73

5.3K 295 17
                                    


Sebungkus makanan dan air diletakkan di sebelah lelaki itu. Seolah menjadi rutin harian pula. Dia perasan sangat ada mulut berbicara tentang dirinya yang sering mengunjungi lelaki gelandangan itu, tetapi dia peduli apa. Bukan korang pun yang nak tolong.

Orang tengah susah tidak pula dibantu, tapi diumpat pula.

"Assalamualaikum encik, saya bawakan makanan." Sapa Dahlia, kali ini tiada rasa malu dia dengan lelaki itu. Lelaki itu menyenangkan dirinya. Itu yang pasti.

Lelaki itu masih tunduk membisu, dan Dahlia mengambil keputusan drastik. Dia mengambil kotak yang tersandar di dinding dan meletakkan di atas jalan. Pantas dia duduk disebelah lelaki itu, namun masih ada jarak diantara mereka.

" Saya ada family conference hari ni." Kata Dahlia, kata kata itu seolah olah meluncur saja dari mulutnya, bagai sudah biasa dengan lelaki itu. Lelaki itu hanya diam .

" Pneumothorax, with 4th,5th rib fracture. Left femur open fracture, with ilizarov ring external fixator, dan traumatic brain injury. Itu diagnose dia."

" Yang saya ralat, dia ibu pada seorang anak yang masih kecil. Masih menyusu, masih bergantung pada ibunya. Dan anak kecil itu tiada ayah, ayah mereka meninggal dunia ketika si ibu mengandung."

Dahlia keluh.

" Di dunia ini, kita fikirkan, kita boleh melakukannya semua sendiri. Hakikatnya, kita saling memerlukan, saling bergantungan antara satu sama lain."

Lelaki itu dikerlingnya seketika. Lantak la, dengar jela aku nak luah. Faham tak faham tolak tepi.

" Saya teringat anak anak saya. Mereka dibesarkan tanpa ayah. Jika saya meninggal, bagaimana dengan anak anak saya? Adakah ayah mereka akan menerima mereka kembali? Sedangkan dia tidak pernah melihat wajah mereka walau sedikit pun."

Dahlia mengambil telefon bimbit dan membuka satu folder. Penuh gambar anak anaknya.

" Ini anak anak saya. Aisy Dzayyadh dan Aisy Dziyyadh. Handsome kan? Macam papa mereka." Kata Dahlia sambil menunjukkan skrin telefonnya. Dia perasan lelaki itu seolah olah melihat skrin telefon itu lama.

" Wajah mereka serupa, sebiji. Membuatkan saya selalu teringat akan dia.." Dahlia ketawa kecil seketika, lalu menghembus nafas panjang.

" ... tapi ianya tidak akan terputar masa kembali. Dia mungkin dah bahagia, dengan kehidupannya." Sambung Dahlia, suaranya juga bergetar, seolah menahan esakan.

Lelaki itu seolah olah mahu menggerakkan tangan, tetapi Dahlia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Sebentuk cincin. Yang diberi Adriel tempoh hari. Lelaki itu kemudian menjatuhkan tangannya perlahan lahan, dan Dahlia tidak menyedari akannnya.

" Mungkin sudah sampai masanya saya juga memilih hidup saya sendiri . Cuba buka hati saya pada orang lain, cuba beri cinta saya pada orang lain.  Dan berani berhadapan dengan suami saya, untuk melepaskan saya." Cincin itu direnung lama, kelihatan cantik dan berkilau.

" Cuma mungkin saya perlu masa untuk melupakan dia. Kerana dia cinta pertama saya, yang saya cinta dari dulu hingga sekarang. Dari saat dia menyanyikan saya lagu lagu hingga saat dia melukakan saya. Dari saat dia mendatangi saya dan meninggalkan saya. Dan sehingga kaki saya melangkah keluar memilih jalan meninggalkan dia, saya mencintainya hingga akhir nafas saya."

