memang diamanahkan untuk mengikuti Dhia dari jauh, mengatakan Dhia seolah olah lari dari pengawasan istana dan menuju ke sebuah mall berhampiran. Lukman menjelaskan bahawa Dhia berjumpa dengan seorang wanita tua dan kelihatan gadis itu cukup takut dengan si wanita itu.

Lantas Aisar sedar, itulah Ibu Sari. Laju dia meninggalkan conference itu dan mengambil jet peribadinya untuk pulang. Ucapannya untuk sebelah petang terpaksa diganti oleh setiausahanya, Zarif, mujurlah Zarif boleh melakukannya.

Sampai sahaja Aisar di Inderaloka, Lukman memberitahu Dhia telah dibawa pulang ke istana dan dia berkurung dalam biliknya. Aisar bergegas pulang dari airport ke istana dan terus ke depan pintu bilik mereka hingga kedengaran gadis itu meracau racau aneh.

Aisar terpaksa menendang pintu itu sehingga terbuka dan Dhia sudah tidak sedarkan diri.

Aisar lepas keluhan.

" Aku izinkan. Tapi aku tak nak ada sesiapa yang tahu. So macam mana kau nak buat prosedur tu?"

" Tuanku bawa Cik Puan ke rumah saya malam ni. Suami saya akan bawa kawannya dari Makmal Kimia Negara. Kita akan dapat keputusan malam ni jugak."

Aisar mengangguk bersetuju. Tugasnya sekarang ini, dia perlu memujuk Dhia. Terasa tubuhnya cukup letih akibat jet lag tetapi dia tidak peduli.

Yang penting Dhia kesayangannya perlukan dirinya. Sungguh dia sayangkan isterinya. Sumpah terlalu sayang.

————————————————

Dengan bantuan Lukman dan Qaid, Aisar membawa Dhia ke rumah Dr Filzah tanpa iringan sesiapa. Pada mulanya Dhia tidak mahu, tetapi Aisar memujuknya lembut.

Mujur Dhia tidak banyak bantahan. Risau juga sebab isterinya itu degil amat.

Kereta Honda Accord milik Qaid dipandu sendiri oleh Aisar untuk elak perhatian awam. Sepanjang jalan dia perasan juga Dhia hanya diam tetapi tangannya erat mengenggam tangan Aisar, seolah tidak mahu melepaskan. Aisar balas genggaman itu, memberi isyarat, dia juga tidak akan melepaskan Dhia.

Sampai di rumah Dr Filzah, wanita itu sudah sedia menunggu di hadapan rumah bersama suaminya. Ketika Aisar menghulurkan tangan untuk Dhia keluar dari kereta, Dhia membatu menunduk, tangannya masih bermain main sendiri.

" Kenapa ni sayang?"soal Aisar prihatin.

" Dhia takut. Dhia takut kalau memang betul ada ubat asing dalam badan Dhia, Dhia dalam bahaya. Dhia..."

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now