51

5.2K 285 36
                                    


Kecoh seisi istana akan majlis akad nikah yang diadakan 2 hari kemudian, memang terlalu nampak tergesa gesa. Sultan Riyadh membantah sekeras kerasnya hingga dia dan Permaisuri Sofea tidak menghadiri langsung majlis itu.

Namun ianya dirahsiakan dari pihak media, tidak mahu cetuskan apa apa spekulasi, sudahlah hal tentang pembunuhan beramai ramai itu masih belum diselesaikan.

Puan Hajar tampak sungguh kasihan pada Dhia yang hanya beriak kosong. Dari sudut pandangan tuanya, dia tahu, isteri Putera Mahkota itu cukup kecewa. Kalau dia di tempat Dhia, dia tidak mahu langsung berada di majlis akad itu. Melihat suami sendiri berkahwin dengan gadis lain, yang mengandung anak mereka hasil penzinaan, ternyata meluluhkan.

Ya kesemua sesi istana sudah mengetahui sebab pernikahan itu dijalankan. Dan semuanya jatuh simpati pada Cik Puan mereka. Ophelia pula masih lagi tampak beku, tetapi jelas lembutnya sudah tampak lebih menyerlah. Dia sudah tidak dingin seperti dahulu. Mungkin juga dia kasihan.

Entah.

Majlis akad nikah itu dihadiri Dhia dengan tenang. Tiada sebarang raut sakit hati, yang dilihat hanya riak kosong tiada perasaan.

Tetapi tiada satu pun ahli keluarga Aisar yang hadir, atau kelihatan di majlis itu. Hanya Dhia semata mata. Malahan Aisya sendiri pun tidak mahu jejak kaki. Dia juga hanya buat hal sendiri.

" Tunku Aisar Iskandar Tunku Riyadh."

" Ya saya."

" Aku nikahkan dikau dengan puteriku Kyra Rania Khairul Radzi dengan mas kahwinnya IL10000 tunai."

Suasana senyap seketika. Dhia mengenggam erat tangannya, cuba menahan diri dari rebah ke lantai. Dia harus kuat, ya dia harus kuat. Tabah Dhia.

Dia juga sempat lihat Aisar mengerling sedikit ke arahnya dan menghela nafas.

" Aku terima nikahnya Kyra Rania Khairul Radzi dengan mas kahwinnya IL10000 tunai."

Ketika itu, Dhia rasa sudah tiada lagi harapan yang perlu dia pautkan pada Aisar lagi. Segala galanya bagai terpisah tiba tiba, tanpa amaran, tanpa kata kata. Lafaz akad itu membuktikan, bahawa sepatutnya dari awal lagi dia patut memendam rasa, dan beri peluang pada Aisar untuk mencari kebahagiaannya sendiri.

Kerana pada akhirnya, cinta yang datang dari pembawa malang sepertinya, itu membinasakan.

————————————————-

Jam 2 pagi, istana senyap sunyi dengan hanya beberapa pengawal lalu di kawasan koridor. Tetapi tidak bagi Dhia Aralyn. Dia hanya berjalan perlahan lahan menyelusuri koridor dari bilik tetamu yang dihuni sejak 2,3 hari ini.

Langkahnya terhenti sebentar di hadapan kamar peribadi miliknya dan Aisar. Aisar tiada dalam bilik itu, pastinya dia berada di kamar lain, mungkin berbulan madu dengan isteri barunya.

Pengawal yang lalu dibelakang tidak dihiraukan.

Dhia sumber kekuatan abang. Kesayangan abang dunia akhirat. Kenapa abang nak tinggalkan Dhia, sedangkan hati abang Dhia dah pegang sepenuhnya. Abang milik Dhia, dan Dhia milik abang. Selama lamanya.

Jangan sesekali kata diri Dhia macam tu. Tak pernah ada manusia dilahirkan dengan tentuan nasib malang atau bertuah. Kita hidup berlandaskan Qada' dan Qadar, apa yang kita rancang, Allah yang tentukan. Buang semua negative thinking dalam kepala Dhia. Abang tak nak ianya sampai memakan jiwa Dhia nanti.

"Tapi abang tinggalkan Dhia." Bisik Dhia perlahan.

Hati Dhia sakit sangat abang, terlalu sakit. Abang bawa hati Dhia jauh sangat sampai Dhia dah tak boleh ambil semula.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now