Bab 1

24K 360 4
                                    


Mampus aku kene marah dengan boss baru aku yang cerewet tuh ! Bebel Alia dalam hati. Ini kali pertama dia ditukarkan ke tempat kerja. Ini kali pertama juga dia jejakkan kaki ke Syarikat Tengku Holdings ini. Sedih betul apabila dia perlu ditukarkan kesini tanpa rela ! Tiada lagi suasana mengusik dengan Azwan dan Fatihah. Dia tertanya juga apa alasan Encik Nazri pindahkan dia ke sini tanpa memberitahu sebabnya seurat benang pun !

" Oh mak kau ! " Jerit Alia kecil lalu terduduk jatuh menyembah lantai. Seluruh tubuhnya terasa kebas. Kakinya pula berdenyut denyut. Ni mesti terseliuh ! Teka Alia. Acap kali dia cuba bangkit tetapi sakit kakinya tetap menghalang . Dia mahu berdiri semula menghadap empunya badan yang melanggarnya !

" Sorry Sorry . Saya tak sengaja. Are you okay ?" Tengku Syahmin terpinga pinga.

Hish ! Careless betul ! Siapa minah ni? Tapi tak pernah nampak pun ? Aku tak terima sebarang pekerja baru pun lately ni . Budak budak tak inform kat aku ke pasal kemasukan kanak kanak ni dekat sini ? Hishh ! Parah betul je aku tengok ? Ni mesti papa yang ambil tak bincang dengan aku dulu ! Sumpah Tengku Syahmin dalam hati .

" Apahal kau nih ? Pagi pagi nak langgar orang ni ?! Mata letak mana ? Hadoi ! " Marah Alia lagi . Aku dahlah lambat . Kalau aku kena pancung macam mana ? Jadi itiklah aku! Tidak tahu apakah lagi nasib yang bakal menimpanya nanti .

" Halah . Aku dah mintak maaf kan ? Kau nak kecoh sangat ni dah kenapa ? Dahlah ! Aku dah lambat . Semak je kau ni pagi pagi . Serabut aku tengok! " Ujar Tengku Syahmin tegas . Kakinya dihayunkan ke destinasi yang ingin dituju . Hapehlah ! Siapa kau nak marah marah aku macam tu ? Papa pun satu . Ambiklah makcik cleaner insurans sikit . Ni tak . Pergi ambik entah siapa siapa yang tak bermoral tu buat hapeh ? Coiilah !

" Dah tahu aku jatuh bukan nak tolong ke apa . Aku dah lambat nih ! Bunguk ! Hish ! Tengoklah nanti kalau aku jumpa kau lagi . Sakit hati aku macam nilah ! " Jerit Alia . Dia mencuba gagahkan diri. Apa malang lah nasib jumpa orang buta pagi pagi ni ? Hilang terus mood aku ! Bebel Alia dalam hati .

Pintu lif hampir tertutup . Dahlah sesat . Tidak tahu mana yang harus dia tuju . Wajah lelaki yang melanggarnya pun tidak jelas . Bagaimana pula dia hendak membalas dendam dan menuntut ganti rugi dengan sikunya yang berdarah ? Amira Alia terus berusaha sampai ke pintu lif walau apa pun yang terjadi . Ini hari pertama dia berkerja dan dia tidak boleh memalukan Encik Nazri . Sudahlah boss barunya itu agak cerewet . Semua benda hendak perfect . Ouh tolonglah !

" Wait a minute ! " Jerit Amira Alia menahan pintu lif daripada tertutup . Dia hanya tersengih kepada penghuni lif . Hari pertama je dah rentung . Esok hangus . Esok lusa jadi tulang je . Tak guna betul !

" Fuhh . Nasib baik sempat ! " Amira Alia melepaskan keluhan berat .

Encik Nazri sengaja ingin menguji kesabarannya . Dahlah lambat . Aik maklumlah dah biasa dekat syrikat lama dia bekerja . Alia hanya menundukkan wajahnya ke lantai lif . Malu apabila diimbas kembali etikanya sebagai P.A pada hari pertama berkerja disyarikat ternama. Seakan memalukan Encik Nazri . Haisyhh malu rasanya . Entah sampai bila dia harus bertahan disyarikat ini . Mahu sahaja dia menjerit ingin pulang ke rumah .

" I Mairah. Panggil je I Mai. You okay tak ni? I tak pernah nampak You pun dekat sini? " Tanya wanita disebelahnya. Amira Alia hanya tersenyum memandang wanita disebelahnya .

" I okay. I baru je pindah sini ganti Cik Sofea " Balas  Alia berbasa basi. Senyuman tak ikhlas terpapar dibibirnya. Hishh ! Aku tak okay ni . Tak nampak ke? Buta !

"That means You P.A baru bosslah kan? " Tanya Kak Mai lagi.

" Yes. I dengar cerita boss kita tu garang. Suka membebel. Lagi satu cerewet . Semua benda nak perfect. Tahan pulak You kerja sini " Balas Alia selamba. Beberapa penghuni di dalam lif mula bising dengan tindakan pengakuan maut Alia.

Tanpa menyedari disuatu sudut ada seorang lelaki yang mendengar semua pengakuan maut dari wanita itu. Ya ! Dialah yang dimaksudkan. Lebih kelakar lagi wanita itu langsung tak menyedarinya. Dia berlagak seperti biasa. Hanya mendengar setia semua yang dituturkan oleh wanita itu .

What? Cerewet ? Aku macam tuh? What the hell? Hish En Nazri ni sengaja nak sabotaj aku ke apa? Aku suruh hantar Nur Amira Alia Rusli ! Bukan minah sewel macam ni . Suka suka dia je nak kutuk aku ? Buat dosa kering memang tak ingat dunia betul. Tadi dah cakap aku macam macam . Hmm .. sabar jelah. Ngomel Syahmin dalam hati .

Pintu lif terbuka . Sempat juga Alia mengutuk bossnya sebelum bekerja . Tidak sedar bahawa bossnya berada didalam lif yang sama . Semua orang mula membuat tugas masing masing . Sempat juga Alia mengucapkan selamat tinggal kepada Mai. Pagi ini dia dikhabarkan akan berjumpa secara langsung dengan bossnya . Dia Cuma mampu berharap bossnya akan melayannya dengan baik seperti Encik Nazri melayannya .

Tengku Syahmin tersenyum nipis.

" Nanti kau masuk dalam bilik aku , kau tahulah nasib kau ! "

Dia terus beredar menuju kebiliknya. Dia ketawa apabila mencuba membayangkan wajah wanita itu apabila terkejut melihatnya nanti. Sebelum itu dia ingin mendail nombor En Nazri . Agaknya En Nazri tersilap transfer P.A kowt . Dia inginkan Nur Alia Amira Rusli. Bukan wanita bernama Alia yang sudah rasmi diistiharkan perang !

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now