Bab 25

6.8K 143 10
                                    

" Abah, umi. Adik setuju kahwin dengan Syahmin. Bila Syahmin nak datang pinang adik ? " Sampuk Alia ketika orang tuanya sedang bersembang.

Ya, itulah keputusan yang wajar dia buat. Dia kini sedar bahawa dari dlu dia mencintai lelaki itu meskipun dia sudah hilang ingatan. Dia mahu mencipta semula ingatanya bersama lelaki itu walaupun kenyataanya pahit.

" Betul ke ni dik ? Adik tak main main ? Adik kahwin dengan dia bukan sebab abah dengan umi paksa ke macam mana ? " Luah Pn Noraini teruja. Gembira mendengar keputusan anaknya.

" Betulah umi. Adik dah fikir masak masak. Adik tak main main. " Ujar Alia sungguh sungguh. Gembira apabila umi dan abahnya gembira. Walaupun hatinya belum tepat untuk menerima keputusan yang dibuat. Namun dia tahu lelaki bernama Tengku Syahmin mampu membuat dia bahagia sama seperti lelaki itu membawa kebahagiaan kepada umi dan abahnya.

" Alhamdulillah. Seronok abah dengar anak abah nak kahwin. " Ucap En Rusli perlahan. Anaknya itu terus memeluk lenganya erat . Disandarkan kepalanya dibahu abahnya itu.

Alia bangga dapat melihat senyuman lebar daripada abah dan uminya. Mungkin Tengku Syahmin adalah jodonya yang kuat. Lelaki itu sudah lama mencarinya. Bukan niat lelaki itu meninggalkanya. Dia hanya pergi sambung belajar.

Tak sangka.

" Baguslah dia setuju. Mama pun gembira sangat. Syahmin pun kena buka buku baru. Lupakan semuanya. Syahmin kena ingat. "

Pesanan Tengku Liyana seolah olah mencengkam hatinya. Hanya dia dan keluarganya sahaja tahu tentang apa sebenarnya yang terjadi. Tengku Liyana juga ada menyebut tentang perihal adiknya yang digelar angah. Dia berada di luar negara jauh di Jerman.

Adik beradik kembar ini sudah lama tidak bertegur kerana silapnya. Kerana langkahnya. Membuat adiknya Tengku Syahril Iskandar pergi menjauhkan dirinya. Dia sama sekali tidak berniat ingin mencaras tunang adiknya namun apakan daya tunangnya merangkap sepupunya Tengku Amira Alia yang memilihnya.

Adik kembarnya itu akan pulang dalam waktu terdekat untuk membantunya dalam syarikat keluarga mereka. Entah mengapa hatinya seakan ingin menghalang daripada adik kembarnya pulang ke Malaysia. Hatinya masih bernanah. Perkahwinanya dengan sepupunya Tengku Amira Alia gagal. Wanita itu curang dibelakangnya.

" Damn You, Amira ! You ingat I tak tahu yang You ada scandal dekat luar ? I betul betul tak sangka yang wife I selama ni curang dekat belakang I ! I akan balik Malaysia. I akan failkan kes penceraian atas You ! "

" Buatlah apa yang kau nak Syahmin. Kau fikir aku hadap ke nak bersuamikan kau ? Adik beradik sama je ! Bodoh nak mampus ! " Kata Tengku Amira keras. Dia merenung tajam ke anak mata Tengku Syahmin. Huh ! Kau tak ada beza pun dengan Shahril ! Dua dua tak boleh pakai !

" Eh lahanat ! Kau dengar sini baik baik ! Lepas apa yang kau buat dekat adik aku , jangan harap aku nak lepaskan kau ! Aku akan pastikan kau akan terseksa ! Kau takkan dapat satu sen pun ! " Tengku Syahmin menarik rambut Tengku Amira kasar. Sehingga wanita itu menjerit kesakitan minta dilepaskan.

Tengku Amira ditolak kasar kelantai. Selepas dia melafazkan kata cerai , dia terus keluar dari rumah yang seakan neraka baginya ! Berbinikan perempuan tak tahu malu ! Bodoh nak mampus !

" Damn kau Syahmin ! Aku takkan lepaskan kau ! Takkan Syahmin ! Takkan ! " Jerit Tengku Amira geram.

