Bab 78

7.4K 93 5
                                    

Hari ini adalah majlis perkahwinan Tengku Farish dan Tengku Amilia. Mereka sekeluarga mengenakan tema berwarna ungu muda. Akhirnya selamat juga Tengku Farish melafazkan akad pagi semalam. Tengku Aiman pula sudah hilang entah kemana. Baru sebentar tadi anak kecil itu mendapatkan mummynya untuk menyerahkan songkok kecil yang merimaskan kepalanya. Selepas itu, dia kembali menghilangkan diri.

        " Tengoklah, putera abang tu. tak reti nak duduk diam langsung. Asyik nak berlari je kerjanya. " Omel Alia kepada Tengku Syahmin yang baru melabuhkan dirinya dimeja makan dengan sepinggan nasi beriani dan beberapa jenis lauk yang memenuhi pinggan. Dia pula sudah lama makan didapur. Kini, dia diminta untuk menemani suaminya pula yang baru hendak makan.

        " Ikut perangai sayanglah. Nakal masa kecik kecik. Abah yang cakap, abang tak cakap. " Usik Tengku Syahmin. Memang benar, En Rusli yang memberitahunya. Anak bongsunya seorang ini amat nakal. Apabila kenduri kendara, berlari sana dan berlari sini. Sama seperti anak sulongnya kini.

       " Mana ada. Abang ni... anak abang tu yang ikut perangai abang. Kenapa nak kaitkan Ain pulak ni ? Hish, malaslah teman macam ni. " Rajuk Alia. Lengan suaminya menjadi sasaran. Pap ! Cubitan halus kasih sayang mengena. Padan muka.

Tengku Syahmin meraung kesakitan. Tak habis habis main cubit je bini aku ni. Kalau macam ni hari hari, boleh lembik tangan aku ni. Nasiblah kau bini aku, sebab tu aku sayang. Tengku Syahmin menggosok gosok bekas cubitan isterinya. Terus saja tanganya laju menyudahkan makanan.

         " Ingat dia tu cantik sangat ke merajuk. Hello, ingat sayang tu dah ada anak dua. Tengok putera kita tu, elok je comel. Tak comel lah kalau mummy dia merajuk macam ni. " Pujuk Tengku Syahmin. Tembikai lebihnya disuakan ke mulut isterinya untuk mendapatkan perhatian. Haish, merajuk pulak dah.

          " Yelah, Alia tak cantik. " Alia terus beralih arah kepada Tengku Aiman yang merengek ke arah mereka berdua. Anaknya itu menangis beringus telah menyembamkan wajahnya kebahu Alia dan menangis. Entah apa yang mengusiknya.

           " Kenapa anak mummy ni ? " Pujuk Alia lembut. Diusap usap perlahan badan Tengku Aiman yang kecil. Tadi elok saja kesana kesini bebas bermain dan berlari. Kini sudah menangis pula ?

           " Nak tu. " Balas Tengku Aiman manja. jari telunjuknya beralih ke arah tempat dimana orang memberikan aiskrim percuma. Tadi dia dah makan. Habis sampai baju comot. Takkan nak makan lagi kot ? Nanti demam lagi macam mana ?

          " Tak nak makan aiskrim. Nanti batuk. " Larang Alia perlahan. Tengku Aiman merengek rengek lagi. Bukan tak nak bagi. Anaknya itu baru kebah daripada demam. Tak elok pula asyik disogok dengan aiskrim yang sejuk. Tak elok untuk tekak.

        " Nak jugak mummy. Nak jugak ! " Tengku Aiman merengek. Kali ini dia minta dilepaskan pula. Laju saja dia menghilangkan diri mendapatkan Tengku Syahmin yang sedang membasuh tangan. Haish, budak kecik kalau dah disogok aiskrim. Siapa yang nak tolak ?

Tengku Syahmin mendukung Tengku Aiman dan membawa anak mereka mendapatkan aiskrim. Alia mengelengkan kepala. Anak dengan papa dia sama je. Degil. Dah cakap jangan ditunjuk aiskrim tu. Ditunjuk jugak dekat budak kecik yang gilakan benda manis. Kalau batuk dia makin teruk ni semua salah abang ! Marah Alia dalam hati.

        " Kan dah cakap jangan bagi Aiman makan aiskrim. Nanti batuk dia teruklah abang ni... " Marah Alia sejurus suaminya mendekati dirinya. Ditanganya pula membawa semangkuk aiskrim yang penuh pelbagai perisa dan sebelah tanganya lagi mendukung erat si kecil Tengku Aiman yang sedang tersenyum. Suka betul dia bila dapat makan aiskrim.

        " Alah sikit je. Mummy Aiman ni kedekut betulah kan ? " Balas Tengku Syahmin selamba. Tangan anaknya sudah mula mencedok aiskrim pelbagai perisa. Huh ! Langsung tak nak pandang kiri kanan. Papa dia pun sama je.

        " Bukan kedekut ke tak masalahnya. Abang ni ... "

         " Sayang kedekut. Kesianlah anak abang ni. Lapar. Kan Aiman kan ? " Seraya anak kecil mereka mengangguk angguk. Bibir munggil Tengku Aiman pula sudah menjilat aiskrim yang tersisa dibibirnya. Tengku Syahmin pula seakan tidak mahu mengalah. Tetap juga dengan pendiriannya. Bukan tidak kisah dengan demam anaknya yang baru kebah. Takut anak kecilnya ini akan demam jika tidak dapat aiskrim. Bagi ajelah.

Alia menarik muka masam. Geram dengan sikap selamba suaminya yang menjadi jadi sepanjang tiga bulan ini. Haish. Sakit betul hati. Tanganya menarik mangkuk aiskrim tadi. Cair pula tengok orang makan. Sesekali Tengku Syahmin mengelap mulut anaknya yang sudah comot dengan tisu. Anak mereka Tengku Affiq pula sudah lama tidur selepas menelan ubat. Walaupun anak keduanya itu sudah sembuh seperti biasa, namun takut juga jika sakit jantungnya menyerang.

Anak keduanya juga tidak seperti kanak kanak tiga tahun seperti orang lain. Anak keduanya lebih suka berkerusi roda dan sudah tidak lagi berjalan. Puas mummynya memujuk, namun anaknya itu tetap sama. Mahu menggunakan kerusi roda. Sudah terbiasa barang kali. Perasaanya sebagai seorang ayah pula ingin sekali melihat anak keduanya itu berjalan seperti kanak kanak lain. Tapi tetap juga tidak mahu. Twngku Affiq lebih suka berkerusi roda. Katanya, jika dia berkerusi roda, semua orang akan prihatin penuh kepadanya.

        " Hai korang berdua. Sorry kalau I ganggu. Boleh I duduk ? " Sampuk Tengku Amira. Tanganya pula dihulurkan kepada Alia. Alia tanpa lama terus menyambut huluran tanganya. Kemudian tanganya menarik perlahan pipi Tengku Aiman. Gebu betul pipinya. Sejak dia dan Tengku Syahmin tidak jadi berkahwin, dia menghilangkan diri dan tidak berani berjumpa dengan kedua duanya. Hari ini dia datang kerana hendak meminta maaf sekalian menyambut perkahwinan abangnya.

          " Sure. Duduklah. " Ajak Alia.  Dia perasankan perubahan riak wajah Tengku Syahmin yang agak kelat. Pantas saja suaminya itu bangun dan mendukung Tengku Aiman pergi daripada situ dan meninggalkan Alia bersama Tengku Amira. Wajah wanita dihadapanya tampak kecewa.

          " I nak mintak maaf. I tahu I banyak dosa dengan You, Alia. I tak sepatutnya pisahkan dan rosakkan hubungan korang berdua. I tahu You perempuan yang baik baik. Please, maafkan I and pujuk Syahmin untuk maafkan I jugak. " Tutur Tengku Amira. Dia mencapai tangan Alia. Alia hanya mendiamkan diri.

           " Saya dah lama maafkan awak, Mira. Saya pun bukanya baik sangat. Nanti saya pujuk Syahmin. Saya kenal dia macam mana. Saya tahu hati dia lembut nak maafkan awak. Benda dah lepas tu tak payahlah nak ungkit. " Balas Alia perlahan. Malas hendak mengungkit perkara lama. Tengku Amira Alia. Jika bukan kerana aku muncul dalam hidup Tengku Syahmin, pasti saja mereka berdua akan menjadi pasangan yang sesuai.

             " Thanks. " Balas Tengku Amira dengan senyumanya. wanita ini juga sudah berubah daripada tidak memakai tudung kepada memakai tudung.

Selepas dia bertunang dengan Rafal, kawan baiknya dikolej dahulu. Padan sungguh mereka berdua. Rafal pula sudah bercerai dengan isterinya lebih dua tahun. Rafal juga mempunyai anak perempuan yang sudah berusia enam tahun. Nur Danial namanya. Tampak mesra dan seperti keluarga bahagia. Walaupun Nur Danial bukan anak kandung Tengku Amira, namun wanita itu menyayangi Nur Danial seperti anak kandung sendiri.

Selepas berbual bual dengan Tengku Amira, Alia mendapatkan suami dan anaknya yang sudah menghilangkan diri ke dalam rumah. Kelihatan mereka berdua sedang lagi asyik bermain kapal terbang. Di tangan suaminya pula terdapat dinosaur mainan berwarna hijau. Itulah rutin suaminya kini. Asyik sungguh meluangkan masa bersama anak anak mereka. Katanya, dia tidak sempat mencurah kasih sayang kepada kedua anaknya kerana sudah lama jauh berpisah. Alia ukir senyum






Cinta Dosa Semalam (Completed)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora