36

6K 276 6
                                    


" Anak ibu, Dhia Aralyn. Kamu dah besar sayang." Ujar wanita berusia itu, masih anggun walau sudah berumur. Ketika ini mereka berdua sedang duduk berhadapan antara satu sama yang lain di satu cafe mahal yang cukup privasi.

Ada dua orang lelaki gagah berdiri berhampiran yang Dhia tahu mereka adalah pengiring wanita ini.

Dhia seakan cuba mengawal gigilnya yang mula mendatang. Dia tidak tahu kenapa tubuhnya bereaksi begini apabila berhadapan dengan Ibu Sari. Seharusnya dia gembira kan?

Tetapi kenapa dia rasakan sebaliknya?

Pasti Naim sedang giat mencarinya kini. Susah sungguh dia ingin melepasi kawalan keselamatan yang ketat di hadapan perpustakaan tadi, pastinya bodyguard istana. Tapi segalanya dilanggar demi rindunya pada Ibu Sari.

Cuma, mengapa dia rasa aneh? Sebahagian dirinya tidak mahukan pertemuan ini.

" Ibu rindukan kamu sayang." Ibu Sari melempar senyum manis pada si gadis itu. Dhia menunduk, dia sendiri tidak tahu apa yang harus dituturkan.

" Sampai hati Dhia tak jemput ibu ke majlis Dhia." Suara sedih itu dilirihkan lagi, mahu memancing perbualan. Dan nampaknya mengena.

" Dhia minta maaf Ibu. Dhia tak tahu Ibu kat mana. Dhia takut, rupa Dhia yang tak elok ni tak sepadan dengan suami Dhia."

Ibu Sari kekal ukir senyum. " Dhia bukan tak cantik sayang. Malahan Dhia lebih cantik sekarang. Kalau tidak, suami Dhia tak sayangkan Dhia."

Mata Dhia bersinar melihat Ibu Sari. " Betul ke Ibu? Dhia cantik?"

Lambat lambat Sari mengangguk. " Cantik sangat, kalau Dhia luruskan rambut ni. Hitamkan rambut ni. Lagi cantik. Rambut coklat sekarang ni,kurang serlahkan kecantikan anak ibu ni."

Dhia menunduk. "Rambut coklat ni tak cantik?"

Sari geleng. " Cantik, Dhia.. cantik.. tapi lebih cantik jika ia berwarna hitam. Macam abang abang Dhia yang lain."

Dhia menggigit bibir seperti anak kecil.

" Tapi Dhia kena tanya suami Dhia dulu, Ibu kenal kan suami Dhia, Aisar? Dia Putera Mahkota....."

" Kenal sayang..kenal.." pintas Sari, senyum tipis. Lantas Dhia kunci mulut, dia tahu raut wajah begitu bermaksud Ibu Sari tidak suka akan topik itu. Dia tidak suka suami aku kah ?

Salah seorang lelaki tadi tiba tiba menghampiri dan berbisik sesuatu di telinga Ibu Seri. Wanita itu kelihatan ukir senyum, seperti sinis.

"Ibu rasa ibu kena pergi dahulu sayangku Dhia. Kita akan berjumpa lagi. Soon.." Ibu Sari lantas bangkit dari duduknya dan berjalan menuju ke arah Dhia yang juga bangkit. Dia mengusap rambut coklat milik Dhia sambil menarik sedikit rambut itu kebelakang.

Dhia mendesis kesakitan, namun ditahannya.

" Tukar warna rambut ini ya sayang. Ibu tak suka. Dhia tahu kan kalau ibu tak suka, ibu boleh buat apa?" Ibu Sari menutur bait bait kata di telinga Dhia sambil mengacip gigi. Bibirnya masih kekal ukir senyum.

" Kan Dhia. Tahu kan ibu boleh buat apa?"kata Ibu Sari sekali lagi, keras nadanya.

Dhia angguk laju. " B- baik i- ibu, tahu.."
Bibirnya kelihatan menggigil menahan takut. Dia takut akan wanita ini. Cukup takut.

" Good girl," dikucup pipi Dhia dan wajahnya dijauhkan serta merta.

Ibu Sari lempar senyum lagi sebelum dia melangkah setapak. Tapi kemudian dia berhenti seketika.

"Pewaris yang dari rahim Dhia, mungkin akan mengalami rupa sama macam kamu Dhia. Pelik. Aneh. Jadi kalau kamu tidak mahu kerajaan suami kamu ditimpa malang, kamu dan suami kamu faham faham sahaja lah. Jangan wujudkan pewaris."

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now