11

6.9K 358 19
                                    


Jari jemarinya leka mengetuk di atas para tangan kerusi jati yang mewah. Matanya leka tenung wajah wajah didalam potret berhabuk yang tergantung elok di dinding. Sekali sekala dia akan memincingkan matanya terutamanya terhadap satu wajah lelaki yang cukup dikenali.

" Hmm tak sangka kau akan buat macam tu," desis lelaki itu.

Seorang wanita berusia, dan seorang gadis muda memasuki kamar yang sudah lama tidak dihuni. Lelaki itu hanya masuk jika ingin menatap potret itu sahaja. Selain itu, dia tidak membenarkan langsung sesiapa memasuki kamar itu.

" Ophelia, kamu tahu tugas kamu. Pergi sekarang." Gadis muda itu mengangguk dan beredar keluar dari kamar itu meninggalkan wanita berusia bersama lelaki itu.

Lelaki itu memandang wanita berusia itu, lama.

" 20 tahun kamu sembunyikan diri kamu Seri. Aku rasa kau dah boleh sambung balik apa yang kau tinggalkan." Ujar lelaki itu, mengukir senyum.

" Maksud kau?"

" Dhia akan berkahwin." Pantas lelaki itu menutur kata, menyebabkan Seri merenung lelaki itu.

" Dhia akan berkahwin?"

Lelaki itu mengangguk perlahan.

" Itu tak patut terjadi. Dia..dia akan kahwin dengan siapa?"

Lelaki itu senyum lagi, kali ini agak aneh.

" Someone who you dont expect at all Seri. Its Crown Prince Aisar."

Seri mengerdip mata tanda tidak percaya. Aisar?

" Kau kena dapatkan Dhia semula sebelum dia jatuh ke tangan Aisar. Kau tahu kan, Aisar Iskandar?"

Seri mengetap bibir.

" Kau dapatkan Dhia, jackpot untuk aku. Aku nak takhta Treez . Tetapi kalau kau biarkan Dhia bersama Aisar, lebih berganda untuk aku, sebab aku boleh dapatkan Inderaloka." Ketawa berdesis kedengaran dari si lelaki itu.

Seri menggeleng geleng.

" Tidak, aku akan dapatkan Dhia. Dhia harus kembali pada aku semula. 20 tahun berpisah dari dia, aku seakan bukan aku lagi. Dia, anak aku. Anak aku!"

Lelaki itu ketawa semula.

" Anak? Lupakanlah kenyataan itu kerana Dhia tidak anggap kau pun sebagai ibu dia Seri. Tapi kalau kau memang sayangkan dia, kau buatlah apa yang patut."

Seri menggenggam tangan. Marah.

" Dhia Aralyn takkan dengar kata sesiapa melainkan aku ibunya."

——————————————————

Baju sepersalinan putih tergantung elok di wardrobe. Sejak semalam lagi Dayang Amina meletakkan di situ. Dhia meneguk air liur, beg galasnya disandang erat. Flight ke Ireland adalah jam 11.30 pagi.

Sekarang ini dia baru sahaja menunaikan solat subuh dan memakai baju santai. Rambutnya diikat bun dan sneakers diambil. Dia sudah memeriksa dokumen perjalanan, semua lengkap.

Majlis pertunangan dijadualkan jam 11 pagi nanti. Majlis itu diadakan secara tertutup dan privasi untuk ahli keluarga. Tiada jemputan media.

Rasanya comfirm ayahandanya mengamuk sakan kali ini.

Maafkan Dhia ayahanda. Dhia tak mampu nak tunaikan permintaan ayahanda itu. Benar benar tak mampu.

Dhia tak cintakan Aisar. Dhia nak dia bahagia dengan sesiapa sahaja, asal bukan dengan Dhia. Dhia pembawa malang.

Dhia menghembus nafas dalam dalam dan menghembusnya keluar. Okay, lets finish this mission.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now