63

5.7K 318 27
                                    


" Aisar?" Bisik Dhia, separuh hatinya bersorak gembira melihat suaminya dihadapannya. Adakah dia bermimpi?

Aisar mengangguk. Tangan Dhia yang masih digenggamnya diletakkan di tepi pipi, seakan mahu Dhia sedar dia tidak bermimpi.

"Ini abang." Gemersik suara Aisar benar benar menyedarkan Dhia, dia tak bermimpi. Aisar dihadapannya sekarang. Aisar yang berdiri tepat disini, merenungnya, menyentuh tangannya.

Tanpa amaran Aisar menarik tubuh Dhia yang masih kaku terkejut ke dalam pelukannya. Sumpah Dia sangat sangat rindu akan isterinya. Dia tinggalkan semua kekecohan di istana dahulu untuk dia datang mengambil Dhia. Isterinya.

Lagipula Sari dan Aldric didapati melarikan diri. Mereka hilang, lesap begitu sahaja. Aisar risau jika mereka mahu mengambil Dhia oleh kerana itu dia bergegas ke Daraya untuk Dhia.

Dhia seolah olah mengeras seketika lantas meleraikan pelukan.

PANG!

Tangannya laju menampar pipi Aisar yang terpinga pinga dengan leraian pelukan itu. Aisar yang tidak bersedia dengan tindakan itu terteleng ke kanan akibat tamparan kuat itu.

"Sayang..."

" Apa yang awak buat kat sini Aisar?" Pintas Dhia, garang. Matanya mencerlung marah kepada Aisar yang kelihatan terkulat kulat.

" Sayang, kita bincang dulu." Pujuk Aisar.

Dhia mengundur setapak, wajahnya benar benar dalam kemarahan.

"Nak bincang apa? Awak nak seksa saya lagi ke Aisar? Awak dah pilih jalan awak kan, saya benarkan awak kahwin dengan perempuan tu, sekarang ni awak nak apa lagi?" Kuat nada suara Dhia, memintasi kegelapan malam. Dia cuba mengawal nada suara dari terlalu kuat.

Aisar hanya diam, matanya bercahaya memerhatikan si cantik manis isterinya dalam keadaan marah. No, bukan marah, tapi tahap meletup. Namun masih kekal jelita, makin cantik adalah. Aisar ukir senyum segaris.

Kemarahan isteri yang dia rindui.

"Apasal awak ni?" Soal Dhia geram.

"Sayang cantik sangat bila marah. You' re so beautiful, sassy wife. Pernah tak ada yang cakap kat sayang macam tu?"

Dhia mengetap rahang, geram. Lain yang disoal, lain yang dijawab. Dah terhantuk mana mana ke kepala si Aisar ni?

" Awak dah lupa apa yang awak cakap dekat saya Aisar Iskandar?"

Aisar masih merenungnya, keseluruhan wajah si isteri dijelajah. Rindu sungguh akan suara manis Dhia. Marah pun marah lah janji Dhia tetap bersuara.

"Awak gantung saya tak bertali!" Bentak Dhia apabila hanya diam menjadi respon balas Aisar. Aisar melepaskan keluhan. Terlalu banyak yang dia perlu betulkan salah faham antara dia dan isterinya.

Salahnya, kerana dia tidak meletakkan isterinya terdahulu sebagai prioriti. Dia tak seharusnya jauh dari Dhia.

" Sayang, please listen to me first. I know I own you a explaination. Let me explain to you, kenapa abang buat macam tu."

Dhia mendengus, dia mengundur setapak. Tetapi Aisar melangkah ke hadapan kembali merapati jarak.

" Too late, I already shut the door." Pintas Dhia, langsung tidak mahu memberi peluang pada Aisar.

" But the door also can function for open, sayang." Balas Aisar tenang. Dhia menggigit bibir geram.

" So ada saya kisah? Awak kesal dengan kandungan saya. Anak kita cacat. Awak tinggalkan saya, awak buat hubungan belakang saya, awak berzina belakang saya sampai that woman mengandung! Dah lama saya nak tanya soalan itu. Apa salah saya kat awak?" Naik suara Dhia, menandakan dia benar benar marah.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now