Bab 72

7.1K 117 7
                                    

Tengku Syahmin yakin kereta disebelah keretanya itu milik isterinya berdasarkan nombor flat keretanya. Jadi isteriya itu bukanlah pergi kerja ? Tapi meluangkan masa dengan anak keduanya ? 'Kenapa kau tak pernah nak bagitahu aku , Alia ?'

Tengku Syahmin memimpin tangan Tengku Aiman namun sebaik sahaja melangkah masuk kedalam HBKL , langkahnya terhenti. Genggaman tangannya juga terlepas dari tangan Tengku Aiman kerana anaknya terus berlari mendapatkan mummynya. Airmatanya diseka perlahan. 'Jadi tu anak kedua kita ke sayang ?' Duga Tengku Syahmin. Matanya berkaca.

Tidak sangka anaknya selama ini menderita penyakit jantung tanpa pengetahuannya. Dia juga tidak dapat membayangkan berapa kali isterinya itu tabah dalam menghadapi ini semua tanpanya .... 'Alia, kenapa buat abang macam ni ?' Air mata Tengku syahmin turun mengalir.

'' Adik ! '' Jerit Tengku Aiman mendapatkan adiknya Tengku Affiq yang berada dikerusi roda bersama dengan mummynya. Gembira dapat bertemu dengan adiknya seorang itu.

'' Abang Aiman ! Dah lama affiq tak jumpa abang. " Tengku affiq membalas pelukan abangnya. Rindu benar ingin bertemu dengan abangnya itu. Sejak dia dimasukan kedalam hospital hanya beberapa kali sahaja dia bertemu dengan abangnya itu.

Alia terdiam apabila melihat Tengku Aiman datang menerpa kepadanya. Dia membawa masuk Tengku Affiq dengan kerusi roda ke dalam bilik wad namun perlakuanya terhenti dihadapan bilik wad anaknya itu. Siapa yang bawa dia ke sini ? Akhirnya lama dia memerhati, susuk tubuh Tengku Syahmin perlahan lahan menapak kesisinya. Dia separuh terkejut. Apa yang ditakuti selama ini sudah terjadi .

'' Papa ! Mummy ni papa kan ? '' Jerit Tengku Affiq pula . Affiq tersenyum melihat papanya. Seperti yang dijanjikan oleh mummynya , papanya akan datang melawatnya bersama abangnya. Dia benar benar gembira dapat berjumpa dengan papanya. Rindunya sudah terbalas.

'' Anak papa apa khabar ? Bila boleh keluar dari hospital ni ? " Tanya Tengku Syahmin basa basi. Oh rupanya nama anak keduanya itu Affiq ? Dia hanya berlagak baik seperti biasa. Walaupun perasaanya kini diduga hebat.

'' Dua tiga hari lagi Affiq dah boleh keluar. Mummy , maafkan Affiq. Affiq ingatkan mummy tipu Affiq yang papa tak datang sini jenguk Affiq '' Luah Tengku Affiq sambil memaut lengan mummynya.

Tengku Syahmin memandang tepat wajah isterinya. Rasa ingin mengheret wanita itu untuk mencerutakan segala galanya. Apa lagi yang isterinya cuba rahsiakan daripadanya ? Apa lagi ? Tengku Syahmin ditolak kasar oleh Tengku Aiman dan terus berlari ke arah luar hospital. Tengku Syahmin terpempan.

'' Aiman ! '' Jerit Alia . Resah hatinya . Selama ini dia mencuba menyimpan kemas rahsia itu dari pengetahuan anak kecilnya. Namun kini segala galanya telah terbukti . Dia sama sekali tidak berniat untuk menyakiti hati anaknya itu .
Puas sudah dia kehulur kehilir.

Namun bayang anaknya masih tidak kelihatan . Aiman , maafkan mummy . Akhirnya dia terlihat susuk tubuh anaknya yang sedang duduk dikerusi membelakanginya .

'' Aiman. '' Panggil Alia namun anaknya itu masih diam membisu sambil berpeluk tubuh. Mukanya masam dan mulutnya muncung seperti itik. Dia perasankan butir butir air mata anaknya yang mengalir walaupun terlindung daripada cermin mata anaknya yang rabun. Beg sekolahnya pula tersadai diatas rumput.

'' Sampai hati mummy taknak cakap uncle Syahmin tu papa '' Luah Tengku Aiman perlahan tetapi penuh dengan perasaan merajuk .

'' Mummy bukan taknak bagitahu '' Tutur Alia perlahan sambil mendekati anaknya . Beg sekolah anaknya dikutip . Dia mengusap perlahan air mata anaknya yang mengalir .

'' Selama ni Aiman selalu cakap yang bukan bukan dekat papa. Aiman nakal. Aiman berdosa dengan papa '' Dia teringatkan tentang semua yang diluahkan tentang papanya kepada Tengku Syahmin sewaktu mereka dalam perjalanan pulang kerumah .