Perlahan cincin itu disarung ke jari manis kirinya.

"Alasan kita berhenti mencintai seseorang bukan kerana kita membencinya, tapi kerana kita sedar bahwa dia akan lebih bahagia ketika kita melepaskannya." Perlahan Dahlia bermadah sambil tersenyum tawar melihat cincin di jari itu.

Matanya bercahaya dek kerana genangan air mata yang mula bertakung.

" Tapi, kalau diberi peluang sekali lagi, saya..saya memilih untuk tidak mengenalinya..kalau saya tahu begini sakitnya rasa cinta yang tertinggal."

Air mata Dahlia akhirnya tumpah, betul betul ke atas permata di cincin yang tersarung di jari manisnya. Esakan kecil bergema, namun hanya si lelaki sahaja yang mendengar.

Tangan lelaki itu kelihatan digenggam dan terbuka semula, berulang kali.  Tidak tahu mungkin untuk bereaksi apa.

Dahlia masih teresak menangis. Dan kedengaran bunyi tapak kaki deras menghampiri keduanya.

" Bae!" Satu suara kuat dari tepi bergema. Dahlia hanya diam, air matanya masih mengalir.

" Ya Allah sayang what are you doing here?" Adriel kelihatan panik dan melutut di hadapan Dahlia. Dia kelihatan terkejut apabila melihat titisan air mata yang tumpah dari mata Dahlia. Wajahnya tiba tiba menyinga.

" Kau!!" Kuat Adriel menjerkah sambil menunjukkan jari telunjuknya kepada lelaki gelandangan yang duduk terpaku di sebelah Dahlia.

" What are you done to her?" Tangannya seakan mahu menggenggam dan mencekak kolar baju si gelandangan itu tetapi pantas ditolak Dahlia.

" Adriel!" Dahlia menggeleng laju sambil menangis.

"Not him. I just sit here and talk to him. He did nothing."

Adriel mendengus kuat. Geram.

" Kenapa you duduk sini Dahlia? I dengar ramai cerita you selalu datang sini. You talked to him."

Dahlia menyapu air mata yang gugur.

" Kenapa if I bercakap dengan dia? Salah ke? Dia juga manusia macam kita Adriel." Balas Dahlia, juga kuat.

Adriel nampak mengetap rahang. " I tak suka!"

Dahlia kelihatan terpempan. "What?"

" I tak suka Dahlia, you bercakap dengan lelaki lain. Especially this poor unhygiene man. You should know that, after you wear the ring. It shows your consideration for accepting me." Petah Adriel berkata, satu satu dia berkata jelas ke halwa pendengaran Dahlia dan lelaki itu.

"You sick! We have nothing yet you control me macam I ni hak milik you!" Kata Dahlia lantas meninggalkan Adriel dan lelaki itu.

" Dahlia!!" Tempik Adriel memanggil nama wanita itu, namun Dahlia hanya laju meninggalkannya. Adriel berpaling ke arah lelaki itu, lama merenung tajam seolah olah mahu menembusi matanya. Lelaki itu juga membalas pandangannya, dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan.

" Jaga kau, kalau aku tahu kau yang buat Dahlia menangis begini, tahulah aku nak ajar kau macam mana." Adriel mendengus seketika lantas menapak laju ke arah laluan Dahlia tadi, mungkin mahu mengejar wanita itu.

Perlakuan itu dipandang lelaki gelandangan itu dengan penuh rasa tidak terungkap. Makanan dan air yang diletakkan di tepi kakinya direnung sayu. Matanya berkaca, putus asa dan sesal bercampur baur.

Mungkin benar kata Dahlia, tiba masa untuk dirinya juga pergi dan melepaskan rasa itu.

————————————

Sabar tau..hampir ke ending..tak de la hampir tapi menuju ke arah ending..hehe

Sikit lagi nak jumpa dua ketul ni

Vote tau

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now