Bab 55

7.5K 114 0
                                    

Setiap minggu dia akan ditemani oleh Tengku Farish untuk membuat checkup keatas kandungannya . Walaupun terkadang dia ingin suaminya yang menemaninya disini . Setelah fikirannya kembali tenang dan mampu memaafkan orang , dia akan balik .

          Dia juga telah dikhabarkan oleh Tengku Liyana ibu mertuanya yang Tengku Syahmin kini sudah ingin mahu makan dan minum setelah mendengarkan tentang keadaannya dan zuriat kami dalam keadaan baik walaupun badannya agak susut .

Kini dia masih berharap suaminya itu akan berada disaat saat akhirnya . Dia dihantar oleh Tengku Farish dan agak terkejut dengan kehadiran kereta suaminya yang berada diluar rumahnya . Macam mana pulak mamat ni ada dekat sini ? Dia nampak tak yang Tengku Farish yang hantar aku tadi ? Dia mula gelabah . Dia mausk kedalam rumah . Pintunya tidak berkunci .

          Ya . Suaminya kini berada diruang tamu rumahnya sedang lena di sofa . Badan suaminya juga susut . Sudah 5 bulan dia tidak menatap wajah lelaki itu . Alia terus berlalu kebilik tanpa menghiraukan suaminya yang masih terlena . Ini lain tidak bukan semua kerja En Nazri !
Dia hanya mengeluh . Mujurlah suaminya tidak melihatnya dihantar oleh Tengku Farish . Kalau tidak apa lagi yang bakal difikirkan oleh suaminya itu .

Sudah azan magrib juga suaminya tidak bangun bangun . Alia terus mendapatkan suaminya yang masih lena . Namun apa yang memeranjatkannya adalah badan suaminya itu panas .

        ''Abang ! Bangunlah . Abang demam ni . Kita pergi klinik sekarang '' Pujuk Alia . Risau menghimpit perasaannya . Namun suaminya itu tidak bergerak . Risau menghimpit perasaanya kini .

        '' Abang okay aja sayang . Bagi abang peluk sayang kejap . Sekejap aja . Abang rindu .... '' Luah Tengku Syahmin yang kepalanya kini sudah berada diperut isterinya . Dia rindu ingin memeluk isterinya ketika itu . Dia mengusap perut itu perlahan lahan.

Dia yang berkeras ingin menemui isterinya . Dia risau akan isterinya yang kini telah sarat dan hanya menunggu bila bila sahaja masa anaknya itu akan keluar .
Alia hanya mendiamkan dirinya . Kepala suaminya diusap perlahan . Rindunya juga sudah tidak tertahan dengan 
suaminya itu .

          Airmatanya juga gugur . Dia benar benar merindukan masa masa bersama suaminya itu . Terasa dingin dan sejuk hatinya merasai setiap sentuhan tangan suaminya yang mengusap perutnya.

         " Dah maghrib ni . Abang pergi mandi . Lepas tuh boleh solat sama sama . Nanti lepas solat Alia bagi abang makan ubat '' Alia memujuk suaminya yang hanya diam tidak bersuara . Dia tahu suaminya itu rindu akan anaknya . Dia tahu suaminya itu rasa kehilangan dirinya .

Suaminya itu masih degil tidak mahu makan ubat sehingga selesai solat isyak . Katanya sedikit sahaja demamnya itu . Dia kedapur untuk menyediakan makan malam buat dirinya dan suaminya . Suaminya terus terlena disofa . Sakit hatinya dan rindunya kini menjadi satu . Entah apa yang dia rasakan sekarang ini . samada ingin menyuruh suaminya itu pulang atau sebaliknya . Dia buntu .

         '' Abang , bangun . Alia ada masak . Jom makan '' Alia mengejut suaminya yang masih lena . Direnung wajah suaminya itu dalam dalam . Ya terdapat perubahan pada suaminya itu .

        '' Buat apa masak ? Abang tak suruh pun . Abang dah cukup happy bila abang dapat tahu isteri abang dengan anak abang dalam keadaan baik '' Luah Tengku Syahmin . Dia sudah makan diluar sebelum sampai kerumah isterinya itu . Dia tidak mahu isterinya tahu yang dia tidak ada selera untuk makan dan minum sejak isterinya pergi meninggalkannya .

        '' Abang datang sampai sini pukul berapa ? Mana abang dapat kunci rumah ? Cakap dengan Alia , abang '' Alia mula membebel dengan perlakuan suaminya . Dia terus menarik tangan suaminya sedaya yang ada sehingga suaminya itu bangun kemeja dapur mengekorinya .

       '' Pagi tadi dalam pukul 10 . Kunci abang mintak dekat En Nazri . Abang risau . En Nazri bagitahu abang yang sayang tengah sarat so dia mintak abang datang sini tengok tengokan isteri abang . Kenapa ? Sayang nak halau abang ? '' Tanya Tengku Syahmin terus . Dia tidak mahu mengalah dan tuduk pada kedegilan isterinya . Risaunya menggunung apabila dia mendapati isterinya itu hanya tinggal seorang diri .

        '' Dah tahu Johor ni jauh yang abang drive malam malam buat apa ? Kalau accident macam mana ? Alia tak mintak pun abang ada dekat sini . Esok pagi Alia nak abang balik '' Marah Alia pula .

       '' Sayang tuh dah tengah sarat . Takkan abang nak biar sayang dekat rumah sorang sorang pulak ? Kalau apa apa berlaku siapa yang susah ? Abang jugak. Atleast abang ada dekat sini boleh tengok tengokan sayang . Nope ! Abang taknak balik ! '' Marah Tengku Syahmin pula . Direnung wajah isterinya yang masam mencuka .

'' Alia tak suruh abang susahkan diri abang untuk Alia . Alia boleh suruh Farish tengokan Alia . Dia tak pernah mengeluh pun nak tolong Alia selama ni '' Balas Alia kasar . Dia sengaja menyebut nama Tengku Farish agar suaminya itu geram denganya .

'' Abang tak kisah kalau itu yang sayang nak . Lepas everythings gonna be okay , abang baliklah . Tapi abang tetap nak sambut anak abang . Dia anak abang . Sayang tu isteri abang . Abang terima kalau sayang bencikan abang sekalipun . Tapi jangan pisahkan anak abang dari abang '' Balas Tengku Syahmin . Malam ini biarlah dia sanggup tidur didalam kereta . Asalkan dapat menjaga isteri dan anaknya .

'' Sejak abang cakap dia anak haram , Alia takkan bagi abang sentuh dia . Dia bukan anak haram macam abang cakap . Siapa abang nak cakap dia macam tu ? Sekarang ni abang kata dia anak abang pulak ? '' Alia mula geram . Perutnya mula senak namun dibiarkan . Dia sudah tidak dapat menahan amarahnya terhadap suminya itu .

'' Tak pernah sayang nak ungkit jasa baik abang kan ? Kenapa sayang nak ungkit salah abang ? Jawab sayang , kenapa ? '' Marah Tengku Syahmin pula . Geram dan bengkak hatinya . Sudahlah penatnya belum hilang . Kini isterinya itu tidak langsung menerima kedatangannya .

'' Kalau betul abang sayangkan Alia , abang takkan kecewakan Alia dari dulu lagi '' Alia memegang perutnya . Senak perutnya kembali . Dia mula mengerang kesakitan . Dia berpaut pada lengan Tengku Syahmin kuat .

" Sayang, kenapa ni ? " Tengku Syahmin menyambut tangan isterinya yang sudah terkulai layu didalam pelukanya. Resah dan risau.

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now