'' Mummy dengan papa tak boleh bersama lagi '' Alia cuba memujuk. Cuba sekuat hatinya menahan apa yang terpendam. 'Aiman masih kecil sayang nak tahu semuanya. Maafkan mummy.'

'' Papa dah tak sayang mummy ke ? '' Tanya anak kecil itu dengan tangisan. Baju tadikanya sudah lencun dengan air mata.

'' Papa dah ada kehidupan dia sendiri . Papa tak perlukan kita . Kalau boleh mummy taknak pun Aiman tahu yang uncle Syahmin tu papa Aiman . Mummy taknak Aiman sedih '' Pujuk Alia lembut. Dilapnya hingus kecil Tengku Aiman dengan beberapa helai tisu. Dibawa anak kecil itu kedalam dakapanya.

Agak sukar dia untuk menjelaskan bahawa papanya sudah bersama dengan Tengku Amira sebagai keluarga bahagia . Tengku Syahmin tidak memerlukan mereka lagi.

'' Mummy , Aiman minta maaf sebab buat mummy sedih . Aiman janji takkan ungkit lagi pasal papa '' Tengku Aiman terus memeluk Alia . Walaupun dia tidak dapat hidup seperti orang lain yang mempunyai ibu dan ayah . Namun dia amat gembira mummynya sentiasa menjaga dia dan adiknya .

Tengku Syahmin dan Alia hanya mendiamkan diri saat mereka membuat keputusan untuk berbincang secara baik dan peribadi. Tengku Aiman ditugaskan menjaga adiknya . Mereka inginkan titik persefahaman. Apa yang terbaik untuk mereka adalah untuk anak anak mereka. Sudak separuh dekad mereka dipayung dengan rasa ego masing masing dan akhirnya salah seorang dari mereka perlu berundur kerana tidak sanggup terluka dan melukakan orang sekeliling .

'' Apa lagi yang kau sorok daripada aku ? Kenapa kau tak pernah langsung nak jujur yang anak kita selama ni menderita sakit jantung ? '' Marah Tengku Syahmin. Geram.

'' Aku mintak maaf " Itu sahaja yang mampu diucapkan. Dia tidak kuat untuk menetang wajah suaminya ketika itu.

'' Dengar sini , Alia ! Okay , terserahlah kau nak bencikan aku ke, kau jijik sangat nak tengok muka aku ke apa ke tapi aku ada hak nak tahu sebab dia tu anak aku jugak Alia. Anak aku ! Kau berniat nak tipu dia kan tadi ? Kau janji dengan dia hari ni aku nak datang jenguk dia kan tadi ? Apa ni Alia ? " Marah Tengku Syahmin. Sanggup isterinya itu ada niat untuk menipu.

'' Aiman dengan Affiq bukti kasih sayang kau dalam hidup aku . Aku tak suka buat orang lain terseksa sebab aku . Aku balik sebab aku dah bersedia nak pisah dengan kau. Kalau boleh , aku tak nak bebankan sesiapa termasuk kau '' Balas Alia perlahan. Mengharapkan ada pengertian didalam diri Tengku Syahmin.

'' Siapa cakap kau bebankan aku ? Ada aku cakap ? Alia , boleh tak kita lupakan semuanya? Aku tahu aku banyak buat kau menderita. Aku harap sangat kita dapat hidup bersama macam dulu. Lagipun aku tahu kau curang belakang aku kan ? Aku tahu semuanya Alia. '' Balas Tengku Syahmin sedikit menjerit. Geram dengan sikap isterinya tidak berterus terang.

'' Curang ? Nonsense Syahmin ! Semua orang dah buang aku kowt . Lagipun kau dah jumpa jodoh yang lagi baik dari aku. Kau layak bahagia dengan isteri kau tu. Kau ada tanggungjawab yang lebih besar daripada jaga aku. Sekarang nak tuduh tuduh aku curang ni kenapa ?" Balas Alia tegas.

" Habis kalau tak curang apa ? Aku malas nak gaduh. Aku dah penat sangat. Tak boleh ke kau rendahkan sikit ego kau untuk aku ? '' Pinta Syahmin. Suaranya diperlahankan. Entah cara apa lagi untuk membawa wanita itu berbincang tanpa menggunakan emosi. Dia sudah penat untuk penantian ini !

'' Sorry , Syahmin. Aku tak pernah curang belakang kau. Terserah kau nak cakap apa pun pasal aku. Aku ni curang ke. Perempuan tak baik ke. Its up to you. Aku tetap tak boleh '' Balas Alia terus beredar mendapatkan Aiman dan Affiq.

Hatinya dihimpit dengan batu. Mungkin ? Namun apabila dia dituduh curang, hatinya bagai direntap rentap. Kenapa dia dituduh curang ? Alif Danial tiada kena mengena didalam hidupnya sama sekali. Dia tidak pernah mengenali lelaki itu lebih dalam.

Cinta Dosa Semalam (Completed)Kde žijí příběhy. Začni objevovat