1

8.9K 355 15
                                    

10 tahun kemudian..

Kringgggg

Bunyi loceng telefon kedengaran di bilik rehat Medical Officer khas untuk shift time. Dhia Aralyn yang tersedar kerana bunyi jam itu bangkit perlahan lahan dari pembaringan, menyapu air liur sedikit yang terkeluar dari hujung mulutnya, dan bangun membasuh tangannya disinki. Sekilas dia melihat dirinya sendiri dicermin.

Dengan rambut mengerbang macam singa, muka tak siap, mata kuyu, mulut ternganga, orang takkan percaya ini adalah Tengku Puteri Dhia Aralyn, puteri Kerajaan Negeri Treez, atau juga dikenali sebagai Dr Dhia, Paediatric Medical Officer.

Sekejap!

Seketika kemudian dia teringat sesuatu.

Oh shit!

Jam tu berbunyi sebab dia perlu bergegas ke NICU untuk blood taking for jaundice baby. Mampus kalau dia lambat, lab akan running dalam setengah jam lagi.

Segera dia membasuh mukanya, menggosok gigi dan terus mengelap muka dengan kain tuala kecil di loker berdekatan.

Name tag dibetulkan, dan since dia incharge ward pada waktu shift ini, dia perlukan data blood baby itu untuk ward round pukul 9 pagi nanti.

Telefon bimbitnya dikeluarkan, dan dia mencari satu nama.

" Hello Nayla, kau dah start tolak troli belum? Hang cakap kat Jihah dengan Uzair, tolong habiskan row baby tu. List jaundice baby ada kat dalam sistem, then aku nak blood report tu sampai kat aku jam 8.30 pagi nanti faham?" Laju dia bersuara ditelefon sambil memakai kasut sneakersnya.

Usai itu, pantas dia berlari ke NICU sambil menutup telefon. Yang pasti dalam otak dia, pukul 9 pagi kena present segala mak nenek report depan specialist dan consultant. Kalau tak, memang kena bambu lagi la jawapnya.

Tapi bukan pada dia lah, of course lah anak anak didiknya 3 doktor pelatih itu yang kena. Cuma dia sebagai ketua yang baik, tak sampai hati lah tengok kena marah.

Pintu NICU terbuka, kelihatan Uzair panik mengambil darah dari vein tangan baby yang kecil itu. Dah sampai naik purple tangan baby itu, dengan tangisan baby tak henti henti.

Dhia menepuk dahi, hadui ni mesti kes panik la ni.

" Uzair..tepi, biar aku buat," dengan satu arahan Uzair bangkit dan meletakkan jarum serta tube yang telah digunakan terus ke dalam tong sampah. Dhia mengeluh.

" Dah berapa kali kau try nih Uzair?" Soal Dhia, dingin.

" 5 kali jugak Dr Dhia, dia tak masuk jugak. Tadi dah masuk sekali tapi darah tak keluar pulak."

Dhia menepuk dahi lagi. Bayi dalam cot itu masih menangis nyaring.

Lantas dia mengambil branula saiz kecil dan menyauk tapak kaki bayi tersebut. Dengan sekali cucuk berbekal kemahiran yang ada, darah keluar dari hujung tumit bayi itu dan Dhia memicit sedikit untuk darah lebih banyak keluar. Tube kosong diambil dan dititiskan darah ke dalamnya. Uzair hanya memerhatikan tindak tanduk ketua incharge nya itu. Memang cekap gadis ini. Bisiknya dalam hati.

Kelihatan Nayla dan Jihah menghampiri sambil menolak troli blood taking. Nampaknya semua tube darah sudah banyak dikumpul.

" Dah siap? Semua dah double check balik? Sticker nama tepat? Kang salah, masak aku, aku yang kena sebab kali ini consultant yang turun padang." Dhia memerhati susunan tube darah dalam bekas. Ketiga tiga pegawai perubatan siswazah latihan itu mengangguk.

" Dah dah Dr Dhia," balas Jihah.

" Uzair, kau tolong bawak tube ni ke lab sekarang. Dorang dah start running, and kau tunggu situ sampai dapat report. Jihah, clerk case untuk grand ward round pukul 9 tu. Nayla, ikut aku sekejap untuk round satu ward ni."

Dhia perlu melakukan ward round dulu untuk mengetahui update terkini pesakit hari ini sebelum grand wardround dengan pihak atasan. Apa apa senang dia nak jawab dengan Dr Shukri, consultant Paediatrik nanti.

