68

5.4K 298 9
                                    


Aisar melihat kamar peribadinya bersama dengan Dhia Aralyn. Sunyi, cukup sunyi, sesunyi hatinya tanpa gelak tawa dan tangisan polos si isteri. Ketika ini, seisi istana sedang dalam tempoh berkabung, dek kerana kemangkatan mantan Raja Pemerintah iaitu Sultan Riyadh.

Disini, di dalam kamar ini, dia mula mengenali sifat sebenar isterinya. Isterinya Dhia Aralyn.

Luaran, tampak degil, kasar tetapi dalamannya cukup rapuh.

Selesai hal pentadbiran seharian, sudah puas menunjukkan wajah palsu yang berlagak kuat di hadapan rakyat, dia akan kembali ke kamar ini di malam hari, mencurahkan segala apa yang dirasa.

Dia tidak lagi kuat seperti dahulu, tidak lagi terlihat tabah seperti mana dia melihat kedua ibu bapanya sendiri ditangkap disebabkan pembongkaran bukti olehnya.

Dia lemah, selemah lemahnya, mengenangkan cinta hatinya.

Dia sungguh menyesal, sangkanya dia boleh menyelesaikan dengan sendiri tanpa perlu menbahayakan Dhia. Dia sudah biasa membuat keputusan total, keputusan dominan. Hakikatnya dia alpa, dia lupa akan sifat perhubungan itu sendiri.

Komunikasi.

Dia langsung mengenepikan Dhia, konon risaukan Dhia, namun malahan tindakan itu nyata lukakan lagi si isterinya itu. Dia bodoh, tidak mampu memahami hati seorang wanita.

"Sayang, mana sayang pergi sebenarnya. Sayang betul betul nak tinggalkan abang? Kenapa buat keputusan tanpa berbincang dengan abang?"

Aisar memejam mata. Terasa kenyataan itu menyucuk jiwa, dan memakan diri sendiri. Kerana apa yang dilakukannya sebelum ini termasuk hal Kyra itu, juga langsung tidak dibincang dengan si isteri.

Adakah ini rasa Dhia sehari hari selama ini? Begini sakitkah bila tertanya tanya begini? Tertanya tanya apa salahnya? Apa dosanya?

Begini kah sayang rasanya?

Abang minta maaf sayang, ia terlalu sakit untuk abang rasa. Sumpah, abang benar benar tak mampu tahan.

Telefon dibuka dan gambar gambar Dhia yang dicuri curi ambil lantas dibelek. Lama dia tenung, sebagai pelepas rindu. Beberapa video Dhia juga ditonton. Rindu itu makin membuak buak.

Aisar menuju ke arah wardrobe, ada satu laci kecil di balik almari. Dibuka laci tersebut.

Surat yang ditinggalkan Dhia masih terlipat elok didalam laci itu. Diambil surat itu dan dia berjalan keluar menuju ke kamar.

Aisar menghenyak punggung di birai katil dan membuka surat tersebut. Renyukan surat itu menandakan sudah beribu kali si lelaki itu menatapnya, sehingga dia boleh menghafal setiap satu patah perkataan yang ditulis Dhia.

" Suamiku Aisar Iskandar,

Tahniah atas pemahsyuran abang sebagai Raja Pemerintah Inderaloka yang baru. Semoga ianya satu permulaan yang baru untuk negara kita yang tercinta, dan abang membawa satu sinar agar negara kita boleh berkembang dengan lebih mekar. Dhia nak abang tahu, yang doa dan restu Dhia mengiringi setiap apa yang abang lakukan. Abang insan yang layak memegang tampuk pemerintahan ini. Jaga amanah yang dikurniakan.

Suamiku Aisar

Mungkin tika abang membaca surat ini, Dhia dah melangkah jauh dari sini. Sebab musabab Dhia lakukan, adalah demi kita. Dhia nak abang kekal memerintah tanpa perlu dibayangi oleh Dhia lagi. Dhia tahu Dhia akan menghalang langkah abang lebih jauh lagi kerana status diri Dhia. Dhia akan membahayakan semua. Dhia akan membahayakan abang, keluarga kita, seisi istana dan negara. Izinkan Dhia pergi abang. Dan lepaskan Dhia.

Mungkin itu yang lebih baik untuk kita abang. Kita tak ditakdirkan bersama. Bukan rezeki jalan kita untuk kita melangkah berdua. Seeloknya kita ambil laluan masing masing dan saling mendoakan antara satu sama lain.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now