Bab 50

6.6K 107 3
                                    

Sejak kebelakangan ini Tengku Farish sering mengganggunya . Dia hanya membiarkan pesanan Tengku Farish sepi . Dia tidak mahu bergaduh dengan suaminya kalau boleh . Namun lelaki itu tetap degil sehingga datang kerumah tanpa pengetahuan suaminya . Tengku Liyana pula mula syak sesuatu antara Tengku Farish dan menantunya itu .

'' Farish , kenapa awak tak serik serik nak ganggu saya ? Saya tak nak bergaduh dengan Syahmin . Saya baru berbaik dengan dia . Awak tolonglah faham keadaan saya " Mujur juga Tengku Liyana tiada . Dia tidak ingin mertuanya itu syak apa apa tentangnya dengan Tengku Farish .

" Saya sayangkan awak Alia . Awak tak pernah faham perasaan saya . Awak pergi dari hidup saya tanpa saya tahu apa alasan awak buat macam tu . Tolonglah bagi saya peluang kedua "

" Farish saya dah ada suami . Tolonglah hormat Syahmin . Saya dah anggap awak macam abang saya . Tak mungkin saya akan terima cinta awak , Farish "

'' Saya tahu lah yang awak tak sayangkan dia . Awak sayangkan saya kan ? '' Desak Tengku Farish. Hatinya seperti dirasuk untuk memaksa wanita itu menerima cintanya .

" Awak cakap apa ni , Farish ? Alia ! Kau ada apa apa ke dengan tunang aku ? '' Sergah Tengku Amilia yang berdiri dimuka pintu . Barang barang persiapan perkahwinannya terlepas dan berterabur dari genggamannya . Air matanya mengalir laju dengan semua pengakuan dari mulut Tengku Farish tunangnya sendiri .

" Amy , akak ..... ''

Tengku Amilia menampar wajah Alia membuatkan Tengku Liyana terkejut . '' Sampai hati kau kan ? Kau tak cukup ke dengan abang aku selama ni sampai kau nak rampas tunang aku ?! Kau tak malu ke ? Hah ?! '' Sergah Tengku Amilia kasar . Dia tidak percaya dengan apa yang dibuat oleh kakak ipar yang sudah dianggap seperti kakak sendiri .

Tengku Farish tidak sanggup melihat Alia disakiti sebegitu . Dia pula terus menampar wajah Tengku Amilia . " Bukan Alia yang awak patut marah . Tapi saya ! Semua ni salah saya bukan salah Alia ! ''

" So awak nak bela dia ? Cakap Farish ! Cakap yang awak tak cintakan saya . Cakap Farish yang awak cintakan Alia bukan saya ''

" Ya memang saya cintakan Alia . Saya tak pernah cintakan awak . Alia cinta pertama saya . Saya jumpa dia sebelum saya jumpa awak . Apa lagi awak nak ? '' Jujur Tengku Farish .

'' Okay . Mulai dari sekarang kita putus . Kau Alia ! Aku tak nak tengok lagi muka kau dekat sini ! Lepas abang aku balik , dia sendiri yang akan halau kau dari rumah ni . Aku tak nak tengok lagi muka korang berdua '' Tengku Amilia terus menuju kebiliknya .

Sakit hatinya . Dia tidak pernah menyangka kawannya itu sanggup melukakan hatinya . Dia benar benar nanar dan hatinya bernanah mendengar semua pengakuan dari bibir Tengku Farish sendiri .

Tengku Syahmin terus bergegas kearah isterinya . Pedih mendengar segala yang berlaku . Dia ada membuka telefon bimbit isterinya dilaci meja sewaktu isterinya itu sedang mandi . Pada mulanya dia ingin marah dengan semua pesanan ringkas antara Tengku Farish dan isterinya namun dia percaya yang isterinya tidak akan curang kepadanya .

'' Kau kemas barang kau sekarang ! Aku betul betul tak sangka kau ada affair dengan Farish dekat belakang aku . Kau memang tak sedar diri ! '' Marah Tengku Syahmin mencengkam lengan isterinya sehingga wanita itu mengerang kesakitan . Dia sudah hilang akal tanpa sedar yang isterinya itu sedang mengandung .

" Abang , sakit ! '' Rambutnya pula kini menjadi mangsa . Airmatanya laju menuruni pipi . Dia benar tidak menyangka rumah tangga jadi begini hanya disebabkan kesalahfahaman yang berlaku . Dia takut kandungannya pula yang menjadi mangsa .

'' Tahu kau sakit . Hati aku ni lagi sakit lah ! Kau sikit pun tak nak hargai aku ! Aku ni suami kau , kau tau tak ! Apa yang bagus sangat jantan tu dengan suami kau sendiri ?! Kau cakap dengan aku sekarang ! '' Sergah Tengku Syahmin.

Dia sudah hilang akal . Dia benar benar terasa dengan perlakuan isterinya itu . Hangat cinta wanita itu sudah tidak dirasakan lagi . Tidak dapat menahan marahnya ketika itu .

" Abang , Alia tak bersalah . Percayalah . Alia tak ada apa apa dengan Farish . Tolonglah percayakan Alia '' Alia hanya sedari tadi hanya menahan sakit apabila rambutnya ditarik . Wajahnya ditampar berkali kali .

" Aku nak kau kemas baju baju kau ! Kau keluar dari rumah aku sekarang ! Aku jijik nak tengok muka kau ! Kalau kau tak nak aku kerjakan kau dengan lebih teruk baik kau keluar ! Bawak sekali anak haram kau tu ! Keluar ! '' Jerit Tengku Syahmin .

Dia terus membuka almari baju isterinya dan mencapakkan semua baju isterinya satu persatu ke lantai . Bagasi isterinya dicampak kuat .

Alia hanya menangis . Sakit seluruh badan dan hatinya mendengar semua tuduhan suaminya . Paling menyentap hatinya dengan gelaran yang diberikan oleh suaminya kepada anak mereka . Dia mula megutip baju bajunya yang dicampakkan oleh suaminya . Hatinya berkecai . Sungguh dia tidak mahu ini terjadi . Dia sungguh terasa hati dengan perlakuan suaminya .

Alia memasukkan baju bajunya kedalam bagasi dengan hati yang pedih dan rabak . Sungguh ketika itu hanya airmata sahaja yang mengalir laju menemani dan memahami isi hatinya . Setelah habis dimasukkan bajunya kedalam bagasinya , dia mula mengheret langkah kakinya .

" Ni duit nafkah kau untuk bulan ni ! Aku taknak tengok lagi muka kau ! Kau berambus ! '' Hembur Tengku Syahmin sambil mencampakkan beberapa not duit 100 ringgit kewajahnya . Hatinya terpempan dengan semua yang berlaku . Dia tidak pernah menyangka isterinya sekeji itu .

Alia melangkah perlahan kakinya menuruni anak tangga . Lemah kakinya . Sama lemah seperti hatinya . Airmatanya juga seakan tidak mahu berhenti . Dia masih teringatkan pelukan hangat dan kucupan suaminya itu sebelum dia pergi ke office pagi tadi . Kini hangat suaminya itu sendiri membakar jiwa dan hatinya .

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now