Bab 35

13.5K 135 1
                                    

           " Sayang, cepat sikit mandi tu. Kenapa lambat sangat ni? Abang pun nak mandi jugak. Abang penat ni sayang ... " Jerit Tengku Syahmin dari luar bilik air. Sudah hampir setengah jam dia menunggu isterinya.

Alia keluar dengan selamba hanya berbaju lengan panjang berwarna biru dan badanya berwarna putih. Terkejut dengan kehadiran suaminya yang berada dimuka pintu. rambutnya disanggul dengan tuala.

          " Kenapa mandi lama sangat ? Penatlah abang tunggu. Buat apa dalam bilik air tu lama lama ? " Marah Tengku Syahmin lembut. Hidung isterinya itu ditarik perlahan. Geram. Terasa letih kerana banyak kerja dipejabatnya walaupun sudah dua minggu dia dan isterinya bercuti.

            " Alia basahkan rambut. Sementara ada waktu asar lagi ni tu yang Alia mandi boleh solat. Segar sikit. " Kata Alia sambil membetul betulkan sangul rambutnya yang dibelit dengan tuala.

          " Sayang cakap apa tadi ? Abang tak dengar. Sayang dah boleh solat lah ni kan ? " Usik Tengku Syahmin. Dia sedikit teruja dengan peryataan isterinya. Dia senyum lebar. Mengunci isterinya didinding.

          " Abang .... " Luah Alia perlahan. Dia menolak lembut badan suaminya yang semakin menghampiri dirinya. Malu datang menyerbu muka. Kini dia benar benar faham apa yang sebenarnya yang dimaksudkan oleh suaminya.

          " Apa sayang ? Abang kan ada ni. Dah nak dekat dua minggu sayang seksa batin abang. Apa pulak alasan sayang kali ni ? Penat ? " Duga Tengku Syahmin lagi. Sengaja menduga isterinya yang diserbu malu.

        " Abang, Alia nak solat ni. Abang pergi mandi dulu. " Rengek Alia perlahan. Malu diperlakukan oleh suaminya itu. Gatal !

       " Lepas tu ? " Duga Tengku Syahmin. Tidak akan abang lepas sayang kali ni !

      " So.. solat lah apa lagi. " Jawab Alia terketar ketar.

     " Then what .... sayang ? " Duga Tengku Syahmin lagi. Senyumannya meleret nakal.

Alia terus semakin tenggelam dengan nafas suaminya yang begitu dekat denganya. Akhirnya dia berjaya melarikan diri daripada suaminya. Namun beberapa langkah suaminya menarik dirinya dan memeluknya dari arah belakang. Nafas suaminya ditengkuknya membuatkan dirinya meremang. Tidak selesa diperlakukan sebegitu.

      " Abang... Alia nak solat ni. Kenapa mengada ngada sangat nih ? " Alia bicara lembut. Tangan suaminya yang melingkari pinggangnya dilepaskan lembut. Namun Tengku Syahmin tetap enggan melepaskanya.

        " Sayang ... sayang sepatutnya tahu apa yang abang nak kan ? " Tengku Syahmin mengusik isterinya nakal. Diciumnya leher isterinya sehingga isterinya itu berasa geli.

       " Ya, Alia tahu. Tapi bagilah Alia solat dulu. Please, abang. " Rengek Alia lagi.

       " Okay. Tunggu abang. Abang nak mandi kejap. Kita solat jemaah sama sama. " Tengku Syahmin melepaskan pelukan. Dia terus meloloskan diri dibalik pintu bilik air sebelum sempat melemparkan senyuman lebar pada isterinya yang malu.

       Mereka solat berjemaah bersama sama. Setelah habis Tengku Syahmin membacakan doa, Alia mencapai tangan suaminya dan dibawa ke dahinya berlapikkan telekung. Dia sendiri jatuh cinta dengan lelaki itu sewaktu lelaki itu mengimami solat magrib dan isyak dirumahnya dulu. Paling gembira adalah abahnya. Gembira kerana mendapatkan bakal menantu yang boleh membimbing anak bongsunya.