Setelah kejadian itu, Tengku Amira ditahan di penjara Amsterdam kerana memiliki dadah didalam bagasinya. Itu semua adalah rancanganya agar wanita itu terseksa meringkuk disitu sehingga busuk ! Puas hatinya !

Kini perkara itu sudah hampir enam tahun berlalu. Adik kembarnya masih tidak mahu memaafkanya. Tengku Liyana memaklumkan tentang keinginan adik kembarnya ingin pulang ke Malaysia sudah cukup menggembirakanya. Sudah bertahun tahun dia tidak berjumpa dengan adik kembarnya itu.
Hanya kerana dia telah mengkhianati cintanya terhadap Amira Alia yang sedang mengandungkan anaknya, dia menyesal kerana berkahwin dengan Tengku Amira yang berajakan duit didalam kehidupan.

" Aku tak sangkalah long ! Kau sanggup tikam aku dari belakang ! Amira tu tunang aku ! Bakal isteri aku ! Bodoh lah aku dapat abang macam kau ni ! " Marah Tengku Syahril. Sudahlah lagi seminggu sahaja dia akan berkahwin dengan wanita pilihan hatinya. Abangnya itu pula seakan tidak puas hati ingin memiliki lebih daripadanya !

" Dah dia minat dekat aku. Kau nak cakap apa lagi ngah ? Dia cintakan aku. Dia tak cintakan kau ! " Balas Tengku Syahmin yang terbaring. Dia memegang hujung bibirnya. Darah pekat disapu perlahan dengan ibu jarinya.

" Kalau kau tak muncul dia cintakan aku ! Argghh ! " Tengku Syahril terus menumbuk wajah abangnya kuat. Dilepaskan semua geram dan rasa sakit hatinya.

" Along ! Angah ! Apa ni ? Angah ? Kenapa ni ? " Tengku Liyana geram.

" Yelah ! Mama semua nak backup along ! Mama mana pernah sayangkan angah kan ? Tapi sekarang ni mama nak backup .... "

Pang !

" Hah baguslah sangat ma. Bagus sangat. Mama dengan papa paksa angah kahwin dengan perempuan tuh. Tunangkan angah dengan dia tapi sekarang mama nak cakap angah kena mengalah dengan along macam tu ke ma ? " Tengku Syahril bengang. Selama ini ibu bapanya terlalu ingin mereka berdua bersama. Namun sekarang, dia terpaksa melepaskan tunangnya itu pada abangnya sendiri.

This is useless ! Tengku Syahril memandang abang kembarnya penuh benci. Tak layakkah dia untuk bercinta ? Dulu dia inginkan Nurul Nadhia sehingga dia berkahwin lari dengan wanita itu. Namun setelah dia tahu wanita itu adalah seorang pelacur, wanita itu pergi meninggalkanya kerana ditentang keras oleh Tengku Liyana walaupun kenyataan mereka sudah pun berkahwin. Usia perkahwinan mereka baru dua minggu.

Sekarang ? Tunangnya dicaras. Mungkin dia tidak layak untuk mengecapi bahagia. Semuanya along ! Along ! Along ! Along ! Bila part aku semua tak boleh !

Tengku Syahril.

Angah, maafkan along. Along sedar yang selama ni along dah banyak kecewakan angah. Along harap angah maafkan along. Along harap sangat hubungan kita baik macam dulu adik beradik. Along tahu along yang bersalah sebab along terlalu ikutkan perasaan along sampai angah pergi tinggalkan kitaorang semua.

" Syahmin dah buang jauh jauh semua tu, ma. Syahmin nak bukak buku baru. Syahmin tak nak ingat semua tu ma. Terima kasih sebab mama selalu support Syahmin. " Tengku Syahmin memeluk Tengku Liyana erat. Walaupun dia tahu kenyataan sebenar adalah pahit. Dia perlu tempuhi dengan hati yang terbuka.

Kecundang percintaan masa lalu banyak mengajarnya agar setia dalam perhubungan. Tidak mensia siakan orang orang yang selalu menyokongnya jatuh bangun dia selama ini. Semuanya samar samar sehinggalah dia sendiri sedar cinta Amira Alia adalah yang tulus untuk dirinya.

Cinta Dosa Semalam (Completed)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt