Bab 73

7.3K 115 3
                                    

        '' Uncle, kenapa uncle taknak tinggal dengan mummy lagi ? Uncle tak sayang kitaorang ke ? Mummy kata uncle dengan mummy nak berpisah '' Tanya Tengku Aiman lembut didalam kereta. Dia dipaksa pulang kerumah dengan Tengku Syahmin untuk mandi dan makan. Kemudian barulah datang semula ke hospital.

        '' Uncle sayang anak anak uncle. Uncle sayang sangat dekat mummy lebih daripada Aiman sayangkan mummy. Mummy yang tak nak bagi peluang dekat uncle, Aiman. '' Tengku Syahmin memandang wajah anak sulongnya yang mencebik. Anaknya itu sudah pandai mengenal erti kasih sayang. Cuma isterinya itu sahaja yang buta akan kasih sayangnya selama ini.

Ikutkan hati dia mahu sahaja hantukkan kepala isterinya itu semula agar hilang ingatan sekali lagi. Biar degil isterinya itu juga hilang. Biar ego isterinya itu tidak tinggi seperti pohon. Tengku Syahmin sudah tidak tahu ingin berbuat apa lagi. Dah ada anak pun, degil tak boleh nak kalah.

     '' Boleh tak uncle janji yang uncle takkan tinggalkan mummy lagi ? '' Tengku Aiman memandang Tengku Syahmin penuh dengan riak mengharap. Namun apabila Tengku Syahmin hanya senyap, dia mencebikan bibirnya semula. Sedih tidak dilayan.

   '' Uncle janji. Uncle takkan tinggalkan mummy lagi '' Tengku Syahmin mengukirkan senyuman kepada anaknya. Walaupun agak terkilan. Bukan dia yang tinggalkan mummy. Dia tidak pernah meninggakkan wanita itu. Sungguh wanita itu yang pergi meninggalkannya jauh. Sekarang datang untuk menuntut perpisahan. Hiba hatinya saat ini.

Tengku Aiman sekali lagi mengajaknya pergi ke Restaurant KFC. Katanya Tengku Affiq juga meminati ayam goreng itu. Alia juga sering membawa mereka keluar makan ke KFC. Sekepas keluar dari KFC tangan anaknya itu tidak lepas lepas dari menggenggam plastik KFC. Katanya dia mahu makan bersama sama adiknya. Tengku Syahmin tersenyum.

        " Mummy ! " Jerit Tengku Aiman. Dia bertindak mencium pipi Alia. Alia membalas pelukan anaknya. Tengku Syahmin hanya memerhati disudut pintu. Hubungan rapat isteri dan anaknya itu menyentap perasaanya sebagai seorang ayah.

      " Abang bawak KFC. Jom makan. Adik makan dengan abang. Mummy makan dengan uncle, bolehkan mummy ? " Tengku Aiman bertanya sekilas memandang ke arah Alia. 

Alia hanya tersenyum dan mengangguk. " Boleh dengan satu syarat, Aiman tengok tengokkan adik makan. Nanti tercekik ke apa nanti susah. Hmm boleh ? " Alia melemparkan senyuman. Pantas sahaja anak kecil itu mengangguk.

Tengku Syahmin tersenyum. Dia memerhati segenap wajah isterinya yang tersenyum. Ya, seperti yang dicadangkan oleh Tengku Aiman anaknya. Isterinya itu terus bersetuju. Tengku Syahmin meletakkan Tengku Aiman di atas katil Tengku Affiq agar mereka berdua dapat makan bersama.

Tengku Syahmin dan Alia bersentuhan tangan tatkala mereka sama ingin mengambil isi ayam pada seketul ayam. Mereka berpandangan sama sendiri. Tengku Syhamin melepaskan tangannya.

        " Alia ambil lah. Abang makan yang lain. " Ujar Tengku Syahmin sambil tersenyum. Dia mula ingin mencubit iss ayam yang lain. Namun tangannya pantas dipukul oleh isterinya.

        " Kalau dah pegang, mana boleh makan ayam lain. Tak pa. Kita kongsi. Dah lama rasanya tak kongsi kan ? " Marah Alia lembut. Suaminya hanya tertawa kecil.

Tengku Aiman dan Tengku Affiq sama sama menyimpan senyum. Gembira melihat kemesraan kedua ibu dan ayahnya. Tengku Aiman menyuakan sudu kecil yang disalat dengan kentang putar kepada mulut mummynya.

