Bab 27

6.3K 137 0
                                    

Malam ku tidur tak lena
Teringatkan dirimu
Terimbas kembali kenangan lalu
Alangkah indahnya bersama mu
Mengalir air mataku
Menemani malam sepiku
Ku rindu saat bersama mu
Sukarnya untuku melupakan mu
Dahulu engkau berikan cinta
Mengapa kini engkau berubah
Manakah janji akan setia menanti.
Jikalau engkau tak lagi cinta
Katakan saja aku tak kisah
Dari kau terus membuat ku menunggu
Tak ku sangka tak ku duga
Perpisahan yang akan melanda
Daku cuba pertahankan
Namun dirimu pergi jua
Cintamu bagaikan rembulan
Yang hadir bila malam
Kau hilang bila siang mendatang
Begitulah sikapmu oh sayang
Kau lontar cintaku
Ku bagaikan hanyut dilautan
Yang lemas didalam percintaan
Dipukul gelombang keresahan

Tengku Syahril termenungkan kisah silamnya. Entah mengapa dia rasakan dia telah menemukan dirinya yang kelam dalam diri wanita bernama Alia. Wanita itu ikhlas dalam cinta. Dia sedar bahawa cintanya dengan Nurul Nadhia tidak akan pudar. Dia pulang ke Malaysia hanya ingin berdamai dengan abang sulongnya dan mungkin dengan tujuan mencari wanita itu semula. Nurul Nadhia. Isterinya.
  
      Namun sudah dua minggu dia dirumahnya sendiri, dia tidak ada masa sedikit pun untuk berbual bual apatah lagi bergelak ketawa dengan abang sulongnya. Hatinya pula tawar apabila mengetahui Tengku Amira sengaja memerangkap abangnya untuk berkahwin.

Dia sudah tiada hati lagi untuk bercinta. Tiada apa yang dapat mengembalikan rasa sayangnya melainkan berdamai dengan abang sulongnya. Tiada siapa yang dapat memahami dirinya yang sebenar. Kecundang didalam percintaan buat kali kedua melemahkan seluruh tubuhnya.

         " Maafkan saya , Syahril. Saya ni kotor. Saya ni jijik. Saya dah khianati cinta awak. Tapi , keluarga awak bencikan saya sebab saya tak ada harga diri. Saya mintak maaf. " Luah Nadhia.

         " Kenapa kau buat aku macam ni ? Youre should not be a mistress ! Youre should not be a prostitute Dhia ! You just be my only , Nadhia. Just my only. Syahril tak habis fikir kenapa Nadhia buat Syahril macam ni. "

Kata kata itu terlalu menyakitkan. Dia bukanlah marah sangat dengan abang sulongnya hanya tunangnya dicaras kerana dia tidak pernah mencintai wanita itu. Dia hanya mencintai wanita bernama Nurul Nadhia. Entah dimana wanita itu. Sama ada dia masih di tempat terkutuk tu ataupun entah kemana.

         Akhirnya Tengku Syahril mencapai tualanya dan menuju ke bilik air. Berserabut fikiranya ketika itu. Entah ke mana hati dan perasaanya hilang dibawa dengan masa lalu.

           " Dhia, kalau kita jumpa mama nanti, sayang jangan cakap pasal kita dah kahwin. Biar abang je yang terus terang dengan mama. " Luah Tengku Syahril perlahan. Wanita disebelahnya hanya diam membisu dengan asyik membuang pandang ke arah luar tingkap. Dia memang macam tu.

          " Sayang, abang cakap dengan Dhia ni. " Tegur Tengku Syahril terus mematikan lamunan Nurul Nadhia. Dia ketawa melihat wajah isteri pujaanya itu mengelamun dan terpinga pinga apabila disoal.

        " Apa ? Abang cakap apa Dhia tak dengar. Sorry. " Balas Nurul Nadhia sedikit terketar. Sungguh dia tidak perasan. Dia takut apabila dia sampai dirumah keluarga Tengku Syahril, dia akan berjumpa dengan Tengku Liyana yang menemuinya minggu lalu agar menjauhi Tengku Syahril. Dia cintakan lelaki itu tapi segalanya terbatas.

          " Kita dah sampai dah pun. Nanti kita sembang lagi. Jom turun. Tu mama dah tunggu kita depan pintu tu. " Kata kata Tengku Syahril seakan mencekik Nurul Nadhia. Dia benar benar sesak nafas.

          " Ma, angah kenalkan ni isteri angah, Nurul Nadhia. Nadhia, ni mama abang Tengku Liyana. " Ucap Tengku Syahril bersahaja. Nurul Nadia hanya tersenyum.

          " Syahril pergi dapur kejap. Mama dengan Dhia borak boraklah dulu. " Tengku Syahril menghilang ke dapur.

          " Maafkan saya Tengku. Saya .... " Ucap Nurul Nadhia terketar ketar. Dia takut untuk menetang wajah Tengku Liyana seakan ingin memanggangnya hidup hidup.

         " Awak memang tak serik serik lagi. Awak nak Syahril tahu yang awak tu prostitute?  Tak malu ? Sekarang dah kahwin pulak tu ! " Tegas dan lantang Tengku Liyana bersuara. Dah bagi amaran suruh jauhkan diri pun still dekat dengan anak aku !

        " Saya minta maaf Tengku. Saya dah cuba untuk jarakan diri saya daripada Tengku Syahril. Tapi Tengku Syahril yang... " Nurul Nadhia sudah kecut perut. Tidak daoat melawan panahan mata Tengku Liyana.

        " Awak cakap apa ni Nadhia ? Jawab saya tanya ni. " Tanya Tengku Syahril sedikit mendesak. Wajah wanita itu direnung. Seketika dikerling wajah Tengku Liyana tiada perasaan.

        " Syahril, awak mesti tak nak bercinta dengan perempuan yang sanggup jadi pelacur kan ? Lagipun saya tak cintakan awak " Kata Nurul Nadhia lemah. Rasanya tiada sebab lagi dia merahsiakan semua itu.

Ayah kandungnya sendiri sanggup menjualnya untuk membayar hutang keluarga mereka yang banyak. Dia terpaksa menjadi pelacur bukan kerana dia benar benar ingin menjadi pelacur. Dia terdesak. Berjumpa dengan Tengku Syahril, dia rasa dilindungi namun apakan daya walaupun seumur hidup dia tepaksa menjadi pelacur, hutang keluarganya tidak dapat diselesaikan. Abangnya pula telah lama menghilangan diri. Lama.

         Sejak itu Tengku Syahril hilang arah hidup dan menghilang diri ke Jerman kerana luka yang berdarah. Kerana dua wanita dan keluarganya sendiri membawanya ke sana. Selama ini cintanya begitu murah diserahkan kepada seorang pelacur. Dia pernah mencari wanita itu semula namun dia dikatakan wanita itu sudah menghilang diri. Lagi punah harapan untuk terus mencari wanita itu. Dia sudah bertindak bodoh. Dia tidak sepatutnya menyalahkan wanita itu.

Jika benar isterinya itu inginkan duit dan hartanya, selama ini wanita itu akan memintanya. Namun wanita yang senyap dan pendiam itu suka memendamkan perasaan tanpa sekelumit pun dia memberitahu masalah yang dihadapi kepadanya.

       Kenapa ayah kandungnya sendiri sanggup meletakan anaknya ke dalam lembah hina itu ? Sungguh hatinya tersayat mendengar semua itu. Sudah lama dia mencari wanita itu. Dia dikatakan juga wanita itu tidak pernah disentuh oleh mana mana lelaki disitu. Ini bermakna Nurul Nadia masih suci. Lagi meruntun hatinya ingin memeluk wanita itu. Namun benarkah wanita itu sudah berkahwin sebetulnya ? Entahlah.

          Dia tidak akan mencari wanita itu lagi.

Wanita itu datang dan pergi dan hanya meninggalkan dia seribu kenangan dalam seribu luka dihati. Dikhianati oleh abangnya sendiri. Dikhianati oleh tunang merangkap sepupu sendiri. Sakit untuk menerima kenyataan. Namun apa yang menjadi kenyataan sememangnya pahit daripada menerima kepalsuan.

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now