Tengku Syahmin mengucup dahi isterinya lama seakan tidak mahu dilepaskan. Seterusnya meletakan songkok yang kemas dikepalanya dipindahkan pada kepala isterinya. Dah macam hapeh entah dilihat isterinya itu.

       Dulu isterinya itu suka meletakan cap diatas kepalanya yang berambut pacak. Suka sungguh merosakan rambutnya. Kadang kadang entah mengapa dia jadi rindu untuk kembali memanggil isterinya dengan panggilan 'Mira' bukan Alia seperti sekarang. Segalanya telah berubah jika dia tidak pernah mengkhianati cinta mereka dan juga tidak akan kehilangan anak mereka.

       " Alia turun dulu nak siapkan makan malam. Abang ambik songkok ni. Nanti Alia panggil turun makan. " Alia meletakan semuka songkok ke atas kepala suaminya. Senyumanya lebar. Namun tiba tiba tanganya dicapai lagi. Suaminya pula mengangkat dirinya dan dibaringkan diatas katil tanpa menanggalkan telekung terlebih dahulu.

        " Alia tahu abang dah bagi sayang banyak sangat masa sampailah abang akan pastikan sayang dah betul betul boleh jadi milik abang. Kenapa taknak luangkan masa dulu dengan abang ? Hmmm ? " Gumam Tengku Syahmin. Telekung isterinya dibuka perlahan. Dikucupnya dahi isterinya itu yang diam tidak terkata. Tanganya pula merayap di wajah isterinya. Akhirnya bibirnya terhenti pada bibir isterinya.

       Ketukan pintu mematikan Tengku Syahmin daripada mengucup bibir isterinya itu. Haish ! Apa ni ? Kacau betul lah aku nak manja dengan bini aku ! Kutuk Tengku Syahmin.

Alia terus bangun daripada pembaringan. Rasa selamat seolah olah baru diculik sahaja. Dia menyanggul rambutnya yang kusut setelah getah rambutnya diambil oleh suaminya.

      " Mama ajak turun makan. " Kata Tengku Amilia sambil tersenyum.

      " Alia turun dulu ikut Amy " Alia terus melangkah keluar mengekori Tengku Amilia daripada belakang. Lidahnya dijelirkan pada suaminya yang sedikit hampa.Tak sabar sabar betul suami aku ni ! Tau je aku dah boleh solat, mulahlah. Haduii. Kau jugak yang bocorkan Alia.

     Siap kau ! Malam ni kau takkan terlepas. Tengku Syahmin berkata geram didalam hatinya. Nakal betul isterinya itu. Akhirnya Tengku Syahmin akur. Dapat mengusik sebentar isterinya pun sudah cukup. Bila kena cium je terus senyap. Tengku Syahmin tersenyum puas.

          Tengku Syahmin memeluk isterinya dari arah belakang sebaik sahaja isterinya itu memecah masuk biliknya senyap senyap. Diperkemaskan pelukanya sehingga isterinya tidak dapat lari. Kau nak lari mana ?

Macam mana aku boleh tak perasan Syahmin dah naik dulu daripada aku ni ? Leka sangatlah ni kemas dapur tadi. Amira Alia terus membiarkan suaminya memeluknya. Entah apa yang suka sangat peluk aku entah.

          " Sayang ..... " Bisik Tengku Syahmin lembut. Dia mengucup leher isterinya sehingga isterinya menggeliat kegelian. Isterinya diangkat dan didudukan ke atas katil. Tengku Syahmin tersenyum lebar. Amira Alia hanya senyap diperlakukan sebegitu.

Perlahan lahan Tengku Syahmin menanggalkan tudung milik isterinya. Rambut isterinya dielus lembut. Disentuh dagu isterinya itu untuk menentang pandanganya yang sedari tadi hanya menundukan wajah. Dibawa perlahan lahan wajah isterinya dekat ke wajahnya sehingga bibir isterinya dikucup perlahan.

        " Abang ... Alia milik abang. " Bisik Amira Alia perlahan apabila suaminya mendakapnya penuh erat. Tengku Syahmin menyisip rambut isterinya yang menutupi dahi. Dikucup perlahan dahi isterinya itu. Ditolak tubuh isterinya itu perlahan lahan sehingga semuanya hanya menjadi milik rahsia mereka berdua pada malam itu.

     

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now