Bab 5

8.8K 234 1
                                    

Tengku Syahmin agak terpukul dengan semua yang diceritakan oleh En. Rusli padanya. Hatinya bagai terhiris. Kenapa Alia harus menanggung semuanya ? Selepas dia dikatakan mengandung anak luar nikah , En Rusli menghalaunya. Selepas setahun itu , dia dikhbarkan oleh kawanya Wani bahawa anak bongsunya terlibat dalam kemalangan selepas anaknya meninggal sehari selepas dilahirkan . Anaknya juga berniat hendak lari daripada hospital tetapi percubaannya untuk lari daripada hospital gagal .

Sejak dari kemalangan itu, ianya meragut anaknya untuk bergerak seperti biasa. Anak bongsunya lumpuh separuh badan. Selepas beberapa tahun berubat di Singapura , dia sudah dapat bergerak seperti biasa namun ingatannya tidak dapat dipulihkan akibat hentakan yang kuat berlaku pada saraf tunjangnya .

 " Umi lega sebab Syahmin boss kepada adik. Umi risau tak ada siapa yang boleh tengok tengokan dia. Nasib baiklah ada Syahmin. " Luah Pn Noraini lega.

" Syahmin dah lama carik dia umi , abah. Tak sangka pulak Alia kerja dekat syarikat kawan Syahmin. Tu yang Syahmin tukarkan dia dekat syarikat Syahmin. Syahmin bolehlah tengok tengokan dia. " Balas Tengku Syahmin perlahan. Dia masih lagi terkejut dengan cerita yang disampaikan oleh En Rusli. Sampai begitu sekali dia membiarkan Alia menderita. Dia benar benar lelaki tak berguna . Lagi terkejut apabila anak mereka meninggal sehari selepas dilahirkan. Itu menarik narik egonya untuk memiliki wanita itu sepenuh hatinya.

Kalau tidak disebabkan dia, wanita itu tidak akan kehilangan anak mereka awal. Kenapa aku tergamak buat macam tu dekat anak aku sendiri ? Maafkan papa, sayang . Mira, maafkan aku . Kalau tak disebabkan aku , kau takkan jadi macam ni. Betul cakap Wani . Kau dah terlalu menderita sebab tindakan bodoh aku. Maafkan aku, Mira.

" Syahmin aku nak jumpa kau kejap. Penting sangat ni " Luah Amira perlahan sewaktu Tengku Syahmin hendak menuju ke kelasnya pada pagi itu. Dia benar benar tidak mahu sorok setelah apa yang berlaku. Lambat laun abah dan uminya pasti tahu tentang keadaan sebenarnya nanti. Tengku Syahmin tidak boleh mengelak !

 " Kau nak cakap apa, cakap cepat. Aku ada hal ni. " Balas Tengku Syahmin dingin. Dia tidak mahu ada apa apa hubungan lagi dengan wanita itu. Habuan wang sudah dapat.

Aku muaklah tengok muka kau tuh. Perit betul tekak aku tengok. Paling tak pun nak duit je ni . Kutuk Tengku Syahmin dalam hati kasar.

" Syahmin , aku .. aku ... " Kata Amira perlahan tergagap gagap. Dia tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan tentang alat kehamilan yang dibeli semalam menunjukan dia sedang mengandung. Tidak lain itu anak Tengku Syahmin. Lelaki itu sahaja yang pernah bersamanya.

 " Aku! Aku!  Aku apa? cakaplah ?! Susah sangat ke nak cakap ? Kau tak cakap aku blahlah macam ni ! " Balas Tengku Syahmin kasar seakan mahu berganjak dari tempat itu . Hish ! Menyusahkan aku betulah minah ni ! Tak faham bahasa ! Kutuk Tengku Syahmin dalam hati. Kalau bukan ditempat awam , mahu sahaja dia menjerit.

" Aku pregnant Syahmin. Kalau kau tak percaya kau tengoklah ni " Balas Amira teruja . Alat pengesan kehamilan diserahkan kepada Tengku Syahmin. Dia sedikit terasa dengan perubahan sikap Tengku Syahmin yang seolah olah jijik denganya. Dia sanggup dicaci dan dimaki oleh lelaki itu tetapi dia tidak sanggup dicaci dan dimaki oleh abah dan umi jika mereka mendapati dia sudah terlanjur.

Tengku Syahmin menyambut huluran alat pengesan kehamilan itu. Tangannya terketar ketar . Dia hanya ingin bersama wanita itu tiga bulan sahaja. Namun selepas apa yang dilihatnya ini , benar benar tidak mustahil.

Tengku Syahmin ketawa kecil. Gembira dengan apa yang berlaku seakan tidak percaya. Wajah Amira berubah ceria dengan hasil positif daripada Tengku Syahmin. Mereka akan berkahwin dan akan mempunyai zuriat !

Ketawa kecil yang sinis.

  " Kau ambik duit ni . Tak cukup kau bagitahu aku. Aku nak kau gugurkan benda tu ! " Balas Tengku Syahmin sambil mengeluarkan beberapa keping not seratus ringgit. Dia hanya ingin mempermainkan wanita itu bukan sehingga ke tahap ini. Ada anak dengan kau ? Memang taklah weyh !

Wajah Tengku Syahmin ditampar kuat. Duit yang disambut tadi dicampak kembali hebat tepat pada wajah Tengku Syahmin. Hatinya benar benar terhiris dengan kata kata Tengku Syahmin.

  " Sampai hati kau , Syahmin. Kau suruh aku gugurkan dia? Kau ni lelaki jenis apa hah ?! " Marah Amira sambil menarik narik kolar baju Tengku Syahmin. Amira ditolak kasar .

" Esok aku bawak awak pergi klinik . Dah sekarang ni aku nak masuk kelas . Jumpa esok ! " Tengku Syahmin terus beredar secepat mungkin. Hatinya gementar. Benda yang paling ditakuti telah terjadi.

Namun wanita itu langsung tidak mengikuti rancangannya. Akhirnya dia terpaksa berlembut. Dia berjanji pada wanita itu akan bertanggungjawab. Namun hatinya tiba tiba sahaja terdetik untuk membawa wanita itu berjumpa dengan kawan kawanya. dia memalukan wanita itu disitu. Namun selepas kejadian itu hatinya pula selalu dibayangi kenangan. Dia buntu. Sudah puas dia memujuk.

           Entah mengapa hatinya tergamak memperlakukan wanita itu sebegitu rupa. Dia tidak mahu menyakiti wanita itu kerana dia terlanjur mencintai wanita itu namun ini hanya lakonan semata mata. Selepas dia berjaya membuat wanita itu mengandungkan anaknya , dia akan menang dan meninggalkan wanita itu !

Masih teringatkan rayuan kecil wanita itu agar dia bertanggungjawab diatas semua yang telah berlaku. Dia benar benar khilaf.

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now