       " Yelah. Kita kongsi. " Tengku Syahmin mengalah juga. Dia geram melihat Tengku Aiman dan Tengku Affiq menahan ketawa melihatnya yang sudah tersipu malu. Sudah tua ada anak pun masih sahaja pemalu.

         " Abang, terima kasih. " Tutur Alia perlahan. Dia melemparkan senyuman kepada Tengku Syahmin. Andai sahaja dia tidak pernah meninggalkan lelaki itu, pasti mereka tidak kekok seperti sekarang ini.

Rindu benar dia kepada Tengku Syahmin. Walaupun dia tidak tahu sejauh mana kelamnya sejarah mereka berdua. Namun dia tahu Tengku Syahmin betul betul ikhlas menyayanginya. Namun kata kata Tengku Syahmin sungguh mengguris perasaanya sebagai isteri.

     " Sama sama kasih. " Balas Tengku Syahmin sambil tersenyum. Dia terus menyumbat isi ayam ke dalam mulutnya. ' Nikmatnya kalau aku hari hari macam ni. Ada bini. Ada anak anak comel. Semuanya manja macam aku. Bukaklah pintu hati kau Alia. Izinkan aku jadi papa yang terbaik untuk anak anak kita. '  Bisik Tengku Syahmin dalam hati.

     " Esok atau lusa Affiq dah boleh balik. And we need to talk. Alia terima hati yang terbuka apa pun keputusan abang. " Kata Alia perlahan. Dia terus menundukkan wajah. Tidak berani menentang wajah suaminya itu.

     " Mummy, suap. " Pinta Tengku Affiq. Alia terus menyumbat isi ayam kedalam anaknya. Manja sungguh. Sama macam Tengku Syahmin. Alia hanya melemparkan senyuman kepada suaminya.

     " Mummy, suaplah uncle. " Kata Tengku Aiman. Dia melebarkan senyuman. Ada ada sahaja anaknya itu. Tengku Syahmin hanya meluahkan tawanya. Tengku Syahmin memandang wajah isterinya.

Perlahan lahan Alia menyuakan isi ayam itu ke dalam mulut Tengku Syahmin. Andai sahaja kenangan ini tidak berhenti di setakat ini. Tengku Syahmin hanya diam. Soroknya disenyum. Anak anaknya itu memang sengaja.

       " I do as Aiman wish. " Alia mengetap bibir. Dia malu apabila Tengku Syahmin menentang pandangan matanya. Alia terus melemparkan senyuman hambar. Walaupun sebenarnya bibirnya ingin meluahkan sesuatu. Tekaknya pula berkeras melarang. 

Tengku Syahmin mencapai tangan isterinya dan diramas perlahan. Rindu dengan sentuhan setiap jari jari isterinya itu. Mengejutkan dia untuk bangun subuh. Membelai rambutnya yang basah. Mengenggam tangannya ketika tidur. Sungguh dia merindui semua kenangan itu.

Alia hanya membiarkan sahaja Tengku Syahmin menggenggam tangannya. Tangan Tengku Syahmin yang mendakapnya ketika dia ingin melahirkan Tengku Aiman. Dia agak terkilan dengan perbuatanya. Tengku Syahmin tidak ada untuk menyambut anaknya Tengku Affiq. Sungguh dia terkilan.

Hanya kerana ego, semua orang disampingnya terluka sama. Dia harus perbetulkan keadaan. Mungkin ada kalanya berserah kepada takdir adalah sesuatu yang kecewa jika tidak berusaha. Tapi mungkin ada hikmah disebalik kekecewaan.

Dia tetap dan masih ada cinta Tengku Syahmin yang memimpin dirinya menjadi wanita yang paling tabah mengharungi dugaan. Dia ada umi dan abah yang selalu mendoakan kebahagiaanya. Kerana permintaan umi dan abahnyalah, dia bertemu Tengku Syahmin yang menjadi pemandu arah hidupnya selama ini.

Cuma ketika ini kapal layar mereka dilanda badai. Anak anak kapal juga mengharapkan mereka berdua. Mengharaokan Tengku Syahmin. Sama seperti dia mengharapkan Tengku Syahmin.

Cinta Dosa Semalam (Completed)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant