Bab 44

6.2K 112 0
                                    

           '' Tengku Syahmin ! I pregnant and You kena bertanggungjawab ! " Itulah ucapan Tengku Amira yang mendapatkannya sewaktu dia ingin pulang kerumah . Berserabut fikirannya.

Entah apa lagi dugaan yang akan melanda rumah tangganya . Sudahlah isterinya itu dalam keadaan begitu merisaukan . Inikan pula perkara yang tidak ada langsung kena mengena dengannya . Bekas isterinya pula seakan menjerut lehernya.

          Dia ada terserempak dengan sepupunya , Tengku Farish . Tengku Farish agak terkejut dengan perihal adiknya Tengku Amira yang mengaku dia sedang mengandungkan anak Tengku Syahmin .

Sudah lama dia ada di Kuala Lumpur , namun dia tidak pernah mengetahui yang adiknya itu sudah kembali ke tanah air. Setahunya adiknya itu ingin terus menetap di Kota London. Apa lagi yang adiknya itu lakukan sehingga dia tidak dapat mencium jejak adiknya. Dia sudah tidak keruan. Adiknya itu berpengalaman untuk merosakkan rumah tangga orang.

        Adiknya itu juga yang telah merosakkan hubungannya dengan wanita yang dia sayangi. Kini wanita itu sudah berkahwin tapi dengan siapa itu dia tidak pasti. Dia mula bengang dengan adiknya yang semakin rosak akhlaknya. Dia akan berusaha untuk menjejaki adiknya itu.

       Tengku Syahmin mengajak Tengku Farish untuk makan malam dirumahnya. Sudah lama juga dia tidak berjumpa dengan paklong dan maklongnya. Hampir 5 tahun dia menetap di bumi Singapura.

Baru kali ini dia berpeluang balik ke KL . Niatnya ingin mencari cintanya namun punah setelah dia mendapat tahu tunangnya itu sudah berkahwin dengan orang lain .

       " Dah lama maklong tak jumpa kau , Farish '' Itulah ucapan yang terluah daripada mulut Tengku Liyana . Dia rindu akan anak saudaranya itu. Sudah hampir 5 tahun dia tidak menemui Tengku Farish . Wajah anak saudaranya itu sedikit berubah kerana telah memakai cermin mata dan tinggi lampai membuatkannya hampir tidak mengenali anak saudaranya itu .

       " Farish pun dah lama jugak tak jumpa paklong dengan maklong . Baru ni Farish dengar Syahmin sudah berkahwin . Tahniah ! '' Tengku Farish teruja .

      '' Kau bila lagi bro ? '' Sampuk Tengku Syahmin . Dia mendapatkan tempat duduk sambil menarik tangan isterinya agar duduk bersebelahan dengannya selepas menuangkan air.

Farish tersedak . Kelu lidahnya untuk menuturkan kata selepas melihat isteri Tengku Syahmin. Alia. Ternyata bekas tunangnya itu berkahwin dengan sepupunya. Dunia ini begitu sempit. Dia ingatkan dia tidak akan menemui bekas tunangnya itu lagi .

      Farish. Itu sahaja yang terluah dalam hati Alia . Alia menundukkan wajahnya. Tangan suaminya digenggam . Terketar ketar dia melihat Tengku Farish kini berada dihadapannya. Dahulu lelaki inilah yang berada dengannya sewaktu dia sakit dahulu. Lelaki inilah yang setia dengannya. Membawanya ke Singapura untuk merawatnya.

Walaupun dia tidak jelas akan lelaki itu namun umi dan abahnya mengatakan lelaki itu adalah tunangnya sejak dari kolej lagi. Namun dia tidak langsung mencintai lelaki itu dan dia memutuskan tali pertunangan kerana Tengku Amira mengaku bahawa Tengku Farish itu telah merosakkan seseorang . Walaupun dia tidak pernah menemui Tengku Amira namun dia tahu wanita itu ada niat tidak baik dengannya .

         '' Aku ? Siapa yang nak dekat aku ? Tunang aku pun tak percaya dekat aku. Baik aku solo je. " Perli Tengku Farish . Walaupun dia mengaku dia bukanlah tunang sebenar wanita itu kerana ' tunang ' itu terkeluar sendiri dari mulut En Rusli yang menyatakan dia adalah tunang Alia selepas sahaja Alia bangun dan menanyakan tentangnya .

Alia tersentap . Dia agak terasa dengan kata kata Tengku Farish . Ya . Dia yang tidak mempercayai tunangnya itu dan dia cuba sedaya upaya untuk menjarakkan dirinya . Dia hanya diam seribu batu . Tajam pandangan Tengku Farish membuatkannya kecut .

         " Kau tak try cari dia ? Umur kau dah berapa dah ni . Cuba carik . Bahagia je hidup kau nanti '' Balas Tengku Syahmin sambil memeluk bahu isterinya disebelahnya yang hanya diam seribu bahasa .

Macam mana nak cari , dia depan mata aku aja ni . Dah jadi milik kau dah pun, Min. Bisik Tengku Farish dalam hati . Pedih pula hatinya. Dia tahu sukar untuk melupakan bayang bayang wanita itu namun kini dia telah menjadi milik sepupunya. Dia tidak mungkin akan mengkhianati sepupunya.

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now