————————————————-

" Bonda rasa nak buat sedikit kenduri kesyukuran sempena kamu dah berjaya yakinkan pihak US untuk melabur di negara kita," kata Permaisuri Sofea sambil meletakkan sudu dan garfu. Matanya mengarah tepat kepada anak sulungnya Putera Aisar Iskandar yang kelihatan selesai menjamah hidangan.

Sultan Riyadh mengangguk. " Ayahanda setuju. Okay juga. Kita jemput raja negeri sekali pun tak ada masalah."

Putera Aisar hanya mengangguk kecil. Jenis personalitinya yang kurang gemar berbicara hal tidak penting. Hanya anggukan atau gelengan sebagai jawapan. Keluarganya sudah faham akan tingkahlakunya. Usianya yang sudah memasuki 31 tahun, menambahkan lagi aura dinginnya.

Sesuai dengan gelarannya sebagai pewaris utama pemerintahan.

Kacak, tinggi, sasa, berkarisma. Cukup pakej sebagai Putera Mahkota.

Cuma suri hatinya masih belum ditemui. Mengapa? Kerana dia langsung tidak berminat untuk mencari.

Mengapa lagi?

Kerana dia menganggap perempuan menyukarkan langkahnya untuk menjadi Raja Pemerintah. Adanya seorang Permaisuri, lagi menambahkan halangan untuk memiliki takhta paling tinggi dalam negara itu.

Itu adalah cita citanya. Antara angan angan yang bertukar menjadi impian. Dan impian yang bertukar menjadi nyata apabila dia ditabalkan sebagai Putera Mahkota pada usia 15 tahun.

Dia makin hampir untuk memilikinya. Kerana setelah itu, undang undang negara akan dikawal sepenuhnya oleh dirinya.

" Aisar," suara bondanya menyedarkan dirinya dari lamunan.

" Di majlis kesyukuran nanti , bonda jemput Puteri Adira ya. Mungkin kamu boleh kenal kenal dengan dia."

Aisar mengeluh seketika. Bondanya suka sangat mengatur begitu. Tidak kah dia tahu, anak sulung itu memang tidak suka diatur. Lebih lebih lagi soal jodoh.

Putera Aiman, anak kedua dan pewaris kedua, hanya menunduk sambil tersenyum mengejek ke arah abangnya. Memang sengaja kerana dia tahu abangnya jenis bagaimana. Namun dia lah teman baik Aisar kerana jarak usia mereka tak sampai setahun. Malah mereka sama umur. Cuma Aisar dilahirkan awal tahun, manakala Aiman dilahirkan akhir tahun pada tahun yang sama.

Aiman pula silih berganti teman wanita. Sebut lah apa sahaja keturunan girlfriend, rasanya semua ada.  Puteri kerajaan luar negara, artis, anak orang kenamaan, pengacara tv malahan instafamous juga termasuk dalam senarainya.

" Tengok lah, kalau Is nak kenal, Is tegur," kata Aisar sekadar ingin menjaga hati bonda. Kelihatan Permaisuri Sofea mengukir senyum. Jauh di sudut hati, dia mahukan anaknya bertemu dengan seseorang yang boleh menyayangi dirinya. Dia tidak kisah tentang asal gadis itu, malahan dia sendiri bukan bersifat material.

Asal anaknya bahagia, itu sudah cukup. Kerana baginya Aisar sudah lebih layak umur untuk mengambil tanggungjawab memimpin keluarga.

Anak ketiganya pula Putera Aizat, seorang atlet bola sepak, sudah tentu masanya lebih banyak ke atas padang. Aizat juga bukan jenis berfoya foya tak seperti Aiman. Yang tu memang pening kepala nak control. Mujur tak bunting anak orang.

Si bongsu Puteri Aisya pula merupakan pelajar tahun akhir universiti awam, Universiti Kebangsaan Inderaloka, dalam jurusan pendidikan awal kanak kanak. Cantik, pemalu tetapi nakal.

Hati Permaisuri Sofea sudah inginkan cucu, namun melihat Aisar seperti tidak bersungguh, dia juga tidak mahu memaksa. Namun setidaknya dia ada usaha untuk mencari seseorang untuk Aisar, jika anaknya tidak mahu, terpulang.

" Kalau macam tu, kosongkan jadual kamu minggu depan Aisar. Kita buat kenduri kesyukuran masa tu ya." Titah Sultan Riyadh.

——————————————-

Kenal kenal dulu ye dengan si peneraju cerita ye hehe
Thank you sudi terima cerita kita❤️

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now