BAb 74

6.9K 109 12
                                    

Tengku Syahril hanya melambai lambaikan tangan kepada anak saudaranya Tengku Aiman yang dipimpin erat oleh Tengku Syahmin untuk masuk ke tadika. Dia malas hendak turun dan dikerumuni oleh kanak kanak. Jadi dia duduk sahaja didalam kereta. Namun matanya tertangkap susuk tubuh seseorang. Seseorang yang amat dirindui. Seseorang yang sudah lama hilang. Ya. Nurul Nadhia.

Tengku Syahril turun daripada kereta dan merapati wanita itu untuk lebih jelas lagi. Dia terkejut. Lantas dipeluknya isterinya itu penuh erat. Dipeluk kemas kemas. Tidak ingin dilepaskan.

" Abang rindu. " Luah Tengku Syahril. Dia terharu kerana isterinya membalas pelukan darinya. Terlupa seketika kesedihan dan penantianya selama ini. Ternyata penantianya tidak pernah sia sia selama ini.

Tengku Syahmin menepuk nepuk bahu Tengku Syahril. Dia meminta diri untuk ke office. Tengku Syahmin melemparkan senyuman manis kepada Nurul Nadhia. Menumpang bahagia yang kini adiknya itu bertemu dengan isterinya yang sudah lama dia ingin temui.

" Kenapa abang ada dekat sini ? Aiman tu siapa ? Anak abang ? " Tanya Nurul Nadhia perlahan. Airmatanya diseka oleh Tengku Syahril perlahan lahan. Terkejut. Bahagia. Gembira. Ia tidak dapat diungkap dengan kata kata.

" Aiman tu anak saudara abang. Abang teman je hantar Aiman pergi tadika. Tiba tiba abang nampak Dhia. Tu yang abang turun. Dhia pergi mana ? Kenapa Dhia tinggalkan abang ? Hmm ? " Tengku Syahril menggenggamn tangan Nurul Nadhia. Matanya terpaku pada perut isterinya yang sedikit membukit.

" Dhia pregnant ? " Tengku Syahril tersenyum lebar. Memandang Nurul Nadhia tidak percaya.

Nurul Nadhia mengangguk. Dia tertawa kecil apabila suaminya mencium perutnya. Diusap usap perlahan kepala suaminya. Gembira.

" Bagitahu abang Dhia pergi mana ? Puas abang carik Dhia. " Luah Tengku Syahril. Rindu benar wajah itu untuk ditatap. Rindu sungguh.

Cinta Dosa Semalam (Completed